Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (497) Al-Quran (24) Amazing (286) Anak (51) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (127) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (179) Ibadah (26) Info (673) Islam (498) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (56) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (116) Resepi (397) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (286) Sempoi (299) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (428) Tips (80) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (64) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, February 29, 2016

Amaran Merah: Puntung Rokok Mungkin Jadi Punca Kebakaran Hutan

hutan batu caves
PETALING JAYA: Beberapa kebakaran sejak kebelakangan ini seolah-olah mengiakan amaran peringkat merah di seluruh negara.

Lebih buruk, amaran berkenaan kini baru berada di peringkat permulaan.

Berdasarkan peta Sistem Kadar Bahaya Kebakaran, hampir semua bahagian di semenanjung berada pada peringkat merah, dengan pengecualian di beberapa tempat termasuk Kuching yang kini dilanda banjir.

Walaupun mungkin terdapat hujan sekali-sekala, jumlahnya tidak cukup untuk mengimbangi dengan musim kemarau.

Merah mewakili “extreme” – yang tertinggi dalam skala yang menunjukkan proses pencucuhan dan kemudahbakaran berlaku di kawasan padang rumput dan belukar.

Sebahagian besar di Sarawak dan Sabah juga ditandakan dengan warna merah dalam peta berkenaan.

Hanya beberapa bahagian di pantai timur semenanjung, selatan Sarawak dan utara Sabah terkecuali.

Seorang pegawai Jabatan Meteorologi berkata, peta Sistem Kadar Bahaya Kebakaran merekodkan parameter meteorologi termasuk kelajuan angin, suhu, kelembapan relatif dan hujan.

“Ia menerangkan adanya bahan api di dalam tanah,” katanya, menggesa mereka yang tinggal di kawasan-kawasan “merah” berhati-hati dan mengelakkan pembakaran.

“Ia amat berbahaya walaupun hanya membuang puntung rokok yang masih menyala kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kebarakan dan akhirnya merebak dengan sangat cepat,” katanya.

Ditanya situasi pada ini mungkin disebabkan oleh fenomena El Nino, beliau berkata: “Negara berada di akhir musim North-East Monsoon yang biasanya membawa cuaca kering dan kurang hujan di Semenanjung, terutama bahagian utara.

“Pada akhir Mac, kita boleh menjangkakan cuaca yang lebih lembap.”-MS.

Rahsia Tidur Panjang Ratusan Tahun Ashabul Kahfi

7 Oktober 2006, sebuah musibah menimpa seorang usahawan muda Jepun berusia 35 tahun, Mitsutaka Uchikoshi. Ia terjatuh & mengalami kecederaan kepala ketika sedang bercuti di gunung Rokko, Jepun. Ia dinyatakan hilang. Seorang pendaki gunung akhirnya berjaya mencari 24 hari kemudian dalam hipotermia.

Saat ditemui korban dalam keadaan patah tulang pinggul, denyut nadinya tak dikesan, suhu badan drop hingga 22 ° C, organ-organ vital tidak menunjukkan aktiviti dan ditambah pula dengan kehilangan darah cukup banyak.

Anda boleh bayangkan apa yang terjadi terhadap seseorang yang hilang ditelan bumi selama 24 hari di tengah gunung bersalji?? Tewas? Tentu itu dugaan banyak orang. Tetapi Allah SWT berkehendak sebaliknya. Setelah melampaui masa kritisnya, Uchikosi kembali pulih 100% seperti sediakala.

"Ia (Uchikosi) masuk ke dalam keadaan yang serupa dengan hibernasi. Fungsi organnya melambat, tetapi otaknya dilindungi & dalam keadaan baik. Saya yakin kemampuan otaknya boleh pulih 100% "ujar Dr Shinichi Sato.

Kes serupa pernah terjadi pula di Kanada menimpa seorang balita, Erika Nordby. Ia terjebak di luar rumah dalam suhu mendekati 0 derajat celcius & ia ditemui oleh ibunya dalam keadaan hampir membeku. Jantungnya berhenti berdetak selama 2 jam & suhu tubuhnya drop hingga 16 ° C. Akan tetapi akhirnya boleh pulih kembali.


