Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, November 17, 2015

APA FAEDAHNYA SYARIAT PADA MANUSIA?

Seorang yang kenal Allah, pasti akan sentiasa malu hormat dan mahu membesarkannya, sebagaimana malu, hormat dan menghina dirinya, pada orang yang selalu menolong dan memberi nikmat padanya. Sebab nikmat Allah pada manusia adalah setiap detik mengalir tanpa henti-hentinya – Abuya Ashaari Muhammad
Peraturan hidup yang ALLAH datangkan untuk kesejahteraan  hidup  manusia  itu  dinamakan  syariat  Islam.  Ia mengandungi  perintah-perintah  berbentuk  fardhu  dan sunat serta   larangan-larangan   berbentuk   haram dan makruh. Ia juga  mengandungi perkara-perkara yang sah dan  batal, halal dan  haram, yang  mana boleh dan yang mana  tak boleh, dan sebagainya. Seluruh peraturan dan undang-undang  itu  pula  menyuluh  kehidupan  manusia dalam setiap aspek  sama ada   yang menyentuh peribadi, rumahtangga,  masyarakat,  ekonomi,  pendidikan,  siasah hinggalah kepada persoalan negara dan hubungan  antarabangsa.  Ia  juga  menyuluh  segala  tindak-tanduk  zahir dan batin manusia.

Sebab itulah ia dikatakan sebagai “agama yang disempurnakan oleh ALLAH SWT”. Dan  semuanya  itu  untuk  faedah  manusia  semata- mata.  ALLAH tidak berhajat kepadanya tetapi yang  berhajat kepada peraturan  hidup  itu ialah manusia sendiri. Yang  mendapat  faedah  dan  manfaat  di  atas  peraturan- peraturan  hidup  itu  adalah  manusia  sendiri. Bagaimanakah   peraturan dan undang-undang  yang ALLAH jadikan, yang kita namakan syariat Islam itu, berfaedah kepada manusia.
Sepertimana  yang  telah  kita  katakan  tadi bahawa syariat  Islam  mengandungi  perintah-perintah  yang  berbentuk  suruhan  sama   ada   suruhan  yang  fardhu  (wajib), mahupun suruhan yang berbentuk  sunat.  Suruhan  yang berbentuk fardhu itu,  ada  pula yang merupakan  fardhu ain (wajib ain), dan ada  yang fardhu kifayah (wajib kifayah).  Manakala  yang  sunat  pula,  ada  yang  berbentuk sunat muakkad  dan  ada yang berbentuk  sunat  ghairi muakkad. Dan seluruh suruhan yang fardhu dan  sunat ini  merupakan  perintah  yang  mesti  dilaksanakan  zahir dan batin.
Di antara perintah-perintah suruh yang berbentuk fardhu ialah  sembahyang,  zakat,  haji,  dan  lain-lainnya.  Oleh kerana kita hendak membahaskan faedah perintah itu kepada  manusia,  marilah  kita  ambil  perintah  sembah- yang sebagai contohnya. ALLAH telah menjadikan sembahyang itu sebagai satu perintah yang akan memberi faedah kepada manusia seluruhnya. Tetapi manusia tidak akan nampak faedah ini kerana umum manusia akan menganggap sembahyang itu sebagai satu perbuatan yang menyusahkan,  terutamanya  sembahyang  Subuh.
Kita  sendiri pun, sebagai orang yang mengaji fardhu ain  dan  setengah-setengahnya  pula  sudah  ikut  dakwah, akan mengakui bahawa sembahyang Subuh  amat menyusahkan. Pertamanya  kita  tidak  boleh  tidur  lewat  kerana pukul  5.30  atau  selewat-lewat  pukul  6.00  pagi  kita  terpaksa  bangun. Tentulah kita   dalam keadaan mengantuk, dan  kalau  seterusnya  kita  mengantuk  juga   bila  pergi kerja, nanti kita   tidak dapat hendak membuat kerja-kerja kita di pejabat. Kalau demikianlah yang  kita   rasakan,  sememangnyalah sembahyang itu tidak  memberi faedah kepada  kita.   Bukan sahaja tidak   memberi faedah tetapi   juga  menyusahkan   kita. Cuma,   yang   menyebabkan   kita   merasa sembahyang itu tidak berfaedah dan menyusahkan ialah kerana  kita  tidak  mahu  menilai  dan  meninjau  hakikat sembahyang itu. Tetapi, kalau kita   fikirkan dalam-dalam, sembahyang memberi erti dan manfaat yang besar  kepada kita.
