Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, November 16, 2015

Wow! Lakaran Imej Digital Pengganti Proton Persona Oleh Theophilus Chin

Proton Persona Proton Iriz Sedan

Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan keyataan bahawa Proton bakal mengeluarkan 3 model baru pada tahun 2016. Salah satunya ialah model 2016 Proton Perdana generasi baru yang dikatakan bakal menembusi pasaran tempatan seawal suku pertama 2016.
Semalam telah dikeluarkan satu artikel yang menunjukkan model pengganti Proton Persona yang dipercayai merupakan Proton Iriz dalam bentuk sedan segmen B.
Theophilus Chin memang terkenal sebagai salah seorang pengeluar lakaran imej digital berdasarkan bayangan kereta samaran spyshot yang dilihat di atas jalan. Kali ini, beliau mengeluarkan lakaran imej digital pengganti Proton Persona ini, Proton Iriz sedan yang dimuat naik di laman web Paultan.

Proton Persona Proton Iriz Sedan

Imej ini menunjukkan reka bentuk lampu hadapan yang lebis nipis dan tajam berbanding model Proton Iriz. Kemasan krom yang menyambungkan lampu kereta ini juga dilihat lebih tebal berbanding model Iriz. Lekapan keliling lampu kabus juga diubah dan lampu kabus untuk kereta ini adalah bulat dan bukannya segi tiga seperti model Iriz.
Bahagian belakangnya pula, dapat dilihat yang ianya didatangkan dengan lampu berbentuk segi tiga. Bahagian tengahnya pula diberikan kemasan krom yang menyambungkan lampu belakang. Bumper belakangnya juga adalah lebih panjang untuk mendapatkan ruang bagasi yang lebih besar. Selain itu, bumper ini juga turut didatangkan dengan diffuser yang memberikan kereta ini imej lebih sporty.

Proton Persona Proton Iriz Sedan

Kereta ini dijangkakan bakal menggunakan nadi yang sama dengan Proton Iriz di mana pilihan enjin petrol 1.3-liter dan 1.6-liter 4-silinder VVT ditawarkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau CVT automatik.
Nantikan kemunculan model pengganti Proton Perdana dan juga Proton Saga yang dijangkakan akan muncul pada tahun 2016 akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More