Para doktor yakin jika misteri ini boleh dipecahkan maka teknologi hibernasi pada manusia akan berkembang di masa depan. Ilmu ini adalah ilmu masa depan yang boleh menyelamatkan para angkasawan saat menempuh perjalanan panjang ke luar angkasa.

Apaan sih hibernasi? Ringkasnya hibernasi adalah mekanisme mempertahankan hidup yang dimiliki haiwan mamalia saat musim dingin dengan cara menurunkan level aktiviti metabolisme tubuh, ciri yang paling jelas ya tidur panjang.

Para saintis getol sekali membongkar misteri hibernasi. Mereka yakin hibernasi boleh diterapkan pada manusia. Di dalam Al-Quran pun kejadian yang sama pernah diungkap dalam kisah ashabul kahfi. Ini dia Mukjizat Al-Quran dalam aspek teknologi.

Sekarang mari kita bandingkan satu demi satu dengan kisah ashabul kahfi:

The Seven Sleepers

The Seven Sleepers


The Cave Of Seven Sleepers
The Cave Of Seven Sleepers


Inside The Cave
Inside The Cave


Makanan

Ilmuwan:

Cecair kombinasi es & garam yang disuntik dalam badan agar suhu darah menurun. Lumayan drop dari 37 ° C s / d 10 ° C. Apabila suhu darah sudah drop tentu saja metabolisme tubuh pun ikut turun. At least, ini sudah diuji cuba pada seekor babi & berjaya. Namun ini hanya berjaya dalam masa beberapa jam saja.

Menurut para ahli dari University of California & Safar Centre for Resuscitation Research at the University of Pittsburgh, tempoh boleh dilanjutkan hingga hitungan hari, minggu bahkan bulan dengan nota tubuh harus diberi makan dalam bentuk titis yang dialirkan ke pembuluh darah.

Hanya akibat hibernasi: rambut & kuku akan tetap tumbuh. Umur pun tetap bertambah.


Ashabul Kahfi:


Tidak ada pengambilan makanan apalagi minuman kerana para pemuda itu tidur non-stop selama 300 tahun. Yang luar biasa umur tak bertambah sedikitpun.


Kotoran / Tinja


Ilmuwan:


Sampai saat ini para penyelidik masih kesulitan mengatasi perkara-perkara yang satu ini. Di antara binatang-binatang yang mengadopsi sistem hibernasi pun hanya beruang saja yang tidak punya masalah buang air besar.



Ashabul Kahfi:


Mereka tidak mempunyai masalah ini. Apa dalilnya? Apakah anda punya argumentasi yang dapat menjelaskan seseorang yang tidak pernah mendapat asupan makanan & minuman sama sekali tapi masih boleh mengeluarkan kotoran? Bisa-bisa dehidrasi, dong? Jadi no input, no output!


Cahaya


Ilmuwan:


Para ahli nampaknya belum melirik faktor yang satu ini untuk mempertahankan keadaan tubuh. Yang diyakini saat ini menggunakan sistem "drowning in icy water" alias tubuh direndam dalam air ais. Kaedah ini terbukti mampu mengubati tubuh yang terluka atau menyelamatkan pesakit serangan jantung selepas "mati" dalam masa beberapa jam.


Ashabul Kahfi:


Cuba perhatikan petikan ayat ke-17:


"Kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri."

Dalam perubatan pun sinar matahari dianggap penting untuk pembersihan, penguatan tulang & kulit dan manfaat lain.

Dalam tafsir Al-Qurthubi mengatakan, "Ayat 'bila matahari terbenam, meninggalkan mereka ke sebelah kiri', maksudnya adalah bahagian kiri matahari mengenai mereka kerana sengatannya. Sinar matahari memperbaiki tubuh mereka. Ayat itu dalam hal ini menegaskan bahawa Allah SWT meletakkan mereka di gua yang karakteristiknya unik. Mungkin jika arsitektur gua yang berbeza hasil akhirnya boleh jadi berbeza. Malah, boleh-boleh tubuh terpanggang gara-gara matahari siang!

