Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, January 21, 2016

Resepi Cara Masak GULAI NENAS UDANG

GULAI NENAS UDANG 

sumber : mat gebu


Bahan Utama :-)
600 g udang galah (1 kati)
1 biji nenas sederhana besar
2 helai daun kunyit, dikoyak2
1 biji kelapa, diparut
1 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula (jika perlu)

Bahan Kisar Halus :-)
3 biji cili merah
7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
3 biji buah keras

Cara membuatnya :-)
  1. Udang dikerat bahagian kepala, buang kotoran, cuci bersih dan toskan. Nenas dikupas, belah 4, buang empulur dan potong sederhana besar. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang lagi 2 cawan air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan udang, nenas, asam gelugor dan bahan2 kisar, gaul rata dan masak atas api sederhana hingga udang kecut sedikit. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan daun kunyit dan tuang pati santan. Tambah garam dan sedikit gula, masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga mendidih. Rasa jika ok boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More