Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (283) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (114) Resepi (354) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (353) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Saturday, January 30, 2016

Ulasan OnePlus X – Peranti Dengan Faktor X Tersendiri

OnePlus X Device20160127_134243OnePlus X, sebuah syarikat yang hanya berusia dua tahun jagung muncul dengan peranti ketiga mereka tahun lalu. OnePlus X bolehlah dikatakan sebagai OnePlus 1 dengan rekaan lebih premium dan skrin yang lebih kecil. Sekilas pandang ia mengingatkan kami kepada sebuah Xperia Z2 Compact. Adakah “pembungkusan” semula OnePlus 1 dengan rekaan lebih mewah ini berbaloi untuk dimiliki? Ulasan ini akan cuba menjawab persoalan anda mengenai OnePlus X.

Spesifikasi

OnePlus X
Skrin5.0″ AMOLED FHD (441 ppi)
Pemproses2.3 GHz Empat Teras Snapdragon 801
GPUAdreno 330
RAM3 Gigabyte
Muatan Dalaman16 Gigabyte (MikroSD sehingga 128 GB)
Kamera Utama13 Megapixel f/2.2
Kamera Depan8 Megapixel f/2.4
Bateri2525 mAh (Tiada pengecasan pantas)
SIM/TelefoniDwi NanoSIM / 4G
NFCTiada
Infra MerahTiada
Harga JualanRM 1288
OnePlus One muncul dua tahun lalu dan menjanjikan peranti dengan spesifikasi tinggi tetapi pada harga lebih mampu milik. OnePlus cuba menjadi “pembunuh peranti utama” dan “mengubah landskap dunia peranti pintar” dengan peranti pertama mereka. Masalah utama kami dengan OnePlus One dahulu ialah ianya terlalu sukar untuk dimiliki dan kami tidak pernah menerima peranti ulasan. Pengalaman kami terhad kepada menggunakan peranti yang dimiliki oleh seorang teman. Kami rasakan OnePlus One hanyalah sebuah Oppo Find 7 dengan sistem operasi lebih baik dan rekaan yang lebih kemas.
Apakah perbezaan di antara OnePlus X dan 1? Pertama sekali saiz skrin dikecilkan. Ia dilengkapi skrin 5″ FHD AMOLED berbanding 5.5″ FHD SLCD pada OnePlus 1. Pemproses dan RAM masih lagi sama iaitu Snapdragon 801 dan 3 Gigabyte. Pilihan muatan dalaman hanyalah 16 Gigabyte. Tiada versi 64 Gigabyte seperti yang ditawarkan oleh OnePlus One. Kedua-duanya menyokong kad MikroSD. OnePlus X mempunyai slot Dwi-SIM bersaiz Nano dengan sokongan rangkaian 4G.  Abang besarnya hanya mempunyai satu slot Mikro SIM.
Kemampuan optik pula ialah 13 Megapixel f/2.2 pada bahagian belakang dan 8 Megapixel f/2.4 pada kamera hadapan. Bateri yang disertakan pula sebesar 2525 mAh yang tidak boleh ditanggalkan. Sedikit mengecewakan ia tidak menyokong pengecasan pantas. Seperkara lagi yang mengecewakan ialah tiadanya sokongan NFC. Seperti yang anda boleh lihat dari senarai spesifikasi, OnePlus X ialah OnePlus One yang diberikan rekaan lebih premium dengan skrin yang lebih kecil.

Rekaan

OnePlus X ialah antara peranti tercantik di pasaran sekarang. Ia mengingatkan kami kepada rekaan sebuah Xperia Z3 cuma tiada kemampuan kalis air serta debu. Kedua-dua panel kaca pada hadapan dan belakang peranti mempunyai rekaan 2.5D yang memudahkan pergerakan jari dari skrin ke sisi. Ketiadaan bucu tajam juga membuatkannya amat selesa dipegang di dalam tangan.
Pada sebelah kanan peranti terdapat butang kuasa dan suara diperbuat daripada logam. Kedua-dua butang ini keras dan tegap binaannya. Parameter peranti yang diperbuat daripada logam mempunyai alur yang dipotong. Kami merasakan alur-alur ini disertakan bagi memberikan tekstur kasar bagi mengelakkan peranti menjadi terlalu licin. Pada sisi kanan yang sama turut diletakkan talam SIM dan kad SD. Untuk menambah memori dalaman, slot SIM Nano kedua digunakan untuk meletakkan kad MikroSD.