Cuba  kita perhatikan, apakah erti sembahyang itu  sendiri,   dan  bagaimanakah  keadaan  orang  yang   bersembahyang itu. Orang yang bersembahyang adalah orang yang percaya kepada ALLAH; orang yang mengingati ALLAH; orang   yang   mengetahui   kuasa   ALLAH;   orang   yang meminta  kepada  ALLAH;  dan  orang  yang  bersandar nasib kepada ALLAH. Hal ini semua dibuktikan daripada lafaz-lafaz yang kita   ucapkan dalam sembahyang. Seperti ayat-ayat yang kita   baca dalam  doa   iftitah, dalam rukuk, dalam sujud, dalam tahiyat, dan lain-lainnya.  Umpamanya, satu lafaz dalam  doa iftitab yang kita   baca  berbu- nyi:  (Ya ALLAH)  sesungguhnya  sembahyangku,  ibadahku, hidupku  dan  matiku  adalah  untuk Tuhan  Rabbul  Alamin. (Al An’am: 162)
Ini menandakan yang  kita   benar-benar menyerahkan diri dan nasib kita  kepada ALLAH    sahaja, dan tidak kepa- da yang lain.  Apa  sahaja yang  kita   buat dan  apa sahaja yang   kita  usahakan,  semuanya  hendak   kita  serahkan kepada ALLAH. Inilah hakikat sebenar  bagi   orang yang bersembahyang.
Kalau begitu, orang yang bersembahyang tahu  bahawa ALLAH akan  sentiasa   membela dirinya. Dan kerana itu, dia tidak akan merasa kecewa dalam  hidup ini kerana yang akan menjadi pembelanya adalah ALLAH SWT sendiri. Dalam sebarang hal dan masalah, dia akan meng- adukannya   kepada   ALLAH.   Bukankah   sememangnya manusia ini mempunyai  banyak    masalah? Kerana banyak- nya  masalah  manusia,  maka  banyaklah  permintaan  dan kehendaknya.
Dalam banyak-banyak permintaan dan kehendak, manusia  itu,  tidak  semuanya  akan  diberi  oleh  ALLAH. Ada  permintaan  yang  ALLAH  beri  (perkenankan)  dan ada  permintaan yang ALLAH tidak beri. Katalah seorang itu mempunyai 20 permintaan. Daripadanya, mungkin hanya 5 sahaja yang ditunaikan oleh ALLAH SWT. Yang 15  permintaan  lagi,  kita  tak  tahu  sama  ada  ALLAH hendak beri atau tidak.
Bagi   orang yang tidak berpaut kepada ALLAH, dan hatinya tidak berharap kepada ALLAH, kerana dia tidak bersembahyang, apabila   gagal    mendapatkan 15   kehendaknya  yang  lain  itu,  dia  akan  merasa  kecewa,  dan hidupnya  akan  menderita.  Apabila  hatinya  penuh  kekecewaan  dan  hidupnya  menderita,  maka  tidaklah  ada ketenangan  jiwa  baginya.  Dan  apabila  jiwa  sudah  tidak tenang,  rumah besar tidak akan   ada  erti  lagi, motokar besar  juga  tidak  ada   erti, dan  harta yang  banyak  juga tidak  boleh  mententeramkan  jiwa.
Jadi  sembahyang  boleh  menenangkan  jiwa  dan  menghilangkan dukacita serta penderitaan  hidup. Natijah dari- pada itu, akan tenanglah fikiran seseorang.  Betapa tidak, kerana  hatinya  selalu  berpaut  kepada  ALLAH;  dirinya sentiasa diserahkannya kepada penentuan ALLAH SWT. Inilah  hakikat  orang  bersembahyang.  Apabila  berlaku satu-satu masalah dalam hidupnya,  dia lekas-lekas menyandarkannya  kepada  ALLAH  SWT.  Inilah  faedah dan   manfaat   daripada   peraturan   ALLAH   SWT,   dan manusia  sendirilah  yang  mendapatnya.
