Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, February 22, 2016

Cara Permohonan Kursus Maktab Perguruan IPG 2016 KPM Online

Borang permohonan Kursus Maktab Perguruan IPG 2016 secara online. KPM mempelawa lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi sesi Jun 2016. Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan kemasukan bagi sesi Jun 2016 dijangka pada pertengahan bulan Mac 2016 atau selepas keputusan SPM 2015 diumumkan keluar. Berikut adalah cara permohonan maktab perguruan IPG 2016.

permohonan-ipg-2016-lepasan-spm

Fakta Penting Mengenai Institut Pendidikan Guru IPG 2016
  • Program Perguruan Lepasan SPM (PPISPM) sudah dimansuhkan dan kini digantikan dengan program Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi lepasan SPM
  • Program KPLI atau Kursus Perguruan Lepasan Ijazah tidak lagi ditawarkan atau tidak akan dibuka kepada umum khususnya kepada golongan yang mempunyai Ijazah bukan dari bidang pendidikan.
  • Sebelum layak untuk menjadi guru, calon wajib menjalani panggilan temuduga bagi menduduki Ujian Kecenderungan Calon Guru (UKCG) bagi memastikan calon benar-benar layak mengikuti kursus perguruan.
Borang Institut Pendidikan Guru (IPG) 2016 Online
Sila layari http://www.moe.gov.my dari masa ke semasa.

Syarat Kemasukan Institut Pendidikan Guru (IPG) 2016
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang. Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: i. Bahasa Melayu; dan
    ii. Sejarah.
  • Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More