Pada sisi sebelah kiri terdapat pula butang khas yang boleh dilaras ke atas dan ke bawah. Pada posisi paling bawah ia membenarkan deringan telefon dan juga memaparkan kesemua notifikasi. Pada posisi tengah hanya notifikasi penting akan diperlihatkan manakala pada posisi paling atas tiada gangguan akan dilakukan. Ini amat berguna ketika tidur malam ataupun ketika menonton wayang. Hanya dengan menekan suiz ini anda dapat mengubah sistem notifikasi peranti dengan pantas.
Pembesar suara mono terletak pada bahagian bawah peranti. Sekilas pandang memang kelihatan seperti terdapat dua kekisi pembesar suara tetapi hanya kekisi di sebelah kanan mempunyai pembesar suara. Port pengecasan MikroUSB terletak di antara dua kekisi pembesar suara ini. Akhir sekali bicu audio 3.5mm terletak pada bahagian atas.
Pada hemat kami kualiti rekaan dan binaan OnePlus X adalah amat baik. Malahan tidak malu kami katakan ianya jauh lebih selesa dipegang dari sebuah Sony Xperia Z5 yang juga sedang kami ulas sekarang. Bezanya ialah Xperia Z5 adalah dua kali ganda lebih mahal berbanding OnePlus X.

Antaramuka OxygenOS

Di dalam artikel senarai impian peranti tahun 2016 kami ada mengatakan mahu melihat penggunaan Android Vanilla digunakan dengan lebih meluas. OnePlus X menggunakan Android 5.1.1 dengan pelancar OxygenOS yang kelihatan seperti Android Vanilla dengan beberapa penambahan kecil. Dari segi rekaan ikon dan elemen antaramuka tidak ada perbezaan besar dengan Vanilla. Penambahan pertama yang disedari ialah fungsi Shelf. Ia adalah skrin pada sebelah kiri skrin home OnePlus X. Skrin ini akan menunjukkan ramalan cuaca serta 10 aplikasi yang paling kerap anda gunakan. Kami tidak berapa gemar meletakkan banyak pintasan aplikasi pada peranti dan fungsi Shelf ini amat kami gemari.
Penambahan kedua yang tidak wujud pada Vanilla ialah pintasan pantas beberapa fungsi asas peranti yang terletak pada talam notifikasi. Pengguna boleh menetapkan pintasan apakah yang ingin mereka letakkan dengan pantas. Penambahan ketiga dan paling kami gemari ialah fungsi Dark Theme yang menjadikan kesemua elemen antaramuka menjadi warna hitam. OnePlus X menggunakan skrin AMOLED dan kawasan berwarna hitam tidak menggunakan kuasa yang tinggi untuk dipaparkan pada skrin. Penggunaan Dark Theme ini memanjangkan hayat peranti.
Oneplus-x-UI-1Oneplus-x-UI-2
Bercakap tentang kustomasi tema, tidak banyak boleh dilakukan pada OxygenOS selain memilih warna sekunder yang digunakan untuk tema. Jika anda melihat gambar antaramuka di atas anda akan menyedari warna butang dan slider bewarna merah. Ini ialah salah satu dari 8 warna sekunder yang boleh dipilih. Pengguna juga boleh memuat turun pek ikon sekiranya tidak menggemari pilihan ikon yang disertakan.
Fungsi tambahan OxygenOS yang paling kami gemari ialah pilihan menggunakan butang navigasi atas skrin ataupun skrin kapasitif pada dagu peranti. Ini ialah “fungsi maut” yang sudah wujud sejak zaman OnePlus One lagi dan masih belum ditiru pengeluar lain. Kami terdiri di dalam golongan pengguna yang menggemari butang di atas skrin. OxygenOS memberikan pengguna dua pilihan butang navigasi dan ini adalah amat dihargai.
Oneplus-x-UI-3
Butang home masih boleh digunakan sungguhpun jika anda memilih butang navigasi atas skrin sepenuhnya. Ia boleh diprogramkan untuk berfungsi sebagai butang home normal sekiranya perlu. Kami memprogramkannya untuk melancarkan aplikasi kamera apabila ditekan sebanyak dua kami seperti sebuah Samsung Galaxy S6. Kepada yang menggemari fungsi pergerakan jari (gesture), fungsi ini juga disertakan. Skrin boleh dihidupkan dengan melakukan dwi-tap, kamera boleh dilancarkan dengan melakar huruf O dan lampu suluh dengan melakar hurufF pada skrin yang ditutup.
Biasanya apabila pelbagai fungsi seperti ini disertakan, peranti akan mengalami masalah sela masa dan kelembapan. Sepanjang tempoh ujian selama tiga minggu kami tidak menemui sebarang masalah seperti di atas. Peranti berfungsi dengan lancar, pantas dan tanpa sebarang masa. Ini mungkin adalah kerana OnePlus X dilengkapi dengan jumlah RAM yang mencukupi dan OxygenOS yang dioptimasikan dengan betul. Selepas menggunakan OnePlus X, OxygenOS ialah antara antaramuka kegemaran kami setanding dengan Sense 7 dan pelancar yang digunakan peranti Xperia.