Lihat betapa Maha Besarnya Allah SWT yang telah membuat mekanisme hibernasi begitu sempurna sehingga usia tak sedikitpun bertambah. Kajian lebih lengkapnya bisa anda baca di Ensiklopedia Mukjizat Al-Quran dan Hadis.

Perghh! Brazil Beku Aset Neymar Termasuk Jet, Kapal Layar!

Neymar-Jet-Prive
SAO PAULO: Pihak berkuasa Brazil mengambil langkah membekukan aset bintang Barcelona Neymar, termasuk kapal layar, jet dan beberapa hartanah di negara kelahirannya itu.

Mahkamah Persekutuan Sao Paulo sudah mula mengeluarkan waran untuk membekukan aset bernilai 192 juta Real (RM215 juta).

Tahun lalu, Neymar, ahli keluarga dan perniagaan berkaitannya didapati bersalah mengelak cukai bernilai 63 juta real (RM68.8 juta) antara tahun 2011 dan 2013.

Ketika itu Neymar masih beraksi untuk kelab Brazil, Santos. Dia menafikan dakwaan ke atasnya itu.

Minggu lalu, media di Brazil melaporkan, rayuan pemain berkenaan terhadap keputusan itu ditolak.

Iagaro Jung Martins, juruaudit untuk agensi percukaian persekutuan Brazil, berkata Neymar tidak akan dipenjara sekiranya dia membayar tunggakan cukainya itu. – AP

Gila! Pemain Tembak Pengadil Kerana Kad Merah

tembak2
SATU perlawanan bola sepak di Argentina berakhir dengan tragedi apabila pengadil perlawanan ditembak sehingga mati di atas padang.

Kejadian yang menimpa mangsa, Cesar Flores, 48, berlaku di Cordoba apabila suspek tidak dapat menerima keputusan dilayangkan kad merah.

Suspek yang juga pemain remaja dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan merbahaya terhadap lawan.

Akibat tidak dapat menerima hukuman berkenaan, pemain itu keluar dari padang untuk mendapatkan sepucuk pistol sebelum menembak kepala, tengkuk dan dada pengadil.

Selain itu, suspek turut menembak seorang pemain lawan iaitu Walter Zarate, 25, sehingga mengalami kecederaan parah.

Polis mengesahkan masih memburu suspek yang melarikan diri selepas melakukan pembunuhan tersebut.

Suspek yang masih belum dikenali itu dilapor membawa senjata berkenaan di dalam begnya.-MS.

Friday, February 26, 2016

FB Perkenal Butang Love, Haha, Wow, Sad & Angry

fb reasion
NEW YORK: Rangkaian media sosial Facebook Inc melakukan perubahan apabila menambah lima pilihan reaksi kepada posting yang memerlukan maklumbalas ‘like’.

Butang alternatif itu termasuk ‘love’, ‘haha’, ‘wow’, ‘sad’ dan ‘angry’.

Projek melibatkan ujian selama berbulan-bulan untuk menentukan pilihan terbaik itu mula digunapakai mulai Rabu.

Sebelum ini, pengguna sudah biasa menggunakan butang ‘dislike’ tetapi kini ia ditolak kerana dilihat mewujudkan persekitaran negatif.

CNNMoney melaporkan Pengurus produknya, Sammi Krug berkata, Facebook menawarkan butang alternatif di peringkat global dalam usaha menjadi destinasi kepada mereka yang mahu mengemaskini kehidupan masing-masing.

Syarikat itu sudah meningkatkan kandungan beritanya menerusi usaha sama dengan syarikat media. Berita tragik, contohnya, memerlukan maklum balas lebih daripada ‘like’.

Inisiatif baharu syarikat itu dipanggil reaksi.

“Kita faham ia satu perubahan besar, dan berhati-hati memperkenalkannya.

