Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, November 16, 2015

Apple Mengesahkan Akan Membuka Apple Store Pertama Di Asia Tenggara Di Singapura

Apple mempunyai pengguna dan pengemarnya tersendiri, dimana ramai yang sering ke luar negara dan terpesona dengan rekaan Apple Store rasmi. Tidak lama lagi, sekiranya anda ingin ke Apple Store rasmi, mungkin tidak perlu pergi jauh lagi, memandangkan Apple kini mengesahkan akan membuka Apple Store rasmi pertama mereka di Asia Tenggara, iaitu di Singapura.
Apple Store
Sehingga kini, Apple menggunakan perlesenan kepada pihak ketiga dalam menyediakan kedai fizikal di Asia Tenggara. Seperti ramai sedia maklum, di Malaysia sahaja terdapat beberapa kedai pengedar rasmi mereka, termasuk Machine, Switch dan sebagainya.
Melalui Apple Store, pengguna boleh mendapatkan khidmat pelanggan yang lebih baik, disamping mendapatkan produk, atau mengikuti latihan berkaitan produk Apple. Apple Store juga turut menawarkan ruangan untuk pengguna membuat tugasan atau bertemu dengan rakan-rakan – namun ia mungkin berbeza mengikut lokasi.
Singapura seperti ramai sedia maklum, merupakan antara negara terawal yang sering menerima produk Apple – termasuk seperti iPhone dan Apple Watch. Maka ia tidak mengejutkan untuk Singapura menjadi negara terawal di Asia Tenggara untuk menrima Apple Store. Pihak Apple tidak mengesahkan lokasi tepat untuk Apple Store ini, dan bilakah tarikh rasmi ia akan mula beroperasi.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More