Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, January 22, 2016

Panas! AES & Sistem Demerit Kejara – Kerajaan Perlukan Maklum Balas Rakyat



AES


Sistem Automated Enforcement System (AES) dijangkakan akan kembali berfungsi pada bulan Mac akan datang, bersama-sama dengan sistem demerit Kejara. Walau bagaimanapun, kerajaan mengatakan bahawa mereka sedang pertimbangkan maklum balas daripada orang ramai, menurut laporan The Star.
“Kami mengalu-alukan maklum balas dan cadangan daripada orang ramai supaya kami boleh lakukan dengan lebih baik. Kami juga telah menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membuat kaji selidik,” kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Liow berkata bahawa kematian dalam kemalangan merupakan isu utama kementerian ini di mana 7,000 kes berkaitan kematian di atas jalan raya berbanding 500,000 kemalangan yang dilaporkan di Malaysia.

“Kami ingin melaksanakan sistem AES kerana ianya adalah cara efektif untuk mengurangkan kemalangan di negara ini,” katanya lagi. Pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan mereka apabila melihat kamera AES.

AES
“Kawasan yang dipasang AES menunjukkan rekod kekurangan kemalangan. Pelaksanaannya di negara lain juga turut menunjukkan yang sistem ini efektif. Bercanggah dengan apa yang dikatakan orang ramai, AES bukan untuk menghukum rakyat dengan pengeluaran saman. Kami mahu selamatkan nyawa,” tambah Liow lagi.
Sistem demierit Kejara pula berfnugsi untuk menarik lesen mereka yang melakukan kesalahan melampau. “Bagaimana sistem demerit ini terhadap pesalah lalu lintas, kami mahukan maklum balas dari rakyat. Kami akan dengar pandangan mereka,” kata Liow.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengatakan yang kementerian itu sedang mencari jalan untuk melaksanakan dan menambah baik sistem Kejara menjelang Mac nanti dan JPJ sudah membentangkan 3 cadangan ketika mesyuarat dengan kementerian minggu lepas.

Cadangan yang dibentangkan adalah untuk membuat sistem berasingan untuk kenderaan komersial dan persendirian. Poin demerit akan kekal walaupun pesalah membayar saman, dan pengguna yang mengekalkan rekod bersih dalam masa 2 tahun akan dapat mengurangkan poin demerit menajdi separuh.

Di bawah sistem Kejara, 20 poin demerit akan mendapat amaran, 40 poin akan menggantung lesen memandu dan 60 poin akan ditarik lesen memandu. Abdul Aziz mengatakan yang kementerian dijangkakan akan memberi lampu hijau ke atas cadangan tersebut dan ianya akan dibawa untuk kelulusan Kabinet Februari nanti.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More