Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (283) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (114) Resepi (354) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (353) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, May 11, 2016

Honor V8 Diperkenalkan Dengan Penggunaan Dwi-Kamera Belakang Dan Skrin 2K

Honor merupakan salah satu jenama dibawah Huawei yang sering menawarkan peranti dengan spesifikasi yang sangat baik pada harga rendah. Terkini, mereka telah pun memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dibawah jenama Honor, iaitu Honor V8.
Honor V8 membawakan penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang – lebih kurang sama seperti Honor 6 Plus sebelum ini. Ia menggunakan dwi-kamera 12-megapixel pada bahagian belakang, dan turut dilengkapi dengan sokongan lampu LED Flash dwi-tona. Seperti Huawei P9, ia membolehkan pengguna merakamkan gambar yang boleh difokuskan pada kemudian masa.
Honor V8
Dua variasi peranti disediakan dengan penggunaan skrin dan ruangan storan berbeza. Yang versi pertama menggunakan skrin 5.7-inci dengan paparan 1080p serta ruangan storan 32GB, sementara satu lagi versi menggunakan skrin 2K dengan ruangan storan 64GB. Terdapat juga variasi dengan sokongan tambahan NFC untuk Honor V8 ini.
Dari segi spesifikasi, Honor V8 dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 950, GPU Mali T880, memori 4GB RAM, dan sokongan dwi-SIM hibrid dengan sokongan mikro-SD. Telefon pintar ini menggunakan bateri berkapasiti 3500mAh.
Menjana Honor V8 adalah sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dengan antaramuka EMUI 4.1. Honor V8 turut menggunakan USB Type-C untuk pengecasan, selain turut hadir dengan sokongan infrared untuk mengawal pelbagai peralatan elektronik.
Telefon pintar ini akan dijual di China bermula pertengahan Mei pada harga RMB 2299 (~RM1429). Memandangkan Malaysia merupakan salah satu pasaran utama Honor, kita mungkin akan dapat melihatnya ditawarkan di Vmall dalam masa beberapa bulan lagi.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More