Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, February 17, 2016

Huh! Pesawat Berkuasa Nuklear Convair NB-36H

Teknologi baru sentiasa dibangunkan bagi memperbaiki kualiti hidup manusia. Tetapi tidak semua teknologi yang dibangunkan akan digunakan di dunia sebenar. Kerap kali teknologi baru dicuba dan kemudian didapati hanya mendatangkan mudarat dan tidak praktikal untuk dunia sebenar. Tetapi idea-idea gila ini perlu diuji bagi melihat kebolehannya. 
Sebagai contoh pesawat tanpa ekor kalis radar Northrop B-2 Spirit yang mula beroperasi pada tahun 1997 tidak akan wujud sekiranya pesawat Northrop YB-49 tidak diuji pada tahun 1947. YB-49 dianggap gagal kerana teknologi komputer yang membolehkan pesawat “sayap terbang” wujud hanya muncul beberapa dekad selepas program dihentikan.
Teknologi yang gagal sekarang mungkin akan berjaya di masa hadapan. IdeaGila ialah artikel khas yang kami hasilkan untuk anda yang ingin membaca tentang projek aneh yang pernah dilakukan suatu masa dahulu bagi menguji idea-idea yang dianggap di luar kotak. Kita mulakan dengan projek menghasilkan pesawat bertenaga nuklear oleh Tentera Udara Amerika Syarikat enam dekad yang lalu.
NB-36H-Convair-1
Di dunia kita ada kapal selam dan kapal pengangkut kapal terbang berkuasa nuklear. Ini sudah dikira normal sejak zaman 60-an lagi. Dengan pemasangan loji tenaga nuklear kapal selam dan kapal pengangkut ini tidak perlu diisikan minyak selama tiga tahun. Tapi tahukah anda pihak tentera udara Amerika pernah melakukan eksperimen pesawat bertenaga nuklear sekitar 1950-an?
Selamat datang ke program ANP (Aircraft Nuclear Propulsion – pesawat dorongan nuklear)yang berlangsung dari 1951 sehingga 1957. Program ini mengkaji kebolehgunaan pesawat berkuasa nuklear oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Secara teori pesawat berkuasa nuklear boleh terbang tanpa henti dan jauh tanpa perlu mengisi bahan api fosil seperti pesawat konvensional. Bahan nuklear di dalam reaktor mungkin hanya perlu digantikan beberapa bulan sekali. Pesawat berkuasa nuklear berfungsi dengan memanaskan udara di dalam kebuk enjin jet menggunakan haba dari pelakuran nuklear. Enjin jet masih berfungsi seperti biasa tanpa memerlukan bahan api fosil untuk menghasilkan tujahan.
NB-36H-Convair-2
Sebuah pesawat pengebom Convair B-36 diubah suai untuk projek ANP. Reaktor nuklear seberat16300 Kilogram diletakkan di dalam ruang simpanan bom B-36 ini. Ia mampu membekalkan1000 kuasa kuda ketika beroperasi. Bagi memastikan krew terselamat dari radiasi, penghalang radiasi plumbum seberat 1 tan diletakkan di antara kokpit dan reaktor. Disamping itu skrin kokpit setebal 30 cm diletakkan di hadapan bagi memastikan mereka benar-besar terselamat dari radiasi.
Adakah ANP pesawat pertama yang terbang dengan kuasa nuklear? Sebenarnya tidak. Reaktor yang dipasang tidak membekalkan tenaga kepada 10 enjin pesawat yang kini diberikan nama panggilan NB-36H. Ianya sekadar diletakkan di dalam pesawat untuk melihat sama ada reaktor nuklear boleh berfungsi dengan selamat tanpa sebarang masalah seperti yang berlaku diChernobyl. NB-36H memerlukan 10 enjin untuk membolehkannya terbang. Empat enjin jet dipadankan dengan enam enjin turbin kipas. Kesemuanya perlu bekerja keras bagi menerbangkan pesawat nuklear yang kini terlalu berat untuk menjadikannya rekaan yang praktikal.
Di antara 1955-57 sebanyak 47 penerbangan dilakukan dengan jumlah terkumpul 215 jam penerbangan. Ketika eksperimen dilakukan reaktor berfungsi selama 89 jam penerbangan. Projek tidak diteruskan kerana masalah keselamatan. Sebuah pesawat berkuasa nuklear yang terhempas akan membocorkan radiasi. Pada waktu yang sama teknologi peluru berpandu antara benua berjaya dibangunkan sekaligus membuatkan tiada keperluan bom dibawa di dalam pesawat ke sasaran yang ingin dimusnahkan.
NB-36H-Convair-3
Dengan kegagalan projek ini apakah masa depan pesawat berkuasa nuklear? Percaya atau tidak masih ada saintis yang percaya masa hadapan pengangkutan udara selepas 2050 akan bergantung kepada pesawat berkuasa nuklear. Kos bahan api fosil dijangka akan menjadi terlalu mahal dan pencemaran akibat gas rumah hijau yang dihasilkan sudah tidak boleh diterima oleh masyarakat pada waktu itu. 
Reaktor nuklear akan digunakan untuk menghasilkan elektrik untuk menggerakkan enjin elektrik. Airbus sudahpun menguji pesawat berkuasa elektrik E-Fan tahun lalu dan menerbangkan melintas Selat Inggeris. Elon Musk juga baru sahaja mengumumkan beliau berminat menghasilkan pesawat elektrik selepas melihat kejayaan projek kereta Tesla danPowerWall beliau.
Bagaimana pula tentang masalah keselamatan? Pesawat penumpang bertenaga nuklear akan mempunyai enjin yang dipasang pada bahagian sayap. Sekiranya berlaku kecemasan reaktor nuklear bole ditanggalkan dan turun ke bumi menggunakan payung terjun. Persoalannya ialah adakah anda berani untuk menaiki pesawat berkuasa nuklear sekiranya ia wujud di masa hadapan?
Recreate

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More