Kamera

Kamera utama OnePlus X sensor sebesar 13 Megapixel f/2.2 dan kamera hadapan pula adalah sensor sebesar 8 Megapixel f/2.4. Pada tetapan terbesar, gambar yang diambil pada nisbah 4:3. Untuk mengambil gambar pada nisbah 16:9, resolusi kamera diturunkan ke 7.9 Megapixel. Kualiti gambar pada resolusi lebih rendah kami rasakan kurang memuaskan. Terdapat mod Clear Image yang menggabungkan beberapa gambar yang diambil serentak untuk menjadi sebuah gambar yang lebih besar dengan tahap keperincian lebih tinggi. Ini sama seperti mod HD Picture yang disertakan pada peranti Oppo seperti Find 7.
Kami kurang menggemari antaramuka aplikasi kamera yang digunakan. Sebagai contoh sekiranya kami ingin mengubah mod dari mengambil gambar ke mod merakam video, skrin perlu ditatal ke bawah untuk mengaktifkan mod video. Ini adalah masalah yang sama seperti yang kami temui pada aplikasi kamera HTC. Kami sudah terbiasa dengan sistem di mana butang rakaman video dan pengatup kamera terpampang pada skrin sepanjang masa. Sekiranya anda perlu merakam video dengan segera, sistem yang digunakan ini pastinya membuatkan anda kehilangan beberapa saat sekaligus terlepas merakam aksi yang dimahukan. Pilihan mod rakaman juga adalah terhad, sama seperti yang dilihat pada aplikasi kamera Android Vanilla. Sekiranya anda mahukan antaramuka minimalis, OnePlus X pasti memenuhi keperluan anda. Tetapi keseimbangan memudahkan penggunaan dan rekaan minimalis sepatutnya diambil kira.
Oneplus-X-Camera
Kualiti gambar yang diambil menggunakan OnePlus X adalah hanya sederhana. Ia mengambil gambar yang baik di dalam situasi pencahayaan yang mencukupi namun sedikit gelap. Di dalam kawasan cahaya rendah dan di dalam bangunan gambar menjadi semakin gelap dengan noiseyang sederhana. Penghasilan semula warna juga tidak berapa tepat. Sekiranya gambar yang diambil dikongsi untuk media sosial sahaja kami rasakan kualiti gambar OnePlus X adalah memadai.
OnePlus X IMG_20160105_164347OnePlus X IMG_20160105_165430OnePlus X IMG_20151231_212633
OnePlus X IMG_20160112_110830  OnePlus X IMG_20160105_162456

Video

Kamera OnePlus X mengambil video pada resolusi maksimum 1080P. Kualiti video adalah sederhana sahaja dan kerana ketiadaan OIS bergegar apabila kamera digerakkan ketika rakaman dilakukan. Kualiti audio adalah baik. Kualiti rakaman adalah setanding dengan majoriti peranti yang turut menggunakan sensor 13 Mengapixel sebagai kamera utama.