“Kita akan terus belajar dan mendengar maklum balas bagi memastikan kita memiliki satu set reaksi yang akan berguna di seluruh dunia.” katanya. – MS.

Berani Mati! Pelancong Berjaya Rakam Gambar Rakyat Korea Utara

pyongyang
>> Salah satu gambar yang berjaya dirakam Omid Scheybani.

DI negara Korea Utara, jika anda mengambil gambar tanpa kebenaran dan tindakan anda dikatakan mencurigakan, anda boleh ditangkap dan dituduh sebagai pengintip.

Kesalahan tersebut dianggap berat dan boleh dikenakan hukuman mengikut undang-undang negara itu.

Hakikatnya, agak susah untuk kita lihat kehidupan seharian rakyat di Korea Utara.

Ini kerana kerajaan Korea Utara menetapkan siapa yang layak dan tidak layak untuk duduk di bandar Pyongyang.

Mereka yang tidak layak terpaksa tinggal di luar Pyongyang di mana keadaannya lebih suram dan kurang menggembirakan.

Lelaki Iran kelahiran German, Omid Scheybani berkongsi gambar pengembaraannya di Korea Utara sepanjang 10 hari.

Kesemua gambarnya ditangkap hanya menggunakan iPhone.

“iPhone memudahkan saya menangkap gambar-gambar ini yang tidak mungkin dapat saya lakukan jika menggunakan kamera yang besar.

“Hanya keluarkannya, tangkap beberapa keping gambar dan masukkan semula ke dalam poket,” katanya seperti yang dipetik menerusi The Vocket.com.

Wow! Kelab China Tawar RM603 Juta Untuk United Lepaskan Rooney

kaptenRon
WAYNE Rooney menjadi perhatian untuk tawaran 100 juta pound (RM603 juta) sebagai tarikan pemain Manchester United itu berpindah ke China musim panas ini.

United dilaporkan menerima bidaan 27 juta pound (RM163 juta) dari kelab Liga Super China yang dipercayai Shanghai Shenua untuk mendapatkan Rooney dari England hujung musim ini.

Mereka turut menyediakan tawaran gaji kepada kapten United itu sebanyak 500,000 pound seminggu (RM3.1 juta) bagi perjanjian 3 tahun, malah kelab China itu bersedia untuk bersaing mendapatkan penyerang itu.

Dengan baki kontrak dua tahun lagi selepas 12 tahun bersama United, ia mungkin menjadi tarikan jika mereka ingin mendapatkan kembali jumlah yang dibayar kepada Everton ketika mendapatkan Rooney sewaktu ramaja dahulu.

Kelab China itu mahu menggunakan Rooney bagi saingan Liga Super dan bersedia untuk membayar pemain itu £75 juta bagi tempoh tiga tahun.

Beberapa kelab Liga Super China telah berbelanja besar sejak akhir-akhir ini dengan mendapatkan pemain di kelab-kelab Eropah.

Bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson yang kini membimbing Shanghai SIPS berkata: “Cepat atau lambat kita akan melihat nama-nama besar seperti Ronaldo, Messi dan Rooney dalam liga ini”.

Sebagai rekod, bintang Chelsea Ramires telah menyertai Jiangsu Suning dengan nilai £25 juta, dan penyerang Atletico Madrid Jacksen Martinez menyarung jersi Guangzhou Evergrande bernilai £32 juta.-MS.

EPL : Sturridge Mahu Kekal Bersama Liverpool

daniel-sturridge-446204
PENYERANG Liverpool, Daniel Sturridge memaklumkan bahawa masa depannya masih bersama kelab tersebut selepas beberapa kritikan yang dilontarkan ke atasnya sebelum ini, lapor BBC

Sturridge yang hanya bermain sembilan perlawanan pada musim ini ekoran daripada masalah kecederaan dialaminya dilaporkan bakal meninggalkan Anfield selepas mendapat kritikan berhubung rekod kecergasannya.

“Saya rasa ini sangat mengecewakan walau siapa pun yang mengatakan mengenai perkara itu. Namun ini lah bola sepak. Saya begitu bercita-cita tinggi untuk membantu Liverpool mencapai kejayaan.

