Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, January 22, 2016

Bijak! Proton Tidak Akan Bangunkan Enjin Diesel – Tun Mahathir


Pengumuman Proton Enjin GDi & TGDi

Tun Mahathir Mohamad selaku pengerusi Proton berkata bahawa syarikat pengeluar kenderaan tempatan itu tidak berancang untuk menghasilkan enjin berkuasa diesel pada masa akan datang.

Diesel merupakan enjin yang digemari di negara Eropah dan boleh dilihat bahawa kebanyakan kereta penumpang di sana turut menggunakan nadi ini sebagai satu pilihan kegunaan harian.

Enjin diesel mempunyai prestasi untuk menghasilkan output yang lebih tinggi dan penjimatan bahan api yang lebih baik berbanding enjin petrol. Kejuruteraan enjin diesel juga ternyata lebih efisyen jika dibandingkan dengan enjin petrol.

Namun begitu, asap hasil ledakan dalam enjin diesel mampu menghasilkan berpuluh kali ganda gas berbahaya seperti nitrogen oksida yang boleh membahayakan orang ramai dan juga alam sekitar.

Pada bulan September 2015 yang lalu, Volkswagen Group disabitkan dengan skandal emisi ke atas enjin diesel keluarannya yang ternyata memberikan impak amat besar kepada saham syarikat tersebut. Skandal ini turut memberikan tanggapan kepada orang ramai bahawa teknologi enjin diesel tidak bersesuaian dengan penggunaan harian.

Proton juga kini lebih positif ke arah tenaga alternatif seperti kenderaan elektrik (EV) yang selaras dengan kemajuan teknologi dan juga lebih mesra alam di mana ianya tidak membahayakan orang ramai dan alam sekitar. Proton telah mendedahkan model konsep Proton Iriz EV pada 2015 International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM) pada September 2015 yang lalu.
“Percaya pada saya, enjin petrol mampu digunakan untuk tempoh yang lama. Mungkin bukan di Eropah, tetapi sekurang-kurangnya di Asia,” kata Tun Mahathir.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More