Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, January 11, 2016

Rekod Jualan Mercedes-Benz, 10,845 Unit – Catat Peningkatan 56%

Mercedes-Benz-E300-Bluetec-hybrid-11

Rekod Jualan Mercedes-Benz, 10,845 Unit – Catat Peningkatan Sebanyak 56 Peratus

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mencatatkan rekod jualan pada 2015 yang menyaksikan peningkatan 56 peratus kepada 10,845 unit daripada 6,932 unit pada tahun sebelumnya.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Dr Claus Weidner berkata MBM menjual kenderaan penumpang dalam pelbagai kategori dengan limosin keluaran tempatan iaitu C-Class, E-Class dan S-Class menerajui jualan.
Weidner berkata kenderaan kompak MBM terus mencatat pertumbuhan jualan yang stabil, meningkat 21 peratus kepada 2,811 unit dengan model CLA merekodkan jualan tertinggi sebanyak 959 unit diikuti A-Class (832 unit) dan GLA (816 unit).
mercedes-benz-cla-class-
Mercedes-Benz CLA
“Sebanyak 7,989 unit kenderaan keluaran tempatan MBM dijual tahun lepas, peningkatan 75 peratus dengan hibrid diesel E-Class mencatat jualan tertinggi sebanyak 3,383 unit diikuti C-Class (2,697 unit) dan S400L (1,909 unit),” katanya dalam taklimat media mengenai prestasi 2015 kumpulan, di sini Jumaat.
Kejayaan MBM ini disokong oleh kilang pengeluaran di Pekan serta rangkaian perkhidmatan dan pengedar yang kukuh, katanya.
“Kilang itu berupaya mengeluarkan 7,710 kereta tahun lepas dan diiktiraf sebagai satu-satunya kilang unit terurai sepenuhnya (CKD) yang berjaya melaksanakan pengeluaran dua syif bermula April tahun lepas.
“Menerusi pelaburan sebanyak RM350 juta, MBM kekal sebagai rangkaian kereta premium terbesar dengan 28 pengedar di seluruh negara,” katanya.
Mercedes-Benz_E_300_BTH_Exterior__(1)_840_560_100
Sementara itu, Naib Presiden Kenderaan Penumpang MBM, Mark Raine berkata 2015 merupakan tahun prestasi cemerlang MBM apabila ia mencatat jualan terbaik pada Jun dan suku kedua terbaik.
Beliau berkata MBM berjaya menambah baik penguasaan pasaran sebanyak 0.7 peratus kepada 1.9 peratus dan terus mengetuai segmen kereta premium di Malaysia.
“Produk tempatan kami terus menjadi pemacu kejayaan jenama kami selain varian produk baharu yang dilancarkan,” katanya.
Raine berkata pada 2015, MBM memperkenalkan 14 varian dan ia akan melancarkan segmen kereta impian, limosin dan kompak pada tahun ini, terutama dalam tempoh enam bulan pertama.
“Syarikat berhasrat memastikan 2016 mencatat kejayaan seperti tahun lepas dan mengukuhkan lagi kedudukan selaku peneraju pasaran kereta premium di Malaysia.
“Kami yakin dapat mencapai sasaran ini dengan meneruskan momentum tahun lepas dan memanfaatkan keyakinan pengguna terhadap kenderaan dan jenama kami serta memberi penekanan kepada rakan kongsi tempatan kami untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya.
Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More