Penanda Aras

Pemproses 2.3 Ghz empat teras Snapdragon 801 yang digunakan mungkin ketinggalan satu generasi ke belakang. Tetapi harus diingat, ianya dahulu dianggap pemproses terbaik yang mengusai HTC One M8, Samsung Galaxy S5, LG G3 dan Sony Xperia Z3. Ianya pada hemat kami masih lagi mampu memberikan kuasa memproses yang baik dan lebih berkemampuan dari Snapdragon 615 yang digunakan majoriti peranti kelas pertengahan di pasaran sekarang.
Apabila ujian Quadrant, Antutu V6 dan Futuremark dilakukan markah yang dicatatkan adalah seperti berikut. Sebanyak 23070 markahdicatatkan pada Quadrant, 47070 markah dicatatkan pada Antutu dan 16737 markah dicatatkan pada Futuremark. Ia mungkin tidak setanding dengan kuasa memproses Snapdragon 810 atapun Exynos 7420 tetapi lebih dari memadai untuk kegunaan harian majoriti pengguna.
Sepanjang tempoh ulasan kami tidak mengalami sebarang masalah dengan OnePlus X. Tiada masalah kepanasan ataupun aplikasi tidak mampu dijalankan dengan rapi. Seperti pengalaman kami menggunakan peranti dengan Snapdragon 801 sebelum ini, segala tugasan dapat dijalankan dengan cukup lancar dan pantas. Ini sekaligus membuktikan pemproses lama tidak semestinya tidak bagus.
Benchies-OnePlus-X
One-Plus-X-benchies



Bateri

Bateri sebesar 2525 mAh yang dibekalkan jatuh ke dalam kategori saiz yang kecil. Pada penggunaan berat ia mampu bertahan hampir 9 jamdengan skrin diaktifkan selama 4 jam 6 minit. Pada penggunaan sederhana pula ia bertahan sekitar 13 jam dengan skrin diaktifkan selama 3 jam 38 minit. Ini adalah hayat bateri yang boleh dikategorikan sebagai agak baik. Kekurangan yang boleh kami katakan mengenai bateri OnePlus X ialah ia tidak menyokong pengecasan pantas.
One-Plus-X-bateri

Pesaing

OnePlux X bersaing secara terus dengan dua peranti kelas pertengahan dengan kemasan premium iaitu Oppo R7 dan Samsung Galaxy A5 2016. Ketiga-tiga peranti mempunyai saiz skrin setanding dan menggunakan teknologi OLED. Harus diingatkan kedua-dua Oppo R7 dan Galaxy A5 2016 menyokong pengecasan pantas/ Pada waktu yang sama hanya Galaxy A5 2016 mempunyai fungsi NFC.
Peranti Pesaing
OnePlus XOppo R7Samsung Galaxy A5 2016
5.0″ AMOLED FHD (441 PPI)5.0″ AMOLED FHD (441 PPI)5.2″ SAMOLED FHD (424 PPI)
2.3 GHz Empat Teras Snapdragon 8011.5 x 4 + 1.0 X 4 GHz Snapdragon 6151.5 x 4 + 1.2 X 4 GHz Snapdragon 615
Adreno 330Adreno 405Adreno 405
3 Gigabyte3 Gigabyte2 Gigabyte
16 Gigabyte (128 GB MikroSD)16 Gigabyte (128 GB MikroSD)16 Gigabyte (128 GB MikroSD)
Kamera Utama 13 Megapixel f/2.2Kamera Utama 13 Megapixel f/2.2Kamera Utama 13 Megapixel f/1.9 OIS
Kamera Hadapan 8 Ultrapixel f/2.4Kamera Hadapan 8 Megapixel f/2.4Kamera Hadapan 5 Megapixel f/1.9
2525 mAh (Tidak boleh dibuka)2320 mAh (Tidak boleh dibuka)
2900 mAh (Tidak boleh dibuka)
RM 1288RM 1598RM 1599