“Dengan mengatakan seseorang pemain bola sepak tidak mampu beraksi dalam perlawanan adalah satu yang sangat tidak baik,”kata pemain berusia 26 tahun itu.

Pengurus Liverpool, Jurgen Kloop juga sebelum ini pernah menyatakan kekecewaannya terhadap tahap kecergasan Sturridge malah beberapa bekas pemain bintang di Anfield memaklumkan bahawa sudah tiba masanya kelab berkenaan menandatangani pemain baru.

Sturridge yang masih mempunyai kontrak bersama Liverpool telah menjaringkan lima gol sejak April, sebelum dia berdepan dengan masalah kecederaan serta perlu menjalani pembedahan di New York pada bulan Mei lepas.

Dia menyertai Liverpool selepas berpindah dari Chelsea pada Januari 2013 lalu serta menghasilkan gol sebanyak 28 kali untuk kelab dan negara dari 2013-2014.

Namun begitu, dia terlepas peluang beraksi selepas terpaksa berehat selama lima bulan pada musim lalu.-SH.

Binaan Termoden - Petronas Bina Menara Pejabat Baharu Di Sabah

Petronas-makes-management-change
KOTA KINABALU: Syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan membina sebuah menara pejabat baharu di Sembulan di sini.

Naib Presiden Kanan Huluan Malaysia Petronas Datuk Mohd Anuar Taib berkata projek bernilai RM136.9 juta itu, yang akan mula dibina bulan depan, merupakan sebahagian perancangan jangka panjang Petronas untuk menampung keperluan operasi dan tenaga manusia pada masa hadapan.

“Seiring dengan kemajuan perniagaan Petronas di negeri Sabah, sudah tentu wujud keperluan untuk menempatkan jumlah kakitangan operasi dan jabatan yang semakin hari semakin bertambah,” katanya pada pelancaran projek pembinaan itu di sini, Khamis.

Menurut Mohd Anuar, bangunan 11 tingkat dengan rekaan serba moden itu yang dibangunkan untuk menampung lebih 500 orang petugas, dijangkakan siap pada Ogos 2018.

“Projek ini diharapkan turut membawa impak positif kepada aktiviti ekonomi tempatan, khasnya dalam industri pembinaan tempatan serta industri sokongan yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata projek itu bakal menjadi mercu tanda signifikan yang baharu di Kota Kinabalu, sekali gus menggambarkan keyakinan Petronas terhadap potensi masa depan industri minyak dan gas di negeri ini.

“Kedudukan Sabah yang strategik menjadikan negeri ini sebuah lokasi yang ideal untuk memberikan perkhidmatan kepada aktiviti eksplorasi dan pengeluaran di rantau Asia-Pasifik.

“Kerajaan negeri mengiktiraf potensi yang luas yang ditawarkan oleh industri ini yang akan membantu memacu pembangunan sosial dan ekonomi negeri,” katanya.

Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.

Musa juga berkata keadaan harga pasaran minyak mentah dunia pada ketika ini tidak menjejaskan tumpuan dan komitmen kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan kedudukan Sabah dalam pelbagai sektor industri.

Katanya ini termasuk kerjasama kerajaan negeri dengan pihak industri bagi meningkatkan tahap profesionalisme, membangunkan keupayaan dan menyediakan peluang untuk meningkatkan kemahiran.

Pada majlis itu, syarikat Muhibbah Engineering (M) Bhd dan KK Dinamik Sdn Bhd menandatangani kontrak yang ditawarkan kepada mereka untuk membina dan membangunkan menara pejabat itu.– Bernama

Terkini! Pesawat TUDM CN235 Mendarat Cemas Di Pantai Kuala Selangor

IMG-20160226-WA0038

KUALA SELANGOR: Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, di sini, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Difahamkan, pesawat terbabit terhempas di kawasan hutan sekitar pantai itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ruslan mengesahkan kejadian tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan anggotanya tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang ramai pada pukul 8.47 pagi.

