Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, January 11, 2016

Baru! Puspakom Perai Cawangan Terbaru Dibuka

Puspakom

Puspakom Sdn Bhd telah membuka cawangan baru di Perai, Pulau Pinang yang sudahpun mula beroperasi pada 4 Januari 2016 yang lalu. Pusat pemeriksaan Puspakom Perai tersebut terletak di No 2410, Jalan Perusahaan, Kawasan Perindustrian Perai.
Pusat pemeriksaan Puspakom Perai ini merupakan cawangan yang ke-4 di Pulau Pinang dan merupakan cawangan yang ke-46 di seluruh negara. Selain dari Perai, cawangan di Pulau Pinang termasuk Mak Mandin, Batu Maung dan juga Teluk Kumbar.
Cawangan Puspakom Perai terbaru ini menelan belanja sebanyak RM1.6 juta untuk dibangunkan dan ianya adalah khusus bagi pemeriksaan kenderaan ringan seperti kenderaan persendirian, kereta sewa pandu, teksi, dan juga kereta sekolah memandu.

Puspakom

Pusat pemeriksaan yang mempunyai 3 lorong ini mampu menjalankan sehingga 150 pemeriksaan sehari. Ianya turut dilengkapi dengan ruang menunggu berhawa dingin dan juga surau bagi memberikan keselesaan dan juga kemudahan kepada pelanggan di sana.
“Jumlah kenderaan yang dijalankan pemeriksaan di Pulau Pinang dan bahagian utara semakin meningkat. Pembukaan pusat pemeriksaan Puspakom Perai ini dapat membantu menampung keperluan pelanggan dan juga melancarkan proses keseluruhan di semua pusat pemeriksaan Puspakom di Pulau Pinang,” kata CEO Puspakom, Encik Mohammed Shukor Ismail.
Selain itu, pusat pemeriksaan Puspakom Mak Mandin kini tidak lagi membuat pemeriksaan ke atas kelas kenderaan persendirian, kereta sewa pandu, teksi dan juga kereta sekolah memandu kerata Puspakom Perai dijadikan tempat pemeriksaan khusus bagi kategori ini.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian bebas tol Puspakom di 1-800-88-6927atau layari laman web rasmi Puspakom di www.puspakom.com.my.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More