Kesimpulan

Rekaan OnePlus X ialah kekuatan utama peranti ini. Gabungan kemasan logam dan kaca membuatkannya menjadi antara peranti tercantik di pasaran sekarang. Peranti selesa dipegang kerana menggunakan kaca 2.5D pada panel belakang dan hadapan. Kemasan pada butang kawalan kuasa, suara dan sisi tambahan juga terasa amat berkualiti. Skrin AMOLED yang digunakan pula amat tajam dan mempunyai kepadatan pixel yang tinggi. Tetapi kami merasakan pelancar OxygenOS ialah bintang sebenar peranti ini kerana ianya amat lancar dan pantas walaupun menggunakan pemproses generasi lama.
OxygenOS kelihatan hampir seperti Android Vanilla dengan pelbagai penambahan fungsi. “Fungsi maut” yang disertakan ialah kemampuan menggunakan butang navigasi pada skrin ataupun kapasitif pada dagu peranti. Pilihan diberikan kepada pengguna ini setahu kami tidak wujud pada peranti selain OnePlus (dan beberapa ROM pihak ketiga seperti CyanogenMod). Sokongan gerakan jari juga disertkan membolehkan skrin dihidupkan dengan melakukan dwi-tap serta melakar huruf 0 untuk melancarkan kamera dari skrin terkunci. Jumlah kustomasi rupa juga wujud walaupun terhad kepada penyusunan semula urutan butang navigasi dan warna pada tema peranti.
OnePlus X Device20160127_134659
Jadi apakah kekurangan yang mungkin wujud. Masakan peranti dijual pada harga mampu milik mampu bersaing secara terus dengan peranti-peranti utama. Pertama sekali ialah ketiadaan NFC dan pengecasan pantas. Ketiadaan NFC mungkin tidak berapa dirasai namun pengecasan pantas adalah fungsi yang sejak kebelakangan ini amat kami perlukan. Kemampuan kamera juga hanya sederhana dengan gambar sedikit gelap dan penghasilan warna sedikit kusam.
Kemampuan memproses juga sederhana tetapi ini sudahpun dijangkakan. Sebagai peranti harian untuk melayari web, bermain aplikasi permainan dan menggunakan media sosial kami rasakan pengguna Snapdragon 801 adalah lebih dari memadai. Tambahan pula RAM 3 Gigabyte yang disertakan memastikan kelancaran ketika melakukan pertukaran aplikasi.
Terdapat banyak peranti kelas pertengahan di pasaran sekarang dijual pada harga amat mampu milik. Tahun 2016 dijangka menjadi tahun peranti kelas pertengahan kerana pengguna kini menyedari mereka sebenarnya tidak memerlukan peranti berkemampuan terlalu tinggi. Pada harga RM1288 ianya sedikit mahal berbanding beberapa peranti kelas pertengahan yang ada di pasaran. Jika anda sudi membayar lebih untuk kemasan lebih premium dan sistem operasi yang lancar ianya kami rasakan berbaloi untuk dimiliki.
PRO dan Kelebihan
  • Kemasan kaca dan logam yang menarik. Peranti selesa dipegang di dalam tangan.
  • Oxygen OS mempunyai rekaan antaramuka sehampir Android Vanilla dengan beberapa penambahan fungsi.
  • Paparan yang tajam dan memaparkan warna yang hidup.
  • Pantas dan lancar walaupun menggunakan pemproses “lama”.
  • Saiz RAM 3 Gigabyte yang besar memastikan kelancaran peranti.
KONTRA dan Kekurangan
  • Tiada sokongan pengecasan pantas.
  • Tiada NFC.
  • Kemampuan kamera yang sederhana.
Skor-OnePlus-X