Difahamkan enam mangsa yang menaiki pesawat itu termasuk juruterbang dilaporkan selamat.

Kesemua mangsa diselamatkan penduduk berhampiran lokasi menggunakan perahu.

f3

f1

f2

Cara Pendaftaran Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya 2017/ 2018 Secara Online

Borang pendaftaran murid tahun 1 negeri Selangor dan Putrajaya sesi 2017/ 2018 secara online. Ibu bapa yang menetap di Selangor atau Putrajaya dan mempunyai anak yang lahir pada tahun 2010 hingga 2011 boleh membuat Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2017-2018. Untuk makluman sistem permohonan atau pendaftaran akan dibuka secara atas talin mulai 1 Mac 2016 hingga 30 April 2016.

Borang Pendaftaran Murid Tahun 1 Negeri Selangor 2017/ 2018 Online
Sila layari https://public.moe.gov.my mulai 1 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

murid-tahun-1-putrajaya-selangor

Pengumuman Penting Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2017/ 2018
  • Sistem pendaftaran online ini hanya terbuka khusus kepada murid tahun 1 yang akan bersekolah di selangor dan putrajaya sahaja.
  • Sistem esppsel (https://esppsel.moe.gov.my) telah ditutup sepenuhnya mulai 4 Januari 2016. Kini ibu bapa hanya boleh mendaftar anak mereka menerusi sistem baharu KPM iaitu https://public.moe.gov.my.
  • Sistem baharu adalah lebih efektif dan lancar berbanding sistem terdahulu.
  • Sistem pendaftaran baharu menerusi https://public.moe.gov.my hanya akan dibuka mulai 1 Mac 2016 sehingga 30 April 2016 khusus bagi pendaftaran murid tahun 1.
Tatacara Permohonan Online Murid Tahun 1
1. Sila lengkapkan borang online “Application Form” dan cetak borang permohonan.

Borang Permohonan Online MyHome 2016 Skim Rumah Pertama

Borang permohonan MyHome 2016 Skim Rumah Pertama. Dapatkan subsisdi sehingga RM30,000 bagi golongan belia yang masih belum pernah memiliki rumah. Dengan penawaran Skim Perumahan Mampu Milik Swasta, pembeli boleh mendapatkan rebat pembelian atau potongan sehingga RM30,000 dari harga asal rumah mengikut harga semasa.

skim-myhome-2016

Syarat Kelayakan MyHome Skim Rumah Pertama
  • Berumah 18 tahun dan ke atas
  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Bantuan Subsidi RM30,000 maksimum dari harga sebenar rumah tersebut
  • Gaji pendapatan isi rumah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM6,000 sahaja.
  • Mematuhi tangga gaji seperti dibawah
Skim MyHome

MyHome 1:
3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 800 Kaki Persegi
Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
Jualan harga rumah
Semenanjung: RM80,000 hingga RM120,000
Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000
MyHome 2:
3 Bilik Tidur 2 Bilik Air, Minimum 850 Kaki Persegi
Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
Jualan harga rumah
Semenanjung: RM120,001 hingga RM200,000
Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000

kriteri

Cara Daftar Borang Permohonan Skim MyHome 2016
1. Borang Skim Myhome Online: https://myhome.kpkt.gov.my/daftarpengguna
2. Isi borang dengan lengkap berserta salinan dokumen yang diperlukan. Dokumen Wajib Dimuatnaik (pdf atau jpeg sahaja).
3. Senarai Dokumen Yang Diperlukan & Wajib Dihantar Bersama Borang (Semua dokumen ini wajib di gambar atau scan dan lampirkan bersama borang secara online)
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Suami/ Isteri
  • Salinan kad pengenalan anak
  • Salinan slip gaji
  • Salinan surat OKU jika ada
Aduan Mengenai Borang SkimMyHome (Tips)
Ramai mengadu gagal akses ke portal MyHome untuk dapatkan borang kerana portal MyHome bermasalah dengan isu keselamatan “security”. Sila proceed sahaja untuk dapatkan borang MyHome secara online seperti tertera dibawah.
1. Sila gunakan Google Chrome Sahaja. Sila klik “Proceed To laman Myhome” untuk akses borang.

