Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, February 1, 2016

Bagaimana Dapatkan Tidur Yang Mencukupi Dan Berkualiti

Pernah tak anda rasa penat walaupun pada malam harinya anda telah mendapat tidur yang mencukupi? Jika ya, anda perlu membaca artikel ini sampai habis.
Berapa jam tidur yang kita perlukan setiap hari? Ia bergantung kepada kita. Biasanya 7 – 8 jam. Tapi ada juga di antara kita yang mempunyai ‘superpower’ untuk tidur sekejap tapi segar.

Kitaran Tidur

Sebenarnya bila kita tidur kita sebenarnya melalui beberapa kitaran yang disebut sleep cycle atau kitaran tidur. Setiap kitaran boleh dibahagikan kepada 4 fasa.
sleep 01
Fasa 1 (Mamai)
Fasa ‘rehat yang ringan’ antara sedar dan lena. Aktiviti otot kita mula jadi lambat.
Fasa 2 (Tidur ringan)
Apabila tidur bertambah dalam, otak mula melakukan tugas yang kurang rumit. Pernafasan dan degupan jantung juga semakin perlahan semasa fasa ini. Tidur dalam persekitaran yang sejuk dan selesa dapat membantu merendahkan suhu tubuh ke tahap ‘relaks’.
Fasa 3 (Tidur lelap/Tidur mati)
Apabila tekanan darah berkurangan dan pernafasan menjadi perlahan, inilah masanya di mana seseorang individu atau menikmati tidur yang paling dalam dan paling ideal untuk pemulihan tubuh. Otot akan mengendur apabila darah dialirkan ke arahnya dan bekalan tenaga tubuh kembali maksimum. Kalau anda cuba untuk kejutkan rakan anda pada fasa ini, beliau mungkin sukar untuk bangun.
Fasa 4 (REM)
Fasa ini dipanggil REM atau rapid eye movement. Pada fasa bebola mata kita bergerak dengan cepat, nafas kita menjadi lebih pendek dan tekanan darah meningkat.
Gelombang otak kita pada fasa ini sama aktif dengan waktu kita berjaga di siang hari. Otak sebenarnya sedang bekerja. Rangsangan otak inilah yang memberikan kita mimpi. Fasa ini mengambil masa 90 minit untuk dicapai dan akan berlanjutan dengan lebih lama apabila berulang-ulang sepanjang kita tidur.

Kenapa Penat?

OK, berbalik kepada persoalan utama. Kenapa kita masih penat walaupun telah tidur secukupnya? Jawapannya adalah pada fasa mana kita terjaga dari tidur. Jika kita terjaga di tengah-tengah kitaran, pada fasa tidur lelap contohnya, kemungkinan besar kita akan masih berasa penat. Ini juga menerangkan kenapa kita penat bila kita tidur sekejap-sekejap.
Bagaimana kita nak melatih diri kita untuk bangun di penghujung atau awal kitaran dan bukan di tengah-tengah?
Kita boleh cuba untuk setkan jam loceng kita untuk berbunyi pada penghujung kitaran atau penghujung fasa REM.
Contohnya 5 kitaran tidur x 90 minit = 7.5 jam. Setkan jam kita untuk berbunyi selepas 7.5 jam. Tempoh kitaran setiap orang mungkin berbeza. Kena guna kaedah cuba jaya.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti sleep cycle atau peranti seperti fitness tracker untuk mengetahui kitaran tidur anda. Jika kita mempunyai waktu tidur yang tetap, badan kita akan terlatih untuk bangun pada waktu yang sama.
Selain itu, untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, anda boleh cuba tip ini:
1. Jangan bermain dengan gajet sebelum tidur.
2. Pastikan bilik gelap dan sunyi.
3. Pasang ‘white noise’
4. Elakkan kafein sebelum tidur.
Yang paling penting, lepas terjaga waktu pagi, jangan tekan butang snooze! Terus bangun dan mulakan hari anda dengan penuh semangat.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More