Mabless! Digi Hadir Dengan Pelan SmartPlan 75 – Menawarkan Data 7GB Dan Panggilan Tanpa Had Untuk RM75 Sebulan

Digi hari ini hadir dengan penawaran pelan baru mereka untuk tempoh terhad – iaitu sehingga 29 Februari 2016 kelak. Pelan yang dinamakan sebagai Digi SmartPlan 75 ini menawarkan penggunaan data sebanyak 7GB sebulan dan panggilan tanpa had untuk hanya RM75 sebulan.
Digi Smartplan 75Untuk SMS pula, pengguna akan dikenakan caj sebanyak 10 sen setiap SMS, dan penambahan kuota internet pada harga RM8 satu GB.
Penawaran pihak Digi ini boleh dikatakan antara yang menarik di pasaran – apatah lagi ia turut hadir dengan penawaran iFlix percuma selama 12 bulan, dan penawaran Digi Music Freedom.
Bagi anda yang berminat, boleh membuat pembelian melalui laman rasmi Digi hari ini, ataupun ke pengedar rasmi Digi dan membuat peralihan ke pelan ini.

Terbaru TiketBola – Membolehkan Anda Membeli Tiket Perlawanan Bola Sepak Terus Atas-Talian

Adakalanya ia agak sukar untuk mendapatkan tiket perlawanan bola sepak, dimana kadang-kala peminat tidak dapat menghadirkan diri ke tempat jualan, ataupun ia disalah-gunakan oleh ulat tiket. Mengatasi masalah ini, dan pada masa yang sama memudahkan pengguna adalah sebuah platform atas-talian dinamakan TiketBola.
Menggunakan TiketBola, pengguna boleh membuat pembelian untuk perlawanan bolasepak tempatan terus melaluinya.
TiketBola
Pada hari ini, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), dan Persatuan Bolasepak Terengganu (PBSNT) menggunakannya. Menggunakan platform TiketBola, PBSNT menawarkan sistem tanpa tiket, sementara KFA dan PAFA mengimplementasikan kaedah sistem penebusan tiket.
Pengguna hanya perlu membuat pembelian dan menebusnya di kaunter khas untuk tujuan sistem penebusan tiket. Sementara untuk sistem tanpa tiket pula, pengguna boleh membelinya dan memasuki stadium dengan hanya mengimbas kod QR sahaja.
Dengan permulaan penggunaan platform baru ini, kita mungkin akan dapat melihat ia diimplementasikan dengan lebih menyeluruh di beberapa negeri lain pada masa akan datang, dan mengatasi masalah ulat-tiket.
Layari : TiketBola

Wow! Facebook Mungkin Akan Hadir Dengan Platform Berkongsi-Kenderaan

Facebook pada hari ini telah menjadi salah satu laman perkongsian sosial terkemuka, dan turut memiliki laman perkongsian gambar popular – Instagram. Terkini, Facebook dilihat telah memfailkan paten mereka untuk sebuah fungsi dan platform baru, iaitu untuk berkongsi kenderaan ke sesuatu lokasi.
Facebook Kongsi Kereta
Seperti ramai sedia maklum, Facebook mempunyai halaman khusus untuk perkongsian acara, dinamakan Facebook Events. Fungsi baru yang dipatenkan ini dilihat akan diintegrasikan pada bahagian berkenaan, membolehkan pengguna menyatakan sama ada mereka akan memandu ke acara berkenaan ataupun sebaliknya.
Facebook Kongsi Kereta
Dan sekiranya anda memandu, anda boleh menetapkan berapa ramai boleh menumpang kenderaan anda, dan siapa yang boleh naikinya – sama ada kawan-kawan sahaja atau terbuka kepada yang lain.
Memandangkan Facebook mempunyai pelbagai data mengenai seseorang pengguna, maka mereka akan menggunakannya dalam memastikan yang menumpang kenderaan tersebut adalah yang paling terdekat atau mempunyai minat yang serupa antara satu sama lain.
Buat masa ini, Facebook sekadar memfailkan paten ini sahaja dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan direalisasikan ataupun tidak.