amaran

2. Borang MyHome sedia di isi secara online

http://4.bp.blogspot.com/-tXh2HPXokAk/VA3jnEdBOuI/AAAAAAAABEU/p-JegsNp4_U/s1600/beli%2Brumah%2Bmyhome%2Bgov.png

Berita Palsu Pesawat MAS MH149 Hilang Dari Radar Tersebar

Berita palsu terkini pesawat MAS MH149 dari KLIA ke Melbourne Australia hilang dari radar tersebar. Kecoh dilaman sosial susulan dakwaan seorang facebook milik “Sharifah Sofia Syed Rashid” yang menyebarkan dakwaan MH149 dari KLIA ke Melbourne Australia telah hilang sejak berlepas jam 9.50 malam 23 Februari 2016. Bagaimanapun, semakan menerusi Flight Radar mendapati pesawat MH149 telah selamat tiba di Melbourne pada jam 8.21 pagi 24 Februari 2016.

dubai

Flight Radar Mengesahkan Pesawat MH149 telah selamat mendarat.
selamat
mendarat

Tarikh & Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi MARA 2016

Tarikh dan lokasi Karnival Pendidikan Tinggi MARA 2016. Bagi lepasan SPM, STPM atau graduan Diploma dan Ijazah, anda kini boleh mengunjungi ke lokasi karnival pendidikan MARA 2016 berhampiran tempat anda pada jadual yang tertera dibawah. Antara objektif utama karnival pendidikan MARA 2016 adalah untuk memberi pendedahan kepada hala tuju calon dalam bidang akademik atau kemahiran sebaik sahaja menamatkan pengajian.

karnival-mara-2016

Tarikh & Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2016

Kuala Lumpur
  • 5 – 6 Mac 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Lokasi:Dewan Utama, Aras 6, Premiera Hotel, Kuala Lumpur
Kelantan
  • 9 – 10 Mac 2016 (Rabu & Khamis)
  • Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan
Kedah
  • 12 – 13 Mac 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar, Kedah
Sarawak
  • 12 – 13 Mac 2016 (Sabtu & Ahad)
  • The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak
Pulau Pinang

19 – 20 Mac 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Pahang
  • 26 – 27 Mac 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Megamall, Kuantan, Pahang
Perak
  • 26 – 27 Mac 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Dewan Indera Mulia, Ipoh, Perak RTC Gopeng, Perak
Johor
  • 2 – 3 April 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor
Sabah
  • 2 – 3 April 2016 (Sabtu & Ahad)
  • IMAGO KK Times Square, Kota Kinabalu, Sabah
Terengganu
  • 9 – 10 April 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Terengganu Trade Center (TTC), Kuala Terengganu, Terengganu
Melaka
  • 9 – 10 April 2016 (Sabtu & Ahad)
  • MITC, Ayer Keroh, Melaka
Selangor
  • 16 – 17 April 2016 (Sabtu & Ahad)
  • Anggerik Mall, Shah Alam, Selangor

Thursday, February 25, 2016

Ada Gudang Benih 'Kiamat' di Kutub Utara

Gudang simpanan bibit di Norway (Mari Tefre / Global Crop Diversity Trust | LiveScience)
Bibit cabai pedas dari Amerika Utara baru sahaja dihantar ke Arctic - kawasan sejuk di Kutub Utara Bumi. Bibit itu disimpan di ruang simpanan khas bibit global, Svalbard.

Bibit cabai termasuk di antaranya, paprika pedas Wenks, Pico de Gallo, dan San Juan "Tsile 'dari New Mexico.



Di dalam peti besi, bibit akan aman selama beberapa abad - menjangka bencana dahsyat yang menimpa Bumi, termasuk bencana terrestrial.

Ruang simpanan bibit yang disebut 'gudang benih kiamat' saat ini mengandungi lebih dari 525.000 kelainan bibit dari seluruh dunia, menjadikannya teempat pengumpulan bibit yang paling lengkap di dunia.

