Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, January 27, 2016

Canggih! Polis Jepun Mula Mengambil Gambar Penjenayah Menggunakan Teknik Imbasan 3D

Teknologi imbasan 3D digunakan untuk menghasilkan salinan objek yang kemudian dicetak menggunakan mesin pencetak 3D. Ia turut mempercepatkan proses menghasilkan model pemain bola sepak untuk permainan seperti FIFA dan PES. Kini teknologi yang masih di peringkat permulaan ini digunakan oleh polis Jepun untuk memudahkan proses pengenalan suspek di masa hadapan.
Imbasan-3D-Jepun-Wajah
Bermula April ini, 102 balai polis di seluruh Jepun akan menerima sistem kamera imbasan 3D untuk mengimbas wajah penjenayah dan suspek. Teknologi ini digunakan kerana menyimpan gambaran penjenayah dengan lebih teliti. Mengambil wajah mugshot dari sisi dan hadapan yang digunakan sekarang tidak lagi memadai di dalam dunia moden. Dengan adanya imbasan dan model 3D wajah setiap penjenayah, polis boleh mengesan wajah suspek dari pelbagai arah. Sebagai contoh polis boleh mengambil gambar suspek dari video CCTV. Suspek mungkin tidak memandang terus ke kamera tetapi dengan adanya pangkalan data wajah di dalam bentuk 3D, padanan wajah boleh dilakukan menerusi perisian khusus. Pihak polis Jepun berharap teknologi ini dapat mengurangkan penjenayah dari cuba melakukan kesalahan di masa hadapan kerana wajah mereka lebih mudah untuk dikesan. Nampaknya teknologi fiksyen yang sebelum ini wujud hanya di dalam siri Crime Scene Investigation sudah mula menjadi realiti.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More