Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, November 16, 2015

Resepi Cara Buat BUN COKLAT Sedap

BUN COKLAT 


Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung berprotein tinggi
30 g tepung susu
20 g serbuk koko
100 g gula halus
11 g dry instant yeast
1 camca teh bread softerner (optional)
1 biji telur, dikacau dengan garfu
1/2 camca teh garam
250 ml air
80 g mentega
100 g Milk coklat untuk hiasan (tiada dalam resipi asal)

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali mentega, uli hingga menjadi doh. Tambah mentega dan uli hingga mentega sebati dan doh menjadi kenyal, licin dan anjal. Masa menguli kurang lebih 25 - 30 minit. KAEDAH LAIN :-) Satukan semua bahan2 dalam bread maker, pilih setting for dough, tekan dan tunggu hingga siap.
  2. UNTUK BUN COKLAT :-) Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, uli 5 minit dan bagi2kan doh pada saiz yang diingini, timbang untuk mendapatkan saiz yang sama besar. Bulat2kan dan susun atas loyang yang telah digris dengan mentega. Biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  3. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 25 minit (mat bakar pada suhu 180C selama 20 minit). Bila roti masak, keluarkan dari oven dan sapu permukaannya dengan mentega. Alih roti atas jaringan dan biarkan sejuk.
  4. Cairkan milk chocolate secara double-boiler hingga cair, masukkan dalam piping bag dan buat zig-zag atas permukaan bun coklat tadi.
  5. CATATAN MAT GEBU ;-) Mat buat separuh adunan, dan untuk telur tu, lepas dipukul dengan garfu, mat ambil sebahagian atau pun kurang lebih 30g. Manakala bun coklat tu, berat setiap biji doh lebih kurang 41 g semasa dibentuk. Dapat 12 biji.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More