Gudang simpanan bibit itu dibina jauh di pergunungan Norway, dekat Kutub Utara. Tujuannya, menyimpan bibit-bibit dari ancaman kepupusan.

"Dunia saling bergantung berkaitan kepelbagaian makanan, bahan baku penting yang diperlukan untuk kehidupan dan kesihatan manusia," kata Senator Benjamin L. Cardin (D-MD), pemimpin rombongan yang menyerahkan benih cili.

"Akibat kesan perubahan iklim di dunia, simpanan bibit di Svalbard akan menjadi safety deposit box untuk memastikan bekalan makanan dunia," yambah dia.

Arti penting cabai Amerika, tambag Cardin, bahan makanan penting masalah India dan Asia.

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) melalui Agricultural Research Service (ARS) telah menghantar puluhan ribu benih dari plasma nutfah tanaman ke peti Svalbard sejak Januari 2008.

"Kami menyasarkan dalam 10 hingga 15 tahun akan datang, benih yang dikoleksi mencapai 511.000," kata Edward B. Knipling, pentadbir ARS.

Selain benih tanaman pangan seperti jagung, soya, dan kacang tanah, juga disimpan plasma nutfah yang eksotik, seperti biji strawberi jenis Fragaria iturupensis liar - yang dikumpulkan dari Pulau Iturup yang letaknya di bawah Gunung Atsunupuri di Rusia.

Ditambah Knipling, ARS mempunyai komitmen yang kuat untuk memastikan peranan Svalbard sebagai pelindung kepelbagaian genetik di dunia.

Bibit tanaman penting yang lain dimasukkan ke dalam peti besi baru-baru ini adalah, sorgum.

Sorgum adalah tanaman yang tumbuh di seluruh dunia dan merupakan makanan pokok bagi 500 juta orang di lebih daripada 30 buah negara.

Sorgum mendapat perhatian khusus kerana daya tahannya di segala musim, panas dan kering. Sorgum adalah tanaman yang tepat untuk Bumi yang mengahadapi kesan perubahan iklim.

"Sorghum adalah tanaman luar biasa serbaguna - itu digunakan untuk tepung, roti, makanan ternakan, bir dan juga biofuel. Tanaman ini penting untuk melindungi bekalan makanan global," kata Cary Fowler, Pengarah Eksekutif Global Crop Diversity Trust - lembaga penyokong dana operasi Svalbard global Seed Vault.

Wow! 24 Pictures That Prove 2015 Is The Damn Future

The Future Is Now!

01. First of all, we FINALLY know what Pluto looks like:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-01NASA
Lookin’ good, buddy.

02. There are wheelchairs that can go upstairs:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-02Via YouTube

03. And phones that can bend every which way:

04. There are highlighters that take notes in real time:

05. Cooks using holograms to learn:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-05Via YouTube

06. 3D pens:

07. And printers that run line by line:

08. You can make 3D prints of your unborn child:

09. Prosthetics have never been better:

Via Reddit

10. Special effects, too:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-10Via YouTube

11. And everything you could ever need lives in one place now…

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-11Via Reddit

12. …your pocket:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-12Via Pinterest

13. All while the Motorola Razr sits in a MUSEUM:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-13Via Imgur

14. Augmented reality sandboxes are a thing:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-14Via YouTube

15. And so are automatic nail machines:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-15Via YouTube

16. Robots can solve Rubik’s cubes:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-16Via YouTube

17. And, yes, hoverboards exist:

18. There’s a glass box that can tell you what the weather is outside:

19. Concrete can do this:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-19Via YouTube

20. Gestures can control everything:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-20Via Myo

21. Tattoos can be removed like this:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-21Via Reddit

22. And memory cards can store everything:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-22Via Twitter

23. It wasn’t that long ago when 8MB seemed like a TON:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-23Via Twitter

24. All in all, it’s good to be living in the future:

AD-Pictures-That-Prove-2015-Is-The-Damn-Future-24Via Twitter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More