Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (366) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, March 17, 2016

AceDeceiver – Trojan Terkini iOS Menyerang China



Kerentanan ialah perkataan yang semakin kerap disangkutkan dengan sistem operasi iOS. Kerana iOS semakin banyak digunakan, ia mula menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab untuk mencari mangsa. Trojan baru AceDeceiver kini mula ditemui di China. Trojan ini mampu mengambil alih peranti iOS sungguhpun ia tidak menjalani proses jailbreak. Penggodam kemudian boleh mencuri maklumat perbankan pengguna peranti.
AceDeceiver Trojan IOS 1AceDeceiver menjangkiti peranti iOS melalui penggunaan Aisi Helper, sebuah program PC yang mengeksploitasikan kerentanan pada sistem DRM FairPlay yang digunakan Apple. Aisi Helper dimuat turun sebagai alternatif kepada iTunes oleh pengguna di China. Ia kemudian akan memasang aplikasi tanpa pengetahuan pengguna dan ini membenarkan serangan man in the middle dilakukan.
Kepada pengguna peranti iOS, anda dinasihatkan supaya hanya menggunakan perisian komputer yang rasmi dan dimuat turun dari sumber yang bole dipercayai untuk mengelakkan peranti anda menjadi mangsa AceDeceiver . Terdapat program lain di luar yang menjanjikan aplikasi percuma tetapi sebenarnya anda membayarnya dengan maklumat peribadi yang kemudian disalah guna.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More