Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, November 30, 2015

Rahsia KELEBIHAN IMAM MAHDI

Kebangkitan Islam kali kedua bertaraf dunia sifat atau wataknya akan sama seperti yang pertama. Pemimpin yang pertama dan utamanya. Rasulullah SAW dari Bani Hasyim. Orang kanannya yang utama dari Bani Tamim, Sayidina Abu Bakar...
Ketokohan Imam Mahdi dan kelebihan yang beliau miliki, hampir sudah tidak perlu diperkatakan lagi. Hanya orang yang menafikan hadis-hadis mengenai beliau sahaja yang tidak akan percaya dan tidak mahu percaya. Hanya orang yang hasad dengki dan berhati busuk sahaja yang tidak mahu yakin atau memang tidak dapat diyakinkan akan hal ini, walau apa hujah pun yang kita kemukakan kepadanya.
Para ulama sejak berzaman juga cukup kenal dengan peribadi yang amat istimewa ini, dan tidak dinafikan lagi bahawa mereka cukup tahu hadis-hadis yang menceritakan tentang Imam Mahdi ini, walaupun sebahagian besar mereka masih tidak begitu mendalami masalah ini kerana merasakan tidak begitu perlu mengambil berat tentangnya.
Bagi orang yang mahu percaya mengenai Imam Mahdi, mereka sudah pasti turut tahu dan arif akan kelebihan Imam Mahdi itu seperti yang telah diceritakan oleh Nabi SAW sendiri, juga oleh para sahabat RA, malah turut diperkatakan sama oleh para tabiin dan seterusnya para tabiit tabiin. Para ulama kenamaan yang alim lagi mujtahid turut menulis mengenai kelebihan Imam Mahdi ini.
Antara kelebihan beliau seperti yang diceritakan itu, secara ringkasnya adalah seperti berikut.
1. Berkumpulnya segala kemuliaan dari semua sumber Ahlulbait sehingga dikatakan berasal dari keturunan Sayidina Hussain, bercampur pula dengan keturunan Sayidina Hasan, kemudian bercampur lagi dengan keturunan Sayidina Al-Abbas RA.
2. Bangsa yang menjadi tempat lahimya adalah dijamin akan menjadi sebahagia-bahagia umat Nabi Muhammad SAW di dunia ini pada masa zahirnya nanti, seperti mana kaum Quraisy adalah sebahagia-bahagia umat kerana kelahiran Nabi Muhammad SAW dari kalangan mereka.
3. Zaman kemunculannya adalah sebaik-baik zaman selepas zaman kenabian Rasulullah SAW dahulu. Zaman kemunculannya adalah lebih baik daripada zaman tabiin sendiri, walaupun zaman tabiin itu sudah diakui sebagai zaman yang terbaik, selepas zaman khalifah.
4. Zaman kemunculannya adalah setara dengan zaman Khulafa yang bereempat dahulu dan hampir setara juga dengan zaman kenabian. Cumanya zaman kenabian itu memang tidak dapat ditandingi lagi kerana yang mengemudikannya adalah baginda SAW sendiri.
5. Merupakan satu-satunya orang yang bukan rasul yang mendapat gelaran Alaihis Salam. Lazimnya gelaran Alaihis Salam hanya dikhususkan untuk para nabi dan rasul yang diutus sahaja. Orang lain, termasuk Sayidina Abu Bakar As-Siddiq dan Sayidina Umar al-Khattab tidak mendapat gelaran yang amat mulia ini.
6. Mampu menguasai seluruh dunia seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Sulaiman bin Daud AS dahulu. Pemerintah-pemerintah lain tidak mampu dan tidak diberikan amanah untuk mentadbir seluruh dunia ini oleh Allah.
7. Beliau adalah pelengkap kepada perkembangan agama Islam untuk sepanjang zaman. Jika baginda Rasulullah SAW adalah perintis dan pengasas perkembangan Islam, maka Imam Mahdi adalah penutup dan pengembang semula ajaran Islam yang sebelumnya amat lemah dan terabai. Melalui tangan beliau yang amat berkat itu, agama Islam ditutup dengan tinta emas, sebelum dunia ini tamat.
8. Namanya dlisebutkan di dalam kitab-kitab terdahulu iaitu di dalam Kitab Taurat dan Injil. Tidak ada individu lain yang bukan bertaraf rasul yang kisahnya diceritakan di dalam kedua-dua kitab samawi berkenaan, iaitu individu yang dijanjikan akan memerintah dunia ini pada akhir zaman.
