Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, March 18, 2016

Resepi Cara Masak THAI RED CURRY

THAI RED CURRY

sumber : mat gebu

Bahan Utama :-)
200 g udang sederhana besar, dibersihkan
1 biji terung bulat, kupas kulit, potong kecil
1 biji tomato, belah 6
10 kuntum cendawan butang dalam tin
6 biji limau kasturi, ambil jusnya
10 biji cili padi siam, diketuk
3 camca besar sos ikan
1 camca teh gula
Sedikit garam jika perlu
1/2 cawan pati santan
800 ml air (atau ikut keperluan)
2 camca besar "Thai Red Curry" paste (mat guna yg dah siap, kalau rajin nak buat, resipi dibawah)
1 genggam daun selasih/sweet thai basil
3 helai daun limau purut
2 batang serai, dititik
6 biji bawang merah kecil, dihiris halus
2 ulas bawang putih, dihiris
1 cm halia, dititik

Bahan-Bahan untuk Thai Red Curry paste :-)
Bahan A:-
100 g bawang merah kecil
50 g bawang putih
1 hirisan nipis lengkuas
2 batang serai
1 biji limau purut, di parut kulitnya
1 akar pokok ketumbar, cuci bersih2
20 biji lada putih
1 camca teh belacan

Bahan B:-
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk jintan manis
5 camca besar cili kisar
2 camca besar garam

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK THAI RED CURRY PASTE :- Kisar semua bahan A hingga betul2 halus. Kemudian masukkan semua bahan B dan gaul hingga sebati. Sipa untuk digunakan.
  2. THAI RED CURRY :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, bawang merah/putih hiris dan halia ketuk. Bila harum, masukkan pes kari dan sambung menumis hingga garing. Masukkan air, daun limau purut. Bila mendidih, masukkan terung dan cendawan, bila terung 1/2 masak, masukkan udang dan perasakan dengan sos ikan dan gula. Bila mendidih, tuang pati santan dan masukkan tomato, serta belahan cili padi. Biar mendidih perlahan.
  3. Akhir sekali masukkan daun selasih dan jus limau kasturi, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh diangkat untuk dihidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man.


Contoh "Thai Red Curry" paste yang boleh didapati di "Giant" dan "Tesco".

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More