Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, January 27, 2016

Selepas Diacu Parang Dan Kereta Mewah Dilarikan, Lelaki Ini Mendapat Pengajaran Berharga

sumber : thevocket.com
Nota Editor: Bila dirompak, tidak kira betapa besar atau kecil saiz rompakan, amat sukar untuk berasa tenang. Tetapi lelaki ini, dapat menenangkan diri dan mendapat pengajaran berharga selepas kereta mewah yang baru dibelinya disamun dan dilarikan. Terima kasih kepada Tuan Nazri Mustafa, seorang peguam hartanah kerana sudi berkongsi kisah ini.

Kereta Yang Hilang

Tahun 2010 saya beli kereta BMW 320 model facelift, gantikan model lama ( keluar facelift pun nak tukar.)
nazri-mustafa
PENULIS, NAZRI MUSTAFA
Kira-kira 3 minggu selepas dapat kereta, saya keluar pergi makan malam. Selepas isi minyak di Petronas Lebuh Raya Grand Saga Cheras, saya terus pecut ke Pappa Rich Bandar Baru Bangi, atas permintaan anak lelaki.
Saya bawa laju dan sebab model agak baru, saya perasan juga beberapa pemandu kereta lain asyik pandang. Memang sudah timbul RIAK.
Saya meletakkan kereta sebelah bangunan Pappa Rich. Tempat letak kereta depan Pappa Rich penuh.
Saya side parking, dan semua orang turun kereta. Saya turun lewat sedikit manakala keluarga sudah jalan dahulu.
Sebuah kereta tiba-tiba berhenti di sebelah kereta saya, 2 orang lelaki turun dan acu parang pada saya dan seorang lagi acu parang pada keluarga.
Dia mahu kunci kereta. Saya tawarkan duit tetapi dia tidak mahu. Dia sangat tenang. Saya pun cuba kekal tenang.
Dia rampas kunci daripada tangan saya dan masuk kereta serta hidupkan enjin. Saya ketuk but kereta minta buka dan kata saya hendak ambil barang saya.
Dia buka. Dan saya keluarkan semua yang sempat. Saya hanya terfikir beg peribadi dan geran-geran tanah asal serta dokumen anak guam yang perlu saya uruskan keesokannya.
Rakan "si hijacker" pun masuk ke kereta mereka. Ada seorang lagi memandu kereta mereka tetapi tidak turun.
Selepas itu mereka terus pecut dan melarikan diri. Mungkin hijacker ini antara pemandu yang asyik memandang kereta saya, yang menyebabkan saya rasa RIAK tadi.
Ada banyak lagi barangan lain yang hilang. Jam, pasport, tali leher, dan banyak lagi..
Pengajaran
  • Jangan berlagak dan perasan bawa kereta perasan mewah. Allah boleh tarik bila-bila masa.
  • Kalau rasa sudah kaya sedikit, tengok orang atas, ramai lagi kaya tetapi tidak berlagak mana pun.
  • Tengok orang yang di bawah itu semestinya.
  • Jangan buat kereta jadi stor simpan macam-macam barangan.
  • Bunga silat tak keluar.
  • Terfikir kalau lawan nanti, tangan mungkin putus dek parang, nanti susah nak tanda tangan cek di ofis.
  • Tiada maknanya kalau pakai kereta branded itu hebat. Itu Allah yang kurnia.
Selepas itu saya beli kereta Volvo terpakai warna merah yang umurnya banyak untuk mengajar diri saya supaya rendah diri (tetapi nak kereta continental juga.)
Ada orang terpaksa menghadap cuci tempat buang air untuk mencari wang.
Jadi.. janganlah berlagak. Apa yang ada, Allah yang bagi. Syukur lebih.
Selepas 2, 3 hari, anak saya (ketika itu berumur 13 tahun) berkata, "Abah, Mi (Nazmi) minta maaf ajak abah makan kat situ."
Terharu.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More