Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, May 6, 2016

‘Mencuri Kerana Lapar Bukan Jenayah’, Hakim Itali Bebaskan Gelandangan

Mencuri makanan dari sebuah pasaraya akibat terdesak tidak patut dikira sebagai jenayah, mengikut keputusan sebuah Mahkamah Tinggi di Itali.
Penghakiman luar biasa ini telah dicapai dalam satu kes lelaki gelandangan yang ditangkap ketika cuba mencuri dua keping keju dan satu pek sosej bernilai empat euro (RM18) dari sebuah pasar raya di Genoa, di barat laut Itali, pada tahun 2011.
Roman Ostriakov, 36, berasal dari Ukraine, dikesan menyembunyikan makanan oleh pelanggan lain yang kemudian melaporkannya kepada kakitangan pasar raya.
Ditangkap dan dihantar ke mahkamah, beliau dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak €100 – yang tidak mampu dibayarnya.
Mahkamah Agung Rayuan Itali (foto) - Google.
MAHKAMAH AGUNG RAYUAN ITALI (FOTO) – GOOGLE.
Peguam beliau merayu, tetapi beliau masih dijatuhkan hukuman. Pada rayuan peringkat kedua dan terakhir – iaitu hak kepada mana-mana defendan di bawah undang-undang Itali – sabitan itu telah ditarik balik dan hukuman dibatalkan.
Ketika mengumumkan keputusan itu pada Isnin lepas, Mahkamah Agung di Rom memutuskan bahawa mencuri sedikit makanan dalam keadaan terdesak ‘bukan suatu perbuatan jenayah’.
“Keadaan tertuduh ketika mengambil barangan menunjukkan beliau mengambil hanya sedikit makanan keperluan semasa untuk menghilangkan rasa lapar,” mahkamah memutuskan dalam penghakiman bertulis.
“Sesiapa pun tidak patut dihukum, akibat terdesak, mereka mencuri sedikit makanan untuk memenuhi keperluan asas mereka.”
Sebuah akhbar Itali, La Stampa, memuji keputusan itu dan memanggilnya sebagai kemenangan kepada sifat belas kasihan, ketika krisis ekonomi dan pengangguran semakin meningkat dan menjerumuskan lebih ramai orang ke kancah kemiskinan.
Gelandangan, gambar hiasan. - AFP
GELANDANGAN, GAMBAR HIASAN. – AFP
Menurut La Stampa lagi, hakim dalam penghakimannya berkata, “Hak untuk hidup adalah lebih tinggi berbanding hak ke atas harta.”
“Keputusan mahkamah ini mengingatkan kita semua bahawa dalam sebuah negara bertamadun tidak ada sesiapa pun patut dibiarkan mati kelaparan,” kata akhbar itu di muka depan mereka.
Akan tetapi akhbar Corriere della Sera berkata adalah tidak masuk akal apabila sistem keadilan Itali mengambil masa sehingga lima tahun untuk membincangkan kes kecurian yang bernilai hanya €4.
Pada mulanya, rayuan dilakukan untuk mengurangkan hukuman daripada mencuri kepada percubaan mencuri kerana Ostriakov belum lagi meninggalkan premis kedai ketika ditangkap. Akan tetapi akhirnya keputusan berubah 180 darjah apabila Mahkamah Tinggi Itali mendapati beliau tidak bersalah.
sumber : thevocket

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More