Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (366) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, January 15, 2016

Resepi cara Buat NASI AIR SIAM

NASI AIR SIAM


Bahan Utama :-)
Nasi, dimasak lembik bersama daun pandan
500 g daging batang pinang, dipotong besar*
1 inci halia, diketuk*
3 ulas bawang putih,dititik*
2 liter air*(*rebus bersama daging hingga empuk dan asingkan daging dari stok)
5 inci halia, ditumbuk


Bahan Air Lada :-)
1 genggam cili padi (kurang lebih 15 - 20 biji)
1 ulas bawang putih (resipi asal tak letak ni)
4 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan :-)
Ikan bilis goreng
Bawang goreng
Hirisan daun sup/daun bawang
Belahan limau kasturi
Sedikit mee hoon garing (mee hoon, dicuci, sejatkan dan goreng terendam hingga garing, mat guna soon saja...)

Cara membuatnya :-)
  1. PENYEDIAAN AWAL :-) Daging yang diasingkan tadi, dihiris nipis2 dan gaul bersama halia tumbuk, biar terperap sebentar. Kemudian goreng hingga garing, angkat keluar daging dan saki-baki halia dalam kuali dan toskan atas paper towel. Stok daging tadi ditambah garam secukup rasa, boleh tambah sedikit gula jika suka (mat tak letak gula, tapi tambah 1 camca teh serbuk lada hitam).
  2. UNTUK AIR LADA :-) Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat, masukkan sedikit garam dan gula(lebih sedikit), terus menumbuk hingga betul2 lumat. Masukkan cuka, gaul rata dan alih ke dalam bekas lain.
  3. PENYEDIAAN NASI AIR SIAM :-) Dalam mangkuk sesuai, cedok nasi lembik ikut kuantiti yang diinginkan. Tuang stok daging tadi sehingga hampir penuh, letakkan daging goreng dan bahan2 sampingan. Hidangkan bersama air lada dan bolehlah makan.
sumber : mat gebu

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More