Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Saturday, December 19, 2015

Naza Dedahkan Harga Jualan Cerato Koup Turbo-GDI

Kia Cerato Koup

Kia Cerato Koup Turbo-GDI pertama kali didedahkan pada bulan Mei yang lalu pada pameran bergerak yang dijalankan oleh Naza Kia Malaysia. Pada waktu itu, anggaran harga ke atas model ini ialah RM150,000. Kali ini, Naza telah mendedahkan harga rasmi bagi model ini iaitu RM135,888 jauh di bawah anggaran sebelum ini.
Mengikut Naza Kia Malaysia, model Cerato Koup ini merupakan model paling berpatutan dalam kelasnya bagi kereta 200HP. Dengan menggunakan enjin petrol 1.6-liter turbocharged 4-silinder dengan direct injection, model ini mampu menghemburkan 204HP dan 265Nm tork. Ianya dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik.
Model 2 pintu Cerato Koup ini mampu membuat pecutan 0-100km/j dalam masa 7.4 sahaja yang secara tidak langsung memberikannya gelaran sebagai ‘kereta terpantas dalam kelasnya’.

Kia Cerato Koup

Dari segi luarannya, Cerato Koup ini didatangkan dengan kemasan pemegang pintu dan cermin sisi berwarna hitam, rim aloi 18 inci, kemasan bumper hadapan berupa gentian karbon, lampu belakang LED dan juga ekzos berkembar.
Dari segi dalamannya pula, Cerato Koup ini didatangkan dengan sistem infotainment sesentuh 4.2 inci dengan kamera pandang belakang, sistem audio 6 pembesar suara, sunroof dan juga kawalan suhu dwi-zon dengan ionizer.
Sama juga seperti model Cerato sedan, kereta ini didatangkan dengan sistem stereng yang memberikan pemandunya pilihan untuk mod pemanduan ‘Comfort’, ‘Normal’, dan juga ‘Sport’.Sistem stereng ini banyak membantu ketika pemanduan agresif.
Dari segi keselamatannya pula, Cerato Koup ini didatangkan dengan Vehicle Stability Management (VSM), Electronic Stability Control (ESC), ABS dengan EBD dan BA; dan juga bantuan dakian bukit. Ianya turut didatangkan dengan 6 beg udara dan juga pautan ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More