Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, November 16, 2015

Spesifikasi HTC One X9 Akhirnya Diketahui

HTC One X9 ialah peranti kelas pertengahan yang dikatakan bakal diperkenalkan HTC dalam masa terdekat. Beberapa gambar rekaan tertiris namun ura-ura ini hanya disahkan selepas ia disahkan oleh laman TENAA di China. Peranti ini mempunyai skrin 5.5″ IPS LCD dengan resolusi HD Penuh, diperkasakan pemproses 2.2 GHz lapan teras (berkemungkinan besar Helio X10), RAM sebesar 2 Gigabye dan muatan dalaman 16 Gigabyte. 
Kemampuan optik pula ialah 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Ini meletakkannya di dalam kelas yang sama seperti sebuah Xiaomi Redmi Note 2.
Htc-One-X9-TENAA-2

Dari segi rekaan panel hadapan mirip sebuah HTC Butterfly 2 dan lengkap dengan pembesar suara stereo BoomSound. Sistem pengimbas cap jari nampaknya tidak disertakan.Panel belakang diperbuat daripada bahan logam dengan modul kamera ke tepi dan tidak di paksi tengah seperti pada One A9. Ia juga tidak lagi kelihatan seperti sebuah klon iPhone. Kami gembira dengan kehadiran semula pembesar suara BoomSound pada bahagian hadapan. Ianya inovasi dan identiti yang dipopularkan oleh HTC. Ketiadaannya pada One A9 kami rasakan adalah kesilapan yang besar.  HTC One X9 dijangka akan diperkenalkan awal tahun hadapan dan beberapa bulan selepas itu peranti utama HTC One M10 dengan pemproses Snapdragon 820 pula dijangka akan memasuki pasaran.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More