Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, January 26, 2016

Resepi cara Buat FRUIT TART Sedap

FRUIT TART

Bahan-Bahannya :-)
1 bahagian sweet pastry (boleh rujuk sini)
Pastry cream (resipi di bawah)
Coklat cair secukupnya
Strawberry*
Blueberry*
Kiwi*
Apricot dalam tin*(*antara buah2an yang boleh digunakan)
Sedikit piping jelly jernih utk mengglis tart

Bahan Pastry Cream :-)
300 g susu segar (panaskan hingga suam)
3 kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega



Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK KULIT TAT :- Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan hingga setebal 2 - 3 mm. Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Keluarkan dari oven, asingkan kulit tat dari acuan dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  2. UNTUK PASTRY CREAM :- Satukan kuning telur dan gula, kacau dengan whisk hingga gula hancur, tuang sedikit susu suam, kacau cepat hingga bersatu, dan tuang lebihan susu suam dan kacau hingga rata. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin. Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil terus mengacau hingga pekat. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau hingga semua sebati dan bersatu. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.
  3. UNTUK FRUIT TART :- Ambil satu kulit tat, sudukan sedikit coklat cair. Ratakan, buat hingga habis, masukkan dalam peti sejuk 1 - 2 minit, untuk mempercepatkan coklat keras. Masukkan pastry cream dalam piping beg yang dipasang muncung bintang, picit pastry cream ke dalam setiap kulit tat (seperti dalam gambar diatas). Buat hingga siap. Hias dengan buah2an kegemran, sapu dengan sedikit piping gel untuk mengilatkan tat. Boleh dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More