Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, April 20, 2016

Resepi Cara Buat TEMPE SIRA PEDAS

TEMPE SIRA PEDAS


Bahan-Bahannya :-)
2 keping tempe (jenis yang dibuat dalam plastik)
2 cawan ikan bilis, dibelah dua
3 biji bawang besar, hiris nipis
7 camca besar cili kisar
3 ulas bawang putih, tumbuk halus
1/2 camca teh garam
3 - 4 camca besar gula pasir
1 camca besar cuka makan/jus lemon

Cara membuatnya :-)
  1. Tempe dipotong kepada 3 atau 4 bahagian, kemudian hiris nipis2 (kalau guna tempe tradisi, yang bungkus guna daun, tak payah potong, terus hiris nipis2). Ikan bilis dicuci dan rendam 5 minit, kemudian perah dan toskan.
  2. Gunakan api sederhana, goreng tempe hingga garing, angkat dan toskan atas paper towel. Kemudian goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan dan akhir sekali, goreng bawang besar hiris hingga sedikit garing, angkat dan toskan juga.
  3. Cedok keluar minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 camca besar. Tumis bawang putih tumbuk bersama cili kisar hingga garing. Masukkan cuka, garam dan gula, kacau hingga pekat dan berbuih. Masukkan tempe, ikan bilis dan bawang tadi. Gaul rata2 dan masak sekejap, gunakan api kecil. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More