Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, January 27, 2016

Pengajaran Kisah ‘Jutawan Segera’ Kampung LBJ

“Macam-macam dugaan… tapi semuanya tinggal kenangan,” demikian luah Ketua Kampung LBJ, Razi Adam, 67, menceritakan semula pengalaman ketika peneroka Felda berkenaan mendapat ‘durian runtuh’ kira-kira 20 tahun lalu.
Suka duka ‘jutawan segera’ LBJ
Rumah banglo sebegini merupakan panorama biasa di Kampung LBJ, yang merupakan bukti kekayaan penduduk kampung ekoran penjualan tanah ladang pada 1996.
Masih utuh dalam ingatannya, pancaroba ditempuhi lebih kurang 500 ‘jutawan segera’ yang lahir daripada hasil penjualan tanah ladang kepada pemaju hingga menyaksikan nama tempat itu bertukar kepada kampung.
“Walaupun proses penjualan tanah berlaku pada 1996, tapi ura-ura membabitkan hal ni dah mula satu dua tahun sebelum tu lagi.
“Masa itu, ada orang luar datang jumpa penduduk sekitar 1994. Kononnya nak beli tanah di sini lebih awal sebelum pemaju,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, individu terbabit didapati sekadar menangguk di air keruh apabila berhasrat mendapatkan tanah penduduk pada harga lebih rendah.
“Dia tawarkan sekitar RM3 sekaki. Padahal, harga yang kami bincangkan dengan pemaju lebih kurang RM4 sekaki.
“Kemudian, kami dapat tahu individu terbabit sebenarnya tak ada duit dalam bank. Mujur kami dengar nasihat jawatankuasa yang mengendalikan penjualan tanah dan tak termakan umpan dia,” katanya.
Katanya, cabaran seterusnya pula dihadapi selepas proses penjualan tanah dilaksanakan seperti dipersetujui antara kedua-dua pihak.
“Masalahnya penduduk cuma dapat 10 peratus daripada bayaran sepatutnya diterima. Kemudian, kami terpaksa bersabar dan menunggu lebih kurang dua tahun.
“Pembayaran selesai sepenuhnya pada penghujung 1998 yang melibatkan empat fasa. Itu pun selepas didesak jawatankuasa yang berkali-kali jumpa pemaju di Kuala Lumpur,” katanya.

Penduduk terjebak skim cepat kaya

Menurut Razi, dugaan lebih besar menimpa penduduk lebih kurang dua tahun selepas itu dalam bentuk skim cepat kaya bertopengkan pelaburan bidang perniagaan kereta import dan boling.
“Lebih kurang 200 penduduk terkena. Memang teruk sebab ada yang rugi sampai RM200,000. Penipuan tu mula terbongkar sekitar 2004, bila si pemilik syarikat tak mampu lagi nak bayar peserta macam dijanjikan.
“Semua yang terlibat kemudian ambil keputusan serbu pejabat dia di Kuala Lumpur. Penyudahnya, dia cuma mampu beri apa yang ada pada masa tu. Ramai yang masuk lambat, tak dapat balik modal,” katanya.

Paling sikit dapat RM1.3 juta

Selebihnya pula, katanya, lebih kepada cabaran terhadap diri sendiri sama ada beringat atau tidak untuk masa depan.
“Bila duit berkepuk-kepuk dalam tangan, selera pun mula besar. Rata-rata guna kereta import masa tu. Maklumlah, penjual kereta memang ramai berkampung lepas penduduk dapat duit.
“Tapi ada juga yang beringat dan menyimpan untuk anak cucu. Seingat saya, paling sikit dapat RM1.3 juta dan paling banyak RM2.2 juta,” katanya yang berkhidmat sebagai ketua kampung sejak 2007.
Tidak cukup dengan itu, katanya, mereka turut jadi mangsa seorang peguam yang didakwa menawarkan diri membantu penduduk kampung mendapatkan duit dilabur dalam skim berkenaan.
“Daripada 2004 sampai 2008, langsung tak berjaya. Akhirnya, dia salahkan pula pihak Bank Negara. Padahal tak ada kena-mengena pun.
“Apa yang pasti, duit penduduk terlibat dibahamnya untuk kos guaman. Kalau tak silap saya, seorang bayar tak kurang RM3,000,” katanya.

Bapa siap-siap bahagi duit

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Kampung LBJ, Mohd Shazali Muhamad, 38, pula memberitahu, dia baru tingkatan lima ketika proses penjualan tanah dijalankan.
“Walaupun tiba-tiba jadi jutawan, remaja kampung ni tak berapa alami ‘kejutan budaya’. Sebab ibu bapa yang dapat, kami ikut saja apa keputusan mereka.
“Macam keluarga saya, mak dan ayah dah siap-siap bahagi untuk kegunaan kami tujuh beradik,” katanya yang merupakan anak bongsu.
Cuma, katanya, sedikit sebanyak tetap ada perbezaan sebelum dan selepas penduduk mendapat duit hasil penjualan tanah ladang.
“Bila ada duit, langkah pun makin panjang. Lebih kurang 50 peratus golongan generasi kedua keluar berhijrah sama ada melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau mengembangkan karier.
“Ada juga yang tak duduk kampung, sebab ibu bapa belikan rumah di tempat lain. Biasanya untuk golongan yang dah berkeluarga sendiri,” katanya kini penghuni kampung kebanyakannya generasi ketiga.
Namun, Mohd Shazali tidak menafikan, ada juga belia seusianya dan ke atas pada waktu itu yang mempunyai cita rasa dan gaya hidup agak tinggi.
“Memang ada kawan yang gemar bertukar-tukar kereta atau motosikal. Itu perkara lumrah, walau di mana-mana sekalipun dan bukan di sini saja,” katanya mengakhiri bicara.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More