9. Diberi kemampuan mengembalikan sistem khalifah ke tengah-tengah umat Islam setelah sebelumnya sistem khalifah itu berjaya diruntuhkan oleh orang-orang Barat melalui Perang Dunia Pertama dahulu, sambil dibantu oleh orang-orang Islam sendiri. Sejak itu hingga kini, sudah hampir seratus tahun umat Islam tidak berkhalifah lagi dan sistem ini juga nampaknya tidak akan mampu dibangunkan lagi oleh umat Islam, melainkan Allah utuskan ke tengah-tengah mereka seorang yang memang betul-betul layak untuk jawatan itu. Umat Islam hari ini juga nampaknya tidak berminat lagi untuk membangunkan kembali sistem khalifah itu, dan ahli politik yang katanya memperjuangkan Islam tulen, tidak ada yang peduli dengan sistem khalifah. Orang yang hendak memperkatakannya pun sudah tidak ada lagi.
10. Dikeluarkan keberkatan dari dalam bumi sehingga pokok-pokok tumbuh membesar dan rendang. tidak perlu dilbaja dan dijaga,buahnya pula besar-besar dan !ebat. Tanah-tanah kembali menjadi subur sehingga benih yang ditanam di atas batu pun boleh hidup dengan baik.
11. Dikeluarkan perbendaharaan dari dalam bumi sehingga manusia akhirnya jemu melihat emas, perak dan galian-galian lain. Semua jenis bahan tersebut keluar dari dalam tanah di mana-mana, boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Akhirnya mereka jemu melihat timbunan emas dan perak yang berlonggok-longgok di atas tanah. Tiada siapa lagi yang mahu mengambilnya walaupun sedikit.
12. Mampu memberkatkan masa sehingga setahun pemerintahannya sama panjang dengan sepuluh tahun pada waktu ini, dan setelah kematian Dajjallaknatullah itu, setahun pemerintahannya adalah sama panjang dengan dua puluh tahun pada hari ini. Kedua-dua hal ini telah pun dijelaskan oleh para sahabat RA sejak dahulu lagi. Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga diberikan keberkatan yang sama sehingga dua tahun setengah pemerintahannya, dirasakan seperti dua puluh lima tahun pemerintahan oleh khalifah yang lain.
13. Mampu mengembalikan fitrah manusia kepada asalnya iaitu cintakan kedamaian, kebahagiaan, agama dan keimanan. Sebelumnya fitrah manusia tercemar teruk sehingga tidak dapat dibetulkan lagi oleh mana-mana tokoh agama pun yang ada pada hari ini.
14. Diberikan kemampuan menyatukan hati-hati manusia yang sedang amat berpecah-belah pada hari ini sehingga wujud kembali persatuan dan perpaduan hakiki, seperti yang diharap-harapkan oleh setiap umat manusia. Akhirnya tidak wujud lagi perpecahan, walau dalam apa bentuk pun, tidak ada lagi pergaduhan walaupun cuma pergaduhan kecil, tidak ada lagi bermasam-masam muka walau sekejap sahaja atau sekadar di antara dua orang sahaja di dunia ini. Semua manusia saling berbaik-baik antara sesama mereb, saling redha-meredhai, saling sabar-menyabarkan, saling ingat mengingatkan, saling sayang-menyayangi dan saling suka-menyukai.
15. Mampu menghapuskan segala bentuk bidaah, khurafat, syirik, kufur, riddah dan sebagainya hingga muka bumi ini seluruhnya bersih daripada segala bentuk pencemaran berkenaan. Tidak ada lagi orang yang akan melakukan apa-apa perbuatan buruk lagi, sehingga jadilah manusianya sebagai orang yang bersih akidahnya kepada Allah dan bersih pula niatnya kerana Allah.
16. Diberi keberkatan pada kesilhatan sehingga semua bentuk penyakit dan bala diangkat daripada bumi ini. Akhirnya manusia yang hidup tidak lagi menderita apa-apa penyakit pun. Hospital hanya akan dihuni oleh para pejuang yang luka dan wanita-wanita bersalin sahaja. Jika ada yang iain pun hanyalah golongan yang sudah terlalu tua dan perlu diberi rawatan khusus sahaja.
17. Mampu menegakkan sunnah dalam seluruh aspek kehidupan manusia sehingga Islam menjadi nyata sebagai agama yang paling unggul, sama seperti yang sudah diasas dan didirikan oleh baginda Rasulullah SAW seribu empat ratus tahun yang lalu. Juga seperti yang telah berjaya ditegakkan oleh para Khulafa Berempat, yang amat terpilih itu. Demikianlah secebis diantara kelebihan yang dimiliki oleh Imam Mahdi setelah munculnya kelak. Sebenarnya masih banyak lagi kelebihan Imam Mahdi yang tidak dimasukkan di sini.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More