Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, March 15, 2016

Resepi Cara Buat CROISSANT Sedap

CROISSANT


sumber : mat gebu





Bahan-Bahannya :-)
210 g tepung roti (high-protein flour)
90 g tepung gandum
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softener
30 g gula halus
1/2 camca teh garam
15 g susu tepung
2 camca teh instant yeast
180 ml air ais
45 g mentega
120 g pastry margarine (boleh beli dikedai2 baking)

Cara membuatnya :-)
  • UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan pastry margarine. Uli hingga menjadi doh, tambah mentega dan uli lagi 15 - 20 minit hingga doh menjadi licin dan anjal seperti doh roti canai. Bungkus doh dan simpan dalam freezer 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan bahan diatas kecuali pastry margarine ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan, bila lepas 30 minit atau selesai menguli, off kan BM dan keluarkan doh, balut dengan plastic cling dan simpan dalam freezer 1 jam.
  • PENYEDIAAN DOH UTK CROISSANT :- Canai pastry margarine antara 2 keping plastik sehingga leper. Ketepikan. Keluarkan doh dari freezer, canai doh sehingga 1 cm tebal. Letak pastry margarine pada satu bahagian dan lipat doh supaya menutupi pastry margarine.
  • Canai doh berhati sehingga menjadi 1 cm tebal, biar doh menjadi segi empat memanjang.
  • Lipat doh seperti dalam gambar di bawah.
  • Kemudan canai memanjang ke hadapan seperti dalam gambar.
  • Lipat doh secara betindih dan balut dengan plastic cling, dingin bekukan selama 20 minit. Kemudian keluarkan doh dan ulang proses mencanai dan melipat sekali lagi (seperti 3 gambar diatas). Bungkus doh dengan plastic cling kembali dan dingin bekukan 30 minit.
  • UNTUK MEMBENTUK CROISSANT :- Keluarkan doh, tabur sedikit tepung pada papan mencanai, kayu penggelek dan juga doh tadi, canai nipis anggaran 0.5 cm. Ukur dengan pembaris untuk mendapatkan ukuran doh 16 inci x 8 inci. Potong lebihan doh. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama besar ( 4 inci x 4 inci setiap satu bahagian). Bahagi dua setiap bahagian supaya menjadi 3 segi.
  • Tabur sedikit teping, berhati ambil satu keping bahagian 3 segi, canai sedikit biar bahagian depannya memanjang seperti dalam gambar. Pastikan bahagian bucu berada didepan.
  • Gulung dari belakang ketat2 secara berhati membawa ke depan sehingga ke bucu doh, kemaskan. Bengkokkan kiri dan kanannya supaya membentuk seakan2 bulan sabit.
  • Alih doh yang siap dibentuk ke dalam loyang yang telah di lenser sedikit mentega, Buat hingga siap dan biarkan 45 minit sehingga naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 minit atau hingga masak. Bergantung pada keadaan oven masing2...Selamat mencuba untuk semua!!!!

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More