Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (283) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (114) Resepi (354) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (353) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, May 18, 2016

Resepi Cara Buat KACANG PHOOL Sedap

KACANG PHOOL


oleh : mat gebu

Bahan-Bahannya:-)
1 tin kacang Phool, boleh lihat di sini...
200 g daging cincang
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari daging
6 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
1 keping asam gelugor
1 genggam daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan :-)
1 biji bawang besar, didadu halus
2 biji tomato, didadu
2 biji cili hijau, dihiris
2 biji cili merah, dihiris
3 biji telur, digoreng "mata kerbau"
3 - 4 biji limau kasturi, dibelah dua
Setengah cawan minyak sapi, dicairkan

Cara membuatnya :-)
  1. Kacang Phool diramas kasar dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan dikisar halus bersama cili kisar dan rempah kari. Gaul rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging cincang dan sedikit air. Masak hingga daging lembut. Masukkan kacang phool, asam gelugor dan tambah garam serta gula. Masak atas api perlahan hingga pekat. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan gaul rata. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  3. CARA MENGHIDANG :- Cedok kacang phool dalam bekas sesuai, letak satu telur mata kerbau, tabur cincangan bawang, tomato dan hirisan cili hijau/merah. Sudukan sedikit minyak sapi cair dan perah limau kasturi sejurus menghidang.....Lepas tu boleh lah dimakan dengan roti, roti canai, capati atau lempeng pekak.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More