Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, November 16, 2015

Volkswagen Berikan Pampasan USD1,000 Kepada Pemilik Kereta Diesel Di AS

Volkswagen Group

Walaupun Volkswagen Group dilanda dengan masalah kewangan di atas kos guaman yang tinggi kerana dibelenggu dengan skandal diesel yang meletup pada bulan September yang lalu, syarikat pengeluar Jerman tersebut dengan niat baiknya memberikan pampasan kepada pemilik yang terjejas.
Pampasan ini diberikan kepada lebih dari setengah juta kereta yang menggunakan enjin diesel 2.0-liter yang menggunakan peranti penipuan emisi tersebut. Volkswagen menawarkan USD1,000 kepada pemilik kenderaan yang terjejas di Amerika Syarikat dalam bentuk kredit Visa.
Kredit tersebut merangkumi USD500 kad hadiah Visa yang boleh digunakan dimana-mana dan juga baucer bernilai USD500 yang hanya boleh digunakan di pengedar Volkswagen untuk membuat servis penyelenggaraan, penukaran minyak mahupun penukaran tayar baru.

Volkswagen TDI

Volkswagen turut melanjutkan pakej bantuan tepi jalan selama 3 tahun bagi kereta diesel.
Sehingga kini, sudah lebih dari 200 tuntuan mahkamah telah dilemparkan ke atas pengeluar tersebut di AS yang berkaitan dengan beban konflik yang berpunca daripada dakwaan bahawa ia telah menyebabkan kenderaan itu kehilangan nilai.
Senator AS mencadangkan agar Volkswagen memberikan pilihan untuk pembelian semula kepada semua pemilik dan menyebut bahawa setiap pelanggannya berhak untuk mendapatkan pampasan yang adil.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More