Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, April 4, 2016

Video Kecoh! Punca Peminat Berebut Beli Tudung Sweet Love Fareeda

Punca kenapa peminat berebut beli tudung jenama “Sweet Love” Fareeda. Pada 2 dan 3 April 2016 yang lalu, jenama tudung terkemuka iaitu Fareeda yang diterajui oleh Mawar isteri kepada Fizo Omar telah melancarkan tudung jenama baharu dikenali sebagai “Sweet Love”. Tudung jenama “Sweet Love” ini dijual pada harga eksklusif bermula dari RM150 hingga RM250 dan agak terhad sehingga ramai yang sanggup beratur dari awal pagi di gudang butik Fareeda, Bangi. 

Malangnya, sistem pengurusan yang kurang cekap telah menyebabkan orang ramai beratur seperti “lembu” yang baru keluar kandang. Lelaki dan wanita juga sanggup bersesak, berhimpit dan tanpa malu bersentuhan satu sama lain hanya untuk mendapatkan nombor giliran untuk pembelian tudung eksklusif jenama “Sweet Love Fareeda”. 

Sehinggakan ada wanita yang dilihat menjerit, memekik dan meraung hanya kerana merebut mendapatkan nombor giliran. Sebenarnya isu ini sudah berulang kali berlaku sehinggalah pengacara dan penceramah terkemuka, Wardina Safiyyah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemilik Fareeda yang melayan pelanggan macam seekor lembu. Tambah Wardina, perkara ini sudah banyak kali berlaku dan pemilik Fareeda menganggap perkara tersebut satu jenaka untuk kepuasan diri sendiri.

tudung

Punca Peminat Berebut Beli Tudung Sweet Love Fareeda

1. Ini bukan insiden kali pertama kejadian berebut beli tudung keluaran jenama Fareeda. Sudah puluhan kali insiden ini berlaku ketika majlis pelancaran tudung keluaran baharu Fareeda.

2. Tudung keluaran baharu Fareeda adalah edisi terhad dan ramai sanggup beratur untuk mendapatkannya. Selepas itu, tudung Fareeda akan dijual semula pada harga lebih tinggi atau harga yang tidak masuk akal.

3. Hanya peminat tudung Fareeda sahaja akan membeli jenama tudung tersebut. Menurut peminat tudung Fareeda, tudung tersebut begitu unik dan hanya peminat sahaja tahu kelebihan dan keunikan tudung itu. Bagi bukan peminat tudung Fareeda, ianya saling tidak tumpah seperti tudung yang dijual di Jalan Tar dan Masjid Jamek.

4. Ada juga lelaki yang sanggup beratur kerana mahu mendapatkan tudung khusus mengikut kemahuan isteri atau kekasih mereka.

5. Isu merebut beli tudung mula viral dilaman sosial selepas tindakan Wardina menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemilik tudung Fareeda.

punca

Penjelasan Tidak Puas Hati Wardina Terhadap Pemilik Tudung Fareeda
wardina
Video Rusuhan Beli Tudung Keluaran “Sweet Love” Fareeda

Gambar Inilah Tudung Sweet Love Fareeda Pujaan Ramai

sl3
slsl2

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More