Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Saturday, December 19, 2015

Perodua Mula Reka Bentuk & Pembangunan Kereta Sendiri

Datuk Aminar Rashid Salleh CEO Perodua

Perodua kini sedang mengembangkan divisyen penyelidikan dan pembangunan bagi mereka bentuk dan membangunkan kereta mereka sendiri.
Sebagai permulaan, Perodua sudah menerajui lebih mendalam ke atas reka bentuk bahagian atas badan bagi model sedan yang bakal dikeluarkannya.
“Berdasarkan lebih dari 20 tahun kerjasama, Daihatsu membenarkan Perodua untuk lebih terlibat dalam pembangunan dan reka bentuk kereta kami.
“Dalam proses ini, pemindahan pengetahuan teknikal, kejuruteraan dan juga teknologi telah berlaku,” kata Datuk Aminar Rashid Salleh, CEO Perodua.
Daihatsu merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Perodua dengan 20% pegangan dan juga merupakan rakan kongsi teknologi dan teknikal.

2015 Perodua Axia SE & Advance GearUp

“Kami ingin menggunakan pengalaman lebih 100 tahun Daihatsu dalam industri automotif untuk kekal relevan dan berdaya saing,” tambahnya lagi.
Walaupun ianya merupakan langkah besar bagi Perodua untuk mereka bentuk sendiri bahagian atas kereta sedan akan datang, Aminar berkata yang Perodua akan masih menggunakan platform dari Daihatsu dan menggunakan enjin dan transmisi Daihatsu berdasarkan teknologi semasa dan akan datang.
Dilaporkan yang industri automotif tidak begitu baik berbanding tahun lepas dengan jumlah jualan 666,465 unit. Walau bagaimanapun, Perodua tetap positif dengan sasaran jumlah jualan 208,000 unit.
Sehingga September yang lalu, syarikat tersebut sudah menjual 157,527 unit iaitu 12% lebih tinggi berbanding tahun lepas. Ini banyak dibantu oleh penjualan model Perodua Axia.
Perodua juga turut memberikan petunjuk bahawa model baru bakal diperkenalkan berdasarkan platform sedia ada Daihatsu selain daripada Mira yang digunakan pada model Kancil dan Viva.
Antara model yang dibawa Daihatsu ke 2015 Tokyo Motor Show ialah Daihatsu Tempo, Daihatsu Copen Cero, Daihatsu Move Custom dan Daihatsu Tanto Welcome Seat.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More