Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, November 16, 2015

BioPhone – Aplikasi Yang Mengesan Nadi Dengan Hanya Menggunakan Accelerometer

Antara fungsi yang unik pada Samsung Galaxy S6 ialah pengesan nadi terbina pada bahagian belakang peranti. Sejak dua bukan kebelakangan ini kami cuba menurunkan berat badan ke arah hidup yang sihat dan pengesan nadi ini kami gunakan sepanjang masa. 
Kepada pengguna peranti lain yang tidak mempunyai pengesan nadi, jam tangan pintar dengan pengesan nadi digunakan bagi melakukan tugas yang sama. Kewujudan pengesan nadi pada peranti dan jam tangan pintar meningkatkan harga jualannya. Kepada yang tidak mampu membayar lebih mereka tidak akan dapat mengesan nadi mereka sepanjang hari.
Pengimbas-Nadi
Kajian terkini MIT Labs berjaya mencipta BioPhone. Ianya aplikasi yang dapat mengesan nadi dan kadar pernafasan pengguna hanya menggunakan sensor yang biasa ada pada peranti pintar biasa. Secara spesifik mereka berjaya menggunakan accelerometer terbina yang kini standard pada semua peranti pintar untuk mengesan nadi dan pernafasan. Untuk digunakan BioPhone perlu diletakkan pada bahagian dada pengguna. 
Setakat ini bacaan BioPhone masih belum tepat dengan kadar kesalahan 1 nadi setiap 1 minit dan separuh helaan nafas setiap 1 minit. Ini mungkin kadar kesalahan yang boleh dianggap kecil tetapi bagi menjadikan BioPhone pengesan kesihatan yang baik tahap kejituan bacaan harus dipertingkatkan lagi. Ini adalah berita yang baik kepada pengguna. Tidak perlu lagi membeli peranti khas untuk mengesan kesihatan tubuh. Peranti akan lebih murah dan pada waktu yang sama rekaan lebih kemas.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More