Adakah Samsung Galaxy S7 Akan Kelihatan Seperti Ini?

Pada bulan Februari 2016 akan datang ini, salah satu peranti baru yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia adalah Galaxy S7. Beberapa info telah tertiris sebelum ini, dan hari ini, @evleaks turut berkongsi gambar yang dikatakan sebagai Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge.
Samsung Galaxy S7
Daripada rekaan yang diperlihatkan, ia memperlihatkan elemen rekaan seumpama Galaxy S6. Ia dikatakan Galaxy S7 akan hadir dengan sokongan kalis air, mikro-SD dan menawarkan bateri yang bersaiz lebih besar.
Mengikut spesifikasi yang tertiris, ia dikatakan mungkin hadir dengan memori 4GB RAM, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 820 ataupun menggunakan cip Exynos keluaran Samsung tersendiri.
Samsung dijangka memperkenalkan telefon pintar mereka sehari dua sebelum acara Mobile World Congress 2016 kelak.
Samsung Galaxy S7

Microsoft Menghasilkan Lapan Xbox One Edisi Khas Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina akan disambut dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Sempena menyambut perayaan ini, Microsoft menghasilkan lapan Xbox One edisi khas yang dihasilkan oleh artis dari Hong Kong, Taiwan dan China. Kelapan-lapan rekaan bukanlah untuk dijual sebaliknya hanya sekadar projek seni melihat apakah terjadi sekiranya konsol Microsoft ini menerima sentuhan Asia Timur. 
Kami rasakan menarik edisi khas Tahun Baru China dihasilkan oleh Microsoft kerana jualan Xbox One di benua ini adalah amat mengecewakan. Hanya dua minggu yang lalu kami membaca laporan hanya 97 konsol ini terjual di Jepun dalam masa seminggu. Pada masa yang sama dianggarkan setakat ini 18 Juta Xbox One telah terjual di seluruh dunia berbanding lebih dari 30 Juta Sony PlayStation 4
Untuk melihat kesemua koleksi lapan konsol edisi khas dan cerita di sebalik setiap rekaan, sila ke pautan laman rasmi Xbox One di bawah.
XBOX-one-CNY-2

Fuhhh!!! Google Dilapor Ingin Memancar Internet 5G Melalui Dron – 40 Kali Lebih Laju Banding 4G LTE!!!

Google dan pelbagai syarikat lain sedang menguji teknologi membolehkan mereka memancar internet melalui dron – sekaligus menawarkan akses internet kepada kawasan-kawasan yang sukar dicapai menggunakan kaedah tradisional. Terkini, menurut laporan The Guardian, Google dilaporkan sedang menguji dron internet yang dikuasakan oleh tenaga solar, dinamakan Project SkyBender.
Titan Aerospace
Google dikatakan ingin membangunkan dan menguji teknologi gelombang milimeter (milimeter wave) yang mana membolehkan mereka menghantar dan menerima data pada kelajuan lebih 40 kali ganda berbanding dengan 4G LTE pada hari ini. Secara kasarnya, kadar kelajuan pemindahan ini mungkin menjadi tulang belakang untuk rangkaian mudah-alih 5G.
Walaubagaimanapun, salah satu kekangan untuk gelombang milimeter ini adalah dengan menggunakan gelombang 28Ghz, ia membuatkan apa yang dihantar mudah diganggu cuaca dan memerlukan kuasa yang tinggi untuk memfokuskan transmisi.
Project SkyBender ini dikatakan merupakan sebahagian daripada Google Access – yang mana merupakan bahagian khusus yang turut menguruskan Project Loon – sebuah projek daripada Google yang ingin menawarkan akses internet melalui belon udara.