Cuma kita   tidak dapat merasakan faedahnya kerana kita  belum lagi sembahyang  dengan  betul-betul  serta khusyuk.  Kita   masih  lalai  dalam  sembahyang.  Sebab  itu faedah dan manfaat sembahyang itu tidak berlaku  pada kita.   Oleh itu, kalau  kita   hendak merasakan faedah  daripada sembahyang itu, kenalah  kita   perbetulkan  sembah- yang  kita   lahir dan batinnya;  kita    jaga  semua  syarat  dan rukunnya, dan  kita   fahami lafaz-lafaz dalam sembahyang itu. Janganlah  kita   asyik hendak menjaga yang zahirnya saja seperti terlalu pentingkan sujudnya, sedangkan  soal- soal   batin tidak dijaga. Kalau seseorang itu benar-benar bersembahyang, akan terasa padanya kebesaran ALLAH SWT.
Jelas bahawa perintah sembahyang itu ada  faedahnya kepada   manusia.  Dan  bukan  itu  satu  saja  faedahnya, malah banyak faedahnya yang lain. Setengah-setengahnya diceritakan oleh ALLAH dalam Al Quran, dan setengah- setengahnya diceritakan oleh Rasulullah di dalam  Hadisnya. Perintah-perintah yang lain  juga  ada  faedah dan  manfa- atnya  kepada  manusia.  Katalah  perintah  zakat.  ALLAH menyuruh  kita  membayar  zakat  sama  ada  zakat  yang wajib mahupun zakat yang sunat iaitu bersedekah. Kalau kita  pandang  pada  bentuk  zahir  perintah  itu,  ia  tentu tidak  mendatangkan  faedah  apa-apa    kepada  kita,   malah ia  lebih  merugikan  kerana  harta   kekayaan  kita  akan susut. Tetapi, kalau  kita   tinjau sedalam-dalamnya  termasuk  memerhatikan  susunan  masyarakat  manusia  yang telah ALLAH jadikan ini, seperti ada  yang dijadikan miskin, ada  yang dijadikan yatim dan sebagainya, tentu  kita akan terasa besarnya faedah zakat itu.
Umpamanya, ALLAH mengenakan pembayaran zakat kepada  orang-orang  kaya dan  yang  mempunyai  harta kekayaan yang lebih. Mereka  juga  diminta supaya  bersedekah. Kalau orang-orang  kaya   ini tidak mahu berzakat dan  bersedekah,  kelak  orang-orang  miskin  serta  anak- anak  yatim,  tidak  akan  terbela  nasib  mereka.  Kehidup- an mereka akan terbiar. Dan kalaulah kemiskinan  mere- ka itu tidak dibela, bilangan mereka akan bertambah dari masa  ke  masa.  Akhirnya  mereka akan  membuat  kacau. Mereka akan merompak dan mencuri.  Mungkin  mereka sanggup   membunuh  kerana   telah   terpendam  dendam kesumat  di  dalam  jiwa  mereka  terhadap  orang-orang kaya.  Akibatnya, orang-orang kayalah yang akan  merasa- kan  hidup  mereka  diganggu  kebimbangan  dan  ketakutan.
Kalau  mereka  melaksanakan  perintah  zakat,  hanya sebahagian  kecil  daripada   harta  mereka  yang  dituntut supaya  dizakatkan.  Tetapi,  kalau  orang  miskin  sudah membuat  kacau,  kemungkinan  habis  harta  orang-orang kaya   menjadi sasaran. Bukan itu saja, nyawa mereka pun mungkin turut terkorban. Jadi, dengan sebab itu, ALLAH memerintahkan orang-orang  kaya   membayar zakat,  kera- na  mereka  akan  terselamat  daripada  kekacauan  yang dilakukan oleh orang-orang miskin. Orang-orang miskin juga  mendapat  faedah  daripadanya  kerana  nasib  mereka   terbela   dan   terbantu. Tidaklah   mereka   terdorong untuk membuat kekacauan. Inilah yang membawa  kepa- da kestabilan dan keamanan masyarakat.
Tetapi, hari ini kestabilan dan keamanan demikian tidak wujud lagi  kerana orang-orang kaya  sudah menjadi bakhil  dan  tidak  mahu  membantu  orang-orang  miskin dan anak-anak yatim. Orang-orang kaya  hari ini memang sentiasa berada dalam kebimbangan dan ketakutan. Mereka   seolah-seolah   merasa   yang   nyawa   mereka   bila-bila masa saja  boleh  dihapuskan oleh orang-orang   jahat.
