Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, January 21, 2016

Fuh! Proton Perdana Bakal Gunakan Enjin 2.0L Petronas NE01 Menjelang Hujung 2017


Proton Perdana 2016

Antara berita yang diumumkan ketika pelancaran enjin terbaru Proton GDi dan TGDi yang dijalankan baru-baru ini ialah model Proton Perdana yang menggunakan platform Honda Accord bakal menerima enjin yang berasaskan model enjin 2.0-liter Petronas NE01 menjelang hujung 2017.

Ini merupakan kali pertama pengeluar tempatan itu mengesahkan bahawa enjin baru ini sedang dalam pembangunan. Dijangkakan bahawa enjin ini bakal menerima teknologi yang sama iaitu direct-injection, variable valve timing (VVT) dan mungkin juga akan ditawarkan dalam varian naturally-aspirated (GDi) dan juga turbocharged (TGDi).

Proton juga kelihatan bersungguh-sungguh untuk mengekalkan tawaran transmisi CVT kepada keretanya dan ianya mungkin akan dipadankan dengan enjin ini bagi menghentikan penggunaan transmisi 5-kelajuan automatik yang dipadankan dengan enjin Honda R20A3 2.0-liter dan K24Z2 2.4-liter i-VTEC yang digunakan pada platform Honda Accord tersebut.

Proton Perdana 2016

CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata bahawa model Proton Perdana ini mungkin akan ditawarkan dengan enjin 1.5-liter TGDi. Penggunaan enjin kecil ini dalam sedan segmen D boleh memberikan nisbah kuasa-kepada-berat yang sama dengan enjin Honda 2.4-liter tersebut.

Kalau mengikut perkembangan pengeluar seperti Honda, mungkin ianya akan mengikut jejak model Honda Civic baru yang menawarkan enjin 2.0-liter NA dengan purata output 140HP dan 200Nm tork kepada varian rendah dan 1.5-liter turbocharged dengan purata output 180HP dan 250Nm tork kepada varian tinggi.

Apa kata para pembaca semua? Adakah anda rasakan yang kita patut tunggu sehingga pelancaran enjin baru ini ataupun kekal dengan teknologi Honda sedia ada yang terbukti kebolehannya?

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More