Wow! Pusat Pengedaran Terbesar Volvo Trucks Dibuka Di Pelabuhan Klang

volvo truck





Pengarah urusan Volvo Malaysia Mats Nilsson berkata pusat yang bernilai RM25 juta ini dibangunkan di kawasan seluar 35,850 kaki persegi dan mempunyai 20 stesen kerja yang mampu menampung service dan baik pulih kenderaan trak Volvo dan bas sehingga 24 trak sehari yang beroperasi sekitar Pelabuhan Klang. Pelaburan ini penting bagi memastikan Volvo dapat meluaskan rangkaian syarikat di Malaysia.
“Lokasi pusat pengedaran utama kami di Pelabuhan Klang sangat strategik memandangkan ia terletak dalam kawasan aliran utama pengangkutan. Terdapat sekurang-kurangnya 2,000 trak Volvo di kawasan Pelabuhan Klang.
“Oleh itu, pusat berkenaan meningkatkan capaian dan kesediaan kami untuk memberi khidmat servis yang mereka perlukan,” katanya pada sidang media sebelum pelancaran pusat itu oleh Duta Besar Sweden ke Malaysia Bengt Carlsson, di Taman Perindustrian Bandar Sultan Suleiman dekat sini pada malam Selasa.
Nilsson berkata pusat baharu itu dibangunkan berdasarkan reka bentuk bengkel moden dengan ruang dua petak bagi membolehkan kenderaan masuk dan keluar dengan mudah. Sebelum ini, Volvo telah mempunyai 12 pusat pengedaran di Malaysia).
Beliau berkata menerusi pembukaan pusat berkenaan, Volvo menyasarkan untuk mewujudkan liputan perniagaan yang lebih baik dengan mengurangkan purata jarak perjalanan antara sesuatu pusat dalam tempoh tiga jam, selain menyelaraskan servis mengikut standard operasi global syarikat berkenaan.

Cara Aduan Masalah Duit BR1M 2016 Belum Masuk Lagi

Aduan masalah duit BR1M atau BRIM 2016 belum masuk atau tidak dapat diterima lagi. Pembayaran fasa pertama BRIM 2016 sudah mula dikreditkan ke akaun bank pemohon mulai 26 Januari 2016. Manakala semakan status permohonan BRIM 2016 hanya boleh disemak mulai 28 Januari 2016. Bagi pemohon yang masih belum menerima BRIM, berikut adalah cara untuk ketahui sama ada anda layak untuk menerima BRIM atau sebaliknya.

brim-2016

Semak Status Permohonan BRIM 2016 Anda Terlebih Dahulu
Semakan status terlebih dahulu menerusi https://ebr1m.hasil.gov.my
Contoh Status Semakan BRIM:
  • Diterima: Permohonan Telah Didaftar
  • Dalam Proses: Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
  • Ditangguhkan: Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
  • Lulus: Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  • Tidak Lulus: Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
  • Status Kredit Tidak Berjaya: Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
Contoh Semakan Status BR1M 2016 Sedang Dalam Proses
Jangan risau kerana permohonan anda sedang dalam proses dan pembayaran akan dibuat tidak lama lagi.

 proses

Contoh Semakan Status BR1M 2016 Lulus Sudah Masuk Akaun
lulus


Tahniah, pembayaran BR1M 2016 sudah pun dikreditkan ke akaun bank anda.
Masih lagi gagal menerima BR1M 2016? Sila semak status kewangan anda terlebih dahulu. Sama ada anda layak atau tidak menerima BR1M 2016.

Punca Kenapa BR1M 2016 Gagal Dan Tidak Berjaya
1. Memberikan maklumat palsu kepada LHDN untuk memohon BRIM
2. Tidak melepasi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan untuk menerima BRIM
3. Tidak pernah mengemaskini BR1M
4. Merupakan seorang pelajar IPTA/ IPTS yang menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
5. Tidak kemaskini status perkahwinan
6. Memberikan nombor akaun bank yang salah atau menggunakan akaun bank pemohon lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More