Tidak mesti sesuatu kerja itu apabila berjaya ia diredhai, dan tidak mesti pula sesuatu kerja itu apabila gagal dimurkai. Yang penting kerja itu mengikut syariat dan diniatkan kerana Allah, insya-Allah ia diredhai – Abuya Ashaari Muhammad
Harta kekayaan  mereka  sentiasa  terancam.  Bagi mereka, naik  teksi  membimbangkan,  naik  kereta  sendiri  juga tidak selamat, malah naik kapal terbang pun takut akan dicolek. Dalam  pada itu, mereka  juga  bimbangkan  keadaan anak  isteri  di  rumah.   Pada  zahirnya  tentulah  rumah merupakan   tempat   yang   paling   selamat   bagi   semua manusia. Tetapi bag-i orang-orang  kaya   hari  ini, rumah mereka pun seolah-olah tidak selamat.  Ia  dipagar  berlapis-lapis  serta  ada   pengawal-pengawalnya  pula.  Berapa ramai  orang  kaya hari  ini  terkorban  di  dalam  rumah sendiri! Inilah akibat daripada tidak mahu melaksanakan perintah  ALLAH  supaya berzakat  dan  bersedekah.  Dengan   itu,   jelaslah   bahawa   perintah   suruh   daripada ALLAH   SWT,   ada   faedahnya   kepada   manusia,   dan bukannya kepada ALLAH SWT.
Dan  cuba   pula  kita bahaskan  faedah  perintah  larang kepada manusia. Daripada perintah-perintah larang yang begitu  banyak, ada   yang berbentuk  haram dan  ada   yang makruh.  Larangan-larangan  berbentuk  haram  pula  ada yang zahir dan ada  yang batin, dan ada  yang dikira dosa besar dan  ada  yang dikira dosa  kecil. Katalah ambil larangan ALLAH supaya jangan minum arak sebagai con- toh. Apakah faedah larangan  ini kepada  manusia.
Arak itu memabukkan.  Ia  bukan  sahaja  merosakkan akal tetapi juga  merosakkan kesihatan  badan. Sedangkan fitrah   semula jadi manusia, ingin kepada kesihatan badan dan kesihatan akal fikiran. Dan apabila ALLAH melarang seseorang itu daripada minum arak, akan selamatlah akal fikiran  dan  kesihatan  badannya.  Jadi,   ada  faedahnya kepada  manusia  larangan  minum  arak  itu.
Kemudian, ALLAH melarang  kita   daripada menipu, mencuri,  merompak,  membunuh,  memaki,  dan  sebagainya.  Ini   semua  untuk  keselamatan  dan  kedamaian  masyarakat.  Sebab,  kalau  ALLAH  tidak  melarang  manusia daripada   melakukan   perbuatan-perbuatan   seperti   itu, akan timbullah kekacauan di tengah-tengah masyarakat. Akibatnya, siapa yang susah? Manusia jugalah yang akan menderita.  Sedangkan  sudah  menjadi  fitrah  semula  jadi manusia,   sukakan   keamanan   dan   kedamaian   hidup. Semua orang suka kepada ketenteraman dan keamanan.
Seterusnya,  cuba kita   bahas lebih dalam sedikit  tentang hakikat bahawa setiap satu peraturan dan undang-undang itu  adalah  untuk  faedah  manusia,  dan  bukannya  untuk faedah   ALLAH   SWT.   Setengah-setengah   orang   tidak nampak  faedah  ini  dan  mungkin   menghendaki  hujah- hujah  yang  logik  untuk  meyakininya.  Mereka  mungkin tidak mahu menerima pernyataan bahawa, kalau  manu- sia  ini  mematuhi  segala  peraturan  dan  undang-undang hidup  yang  dinamakan  syariat  itu,  maka  manusia  akan memperolehi faedah daripadanya dalam ertikata  manu- sialah yang akan selamat. ALLAH tidak terjejas apa-apa. ALLAH  tidak  terlibat  dengan  sebarang  peraturan  dan undang-undang. ALLAH SWT terkecuali daripadanya.
