Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, November 26, 2015

P1 Memperluaskan Liputan P1 4G Di Pantai Timur, Sabah, dan Sarawak

Beberapa minggu kebelakangan ini, kita dapati banyak berita mengenai syarikat-syarikat telekomunikasi yang telah memperkembangkan kawasan liputan perkhidmatan mereka secara meluas di seluruh negara. Dengan usaha memperluaskan lagi kawasan liputan, mereka secara tidak langsung membolehkan lebih ramai rakyat menikmati capaian internet yang lebih baik, dan membolehkan mereka untuk lebih berhubung dengan dunia luar.
P1 merupakan antara salah satu penyedia rangkaian internet yang telah mula meluaskan kawasan liputan perkhidmatan 4G mereka ke beberapa kawasan terpilih di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Kali ini, P1 memilih untuk mensasarkan kawasan luar bandar kerana ingin meluaskan lagi peluang bagi penduduk di kawasan ini untuk menikmati pengalaman menggunakan ‘home broadband’ yang lebih baik, seperti yang dinikmatii oleh penduduk di kawasan bandar. Ini juga membolehkan mereka mendapatkan informasi dari internet dengan pantas, dan tidak terhad dengan had data atau kawasan liputan yang terhad sekiranya menggunakan perkhidmatan internet prabayar melalui telefon mudah alih pintar mereka.
Sempena dengan kempen P1 4G ini, pada penghujung bulan Oktober yang lalu, P1 telah mengadakan aktiviti promosi bertemakan Hari Keluarga 2.0 bertempat di Telipok, salah satu pekan di Kota Kinabalu, Sabah. Aktiviti promosi ini diadakan bertujuan untuk mempamerkan kepelbagaian penggunaan internet kepada penduduk setempat.
Sekitar Hari Keluarga 2.0 tersebut, pihak P1 telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi perkongsian mengenai faedah dan kegunaan internet. Pengunjung dari kawasan setempat telah dapat mengetahui sedikit sebanyak faedah yang dibawakan apabila menggunakan internet, seperti membuat pembelian dalam talian, menonton video dan mempelajari sesuatu yang baru. Rata-rata hadirin memberi maklumbalas yang positif atas ketersediaan perkhidmatan internet P1 yang telah melangkaui kawasan di luar bandar.
screenshot_651
Acara ini adalah satu permulaan sebelum P1 meneruskan usahanya untuk meluaskan lagi kawasan liputan perkhidmatan 4G mereka ke seluruh negara. Sepertimana yang kita sedia maklum, berbeza dengan penyedia perkhidmatan internet yang lain, P1 menawarkan perkhidmatan internet mudah alih di pelbagai kawasan tanpa memerlukan infrastruktur yang spesifik seperti kabel fiber yang kebiasaannya hanya wujud di kawasan bandar besar. Dengan solusi mudah ini, semestinya lebih ramai pengguna tempatan dapat menikmati sambungan internet dan seterusnya mendapat faedah dari perkhidmatan tersebut.
Penafian: Advertorial dari P1

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More