Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (366) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, February 17, 2016

Terbaru! (Konsep) SVPER – Telefon Pintar Dengan Paparan Skrin Penuh

Rekaan telefon mudah alih sudah mengalami beberapa evolusi sejak diperkenalkan 33 tahun yang lalu. Generasi pertama mempunyai skrin LED kecil yang mampu memaparkan lapan angka. Dengan setiap evolusi saiz skrin pada telefon mudah alin semakin besar dan kini ianya melangkaui 6″. Sungguhpun saiz skrin semakin besar, kawasan “dagu” dan “dahi” pada peranti masih lagi wujud. Ini digunakan untuk meletakkan pengimbas cap jari, butang navigasi kapasitif, kamera hadapan dan pembesar suara peranti.
Sharp ialah antara syarikat yang cuba melakukan perubahan dengan menghasilkan peranti tanpa “dahi”. Tahun lalu mereka melancarkan Sharp Aquos Zeta SH-01H yang hanya mempunyai bahagian “dagu”. Kamera hadapan diubah ke bahagian bawah dan teknologi audio menerusi tulang menggantikan pembesar suara bagi membolehkan pengguna mendengar suara pemanggil. Tetapi peranti dengan skrin penuh 100% di hadapan masih belum wujud di pasaran.
SVPER-1
SVPER ialah konsep peranti yang mempunyai paparan skrin penuh pada bahagian hadapan. Kamera hadapan terselindung di sebalik skrin apabila tidak digunakan manakala sistem pengimbas cap jari ultrasonik membolehkan skrin peranti mengimbas tanpa butang fizikal. Seperti Aquos Zeta, SVPER menggunakan teknologi mengalirkan audio menerusi tulang kepala bagi menggantikan pembesar suara. Kawasan imbasan cap jari akan timbul dari permukaan skrin apabila diperlukan. 
Ini pernah kami lihat sebelum ini menerusi Phorm, papan kekunci fizikal yang timbul pada skrinsesentuh iPad. Dari segi kustomasi, SVPER mempunyai panel belakang yang boleh dibuka dan bateri yang boleh ditanggalkan. Rekaan panel belakang boleh ditukar oleh pengguna mengikut citarasa peribadi. Konsep SVPER ini dihasilkan oleh Rafał Czaniecki, seorang pereka dari Belanda. Ianya konsep yang bukan sahaja menarik tetapi memberikan perubahan kepada rekaan peranti pintar yang tidak banyak berubah sejak pengenalan iPhone hampir 10 tahun yang lalu.
SVPER-2SVPER-3

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More