Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, January 11, 2016

Presiden IKS Menolak Cadangan Semakan Harga Bahan Api Setiap Minggu

Bahan Api Diesel

Persatuan Industri Kecil & Sederhana (IKS) membidas saranan Persatuan Pengusaha Stesyen Minyak yang mahukan harga bahan api disemak setiap minggu.
Menurut Presiden IKS, Michael Kang, persatuan tersebut menolak cadangan tersebut dan meminta pihak kerajaan agar mengekalkan sistem semasa yang membuat semakan harga bahan api setiap bulan.
Menurut laporan The Star, Kang mengatakan bahawa semakan harga bahan api yang dilakukan secara setiap minggu akan memaksa pihak IKS untuk memantau harga bahan api sedunia untuk meramal kos keseluruhan memandangkan bahan api merupakan antara komponen utama dalam kos operasi mereka.
“Sistem yang digunakan perlulah memberikan manfaat buat pihak IKS. Jika harga bahan api naik secara mendadak, ianya turut meningkatkan beban kepada mereka kerana ianya memberikan kesan besar terhadap kos operasi,” tambah Kang lagi.
Setiausaha Terhormat Persatuan Dewan Perniagaan Cina dan Industri Malaysia, Datuk Low Kian Chuan, turut bersetuju dengan kenyataan Kang.
“Ahli perniagaan perlu tahu cara untuk menyesuaikan diri jika berlakunya perubahan dan memerlukan sistem untuk meramal perkara tersebut. Harga bahan api biasanya hanya berubah dalam lingkungan 3% hingga 5% sahaja. Jika ianya melebihi 10%, sudah pasti ianya memberikan kesan yang besar terhadap operasi perniagaan,” tambah Datuk Low.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More