Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, January 21, 2016

Adoi! Renault Captur Dipanggil Semula Selepas Ujian Emisi


Renault Captur

Renault telah membuat panggilan semula ke atas 15,800 unit SUV Captur untuk membetulkan sistem tapisan gas kenderaan tersebut. Ini adalah berikutan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Perancis.

Mengikut skandal diesel Volkswagen yang berlaku tahun lepas, kerajaan Perancis telah menubuhkan satu badan teknikal bebas untuk membuat ujian ke atas enjin yang digunakan pengeluar kereta di sana. Ujian ini melibatkan 100 model enjin daripada pelbagai pengeluar di mana 25 model adalah milik Renault.

Pengeluar tersebut mengakui bahawa terdapat perbezaan antara laporan ujian dengan penggunaan dunia sebenar. Namun begitu, syarikat tersebut menafikan terdapatnya penyelewengan yang berlaku dalam hal ini.
Model Captur yang dipanggil semula ini menggunakan enjin diesel 110PS 1.5-liter DCi 110 yang merupakan enjin yang mengikut piawaian Euro 6. Sistem penapisan itu diaktifkan di antara suhu 17 dan 35 darjah Celsius – hampir dengan ujian yang dijalankan ke atas enjin ini (20 hingga 30 darjah Celsius).

Renault Captur

Suhu purata di Paris, Itali adalah kebiasaannya di bawah paras tersebut, jadi sistem yang digunakan tidak membuat tapisan yang betul ke atas gas nitrogen oksida dan juga sulfur.

Panggilan semula yang dijalankan ini akan memastikan sistem penapisan kereta tersebut akan dibetulkan agar ianya boleh berfungsi dengan baik ketika cuaca panas dan sejuk. Pengeluar tersebut juga telah mengesahkan bahawa ianya dapat dilakukan dengan kemas kini perisian komputer kereta tersebut.

Pembetulkan ke atas perisian komputer Renault Captur ini akan mengambil masa separuh hari bagi setiap kereta dan syarikat tersebut telah memanggil semula SUV Captur ini bermula bulan lepas.

Renault juga kini dalam perancangan untuk membuat kemas kini ke atas perisian kereta yang menggunakan enjin diesel dengan anggaran 700,000 unit akan terlibat. Ianya akan dijalankan kepada enjin yang mengikut piawaian Euro 6 sahaja.

sumber : arenakereta

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More