Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, April 26, 2016

Berita Terkini Punca Bil Elektrik TNB Naik Meningkat

Berita terkini punca kenapa bil elektrik TNB di rumah meningkat naik mendadak sejak gelombang cuaca panas. Orang ramai menerusi laman sosial menyerang facebook Tenaga Nasional Berhad Careline susulan mengenakan cas bil elektrik dua hingga tiga kali ganda berbanding bulan sebelumnya. Kenaikan bil elektrik ini mula dirasai sejak bulan April 2016 dan menerima ribuan aduan awam. 

Adakah ini suratan atau kebetulan memandangkan bukan seorang dua pelanggan membuat aduan masalah malah ribuan pengguna yang lain turut menerima nasib yang sama. Antara aduan paling banyak adalah pengguna tiada menggunakan penghawa dingin namun bil meningkat naik pada kadar tarif yang tidak masuk akal. TNB pada mulanya menjelaskan kenaikan bil gara-gara penggunaan elektrik yang tinggi berikutan musim cuaca panas El-Nino. Namun setelah pelbagai aduan diterima, TNB memaklumkan pengguna yang terjejas dengan kenaikan elektrik perlu segera pergi ke pejabat TNB yang berdekatan untuk siasatan lanjut.

bil-naik

Antara Aduan Pengguna Bil Elektrik Dirumah Meningkat
Dua orang saja satu rumah,pagi kerja malam baru ada rumah,bil kena 357.65,jangan lah Macam Ni,kita pun makan gaji saja,bayar bil sudah boleh bayar duit rumah satu bulan dah- Pengguna Ah Lun Chew

bil-meningkat
bil-naik-lagi

bacaan-pertama
tnb

Penjelasan TNB Isu Kenapa Bil Elektik Meningkat Mendadak
Kami merujuk kepada aduan pengguna di media sosial mengenai bil elektrik tinggi sejak kebelakangan ini. Kebiasaannya cuaca panas terik dan kering yang berpanjangan mempengaruhi tabiat penggunaan peralatan elektrik khususnya pendingin hawa, yang secara relatifnya menggunakan lebih banyak elektrik berbanding peralatan elektrik yang lain.
Pengguna pendingin hawa lebih cenderung:
  • menurunkan suhu pada tahap lebih rendah
  • meningkatkan kelajuan kipas pendingin hawa
  • menggunakan pendingin hawa untuk tempoh yang lebih lama
Laporkan Segera Kepada TNB Jika Bil Naik Bukan Faktor Diatas
Untuk makluman, penggunaan elektrik juga boleh meningkat bagi peralatan lama yang tidak diselenggara dengan baik. Kesemua faktor ini akan meningkatkan penggunaan elektrik secara mendadak serta memberi kesan ke atas bil elektrik pengguna. Pengguna yang mendapati bilnya meningkat bukan disebabkan faktor-faktor di atas, dinasihatkan untuk menghubungi pejabat TNB yang berhampiran.
tnb-bil-elektik

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More