Nanti  orang-orang  ini   akan  bertanya,  kalau  benarlah ALLAH tidak terjejas daripada undang-undang dan  per- aturan   hidup-Nya, mengapakah   ALLAH   menghukum manusia-manusia yang melanggar peraturan itu di  Akhirat  kelak?  Ini  menampakkan  seolah-olah  ALLAH  telah terjejas   daripada   peraturan   dan   undang-undang-Nya akibat   daripada   adanya   manusia-manusia   yang   tidak menghormati peraturan itu. Kerana ALLAH merasa  terjejaslah,  maka  ALLAH  balas  manusia  itu  dengan  azab dan deraan.
Kita  boleh  menjawab  persoalan  seperti  ini  dengan mengambil contoh sebuah kerajaan manusia di dunia  ini. Walau sejahat dan sezalim  mana pun sesebuah  pemerintahan itu, sedikit sebanyak,  ia  akan  cuba juga  menegakkan keadilan. Sebab itu, setiap kerajaan yang  memerin- tah akan mengadakan mahkamah untuk  memberi peng- adilan   kepada manusia. Jadi, setiap kerajaan di dunia ini, ada   timbang  rasanya kepada orang ramai.
Kemudian,  katalah  orang  yang  bernama  si  A  telah melanggar  salah  satu  daripada  undang-undang  pemerintah dengan mencuri  ayam si  B.  Apakah  dengan  si  A melanggar peraturan itu, pihak pemerintah akan terjejas? Apakah   pihak   pemerintah   akan   mendapat   kesusahan bersabit  daripada  peristiwa  itu?  Tentulah  tidak,  kerana apabila si A tertangkap, yang akan bertelagah di  mahka- mah pengadilan ialah si A dengan si B. Dan apabila si A didapati  bersalah,  dia  akan  dihukum  kerana  telah  melanggar peraturan. Hukuman yang dikenakan kepada si A bukan kerana kerajaan merasa  rugi   di  atas  perbuatan si   A   melanggar   peraturan   pemerintah, tetapi   untuk memberi  pengadilan  kepada  orang  lain  yang  teraniaya akibat perbuatan si A itu.
Jadi   kita   dapati   bahawa kerajaan manusia   pun   ada menyediakan  mahkamah  untuk  mengadili  mereka  yang melanggar   peraturan,  dan   menghukum   mereka   kalau didapati   bersalah.   Hukuman   yang   dikenakan   bukan kerana  kerajaan  merasa  terjejas  dan  tercacat  tetapi  untuk memberi pengadilan kepada orang ramai. Sebab itu, yang akan susah bukan kerajaan tetapi orang yang  melanggar peraturan itu sendiri. Kalau kerajaan manusia di dunia ini pun demikian, maka tentulah Kerajaan ALLAH SWT, lebih daripada itu.
Kalaulah kerajaan manusia yang walau sezalim  mana sekalipun,  ingin  juga  menunjukkan  keadilannya  kepada rakyat, maka ALLAH   SWT yang Maha Adil dan tidak pernah  berlaku  zalim  kepada  hamba-hamba-Nya,  tentulah lebih-lebih  lagi   memberi  pembelaan  kepada  hamba-Nya yang teraniaya. ALLAH akan membalas perbuatan orang yang  melanggar  peraturan  dan  undang-undang  hidup yang telah disyariatkan dengan menghukumnya di  Akhirat  sebagai  pembelaan  kepada  orang  lain  yang   teraniaya.  Dan,  kalau  ALLAH  tidak  berbuat  demikian,  maka bukanlah  Ia  dinamakan  Tuhan.  Kerana  ALLAH  SWT yang sebenarnya adalah  Maha Adil dan  Maha  Mengasihani kepada setiap hamba-Nya.
Kadang-kadang  orang  yang  bertanya   tadi    boleh  menerima    logiknya   jawapan   yang   kita   berikan   tetapi   di samping  itu dia mahu bertanya  lagi.   Sebab, contoh yang kita berikan ialah kesalahan yang manusia lakukan menyebabkan  ada orang  lain yang  terbabit.  Bagaimana pula kalau kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu tidak  ada membabitkan sesiapa. Katalah kesalahan tidak
mahu bersembahyang, tidak mahu berpuasa, dan sebagainya.   Mengapa   pula   orang   ini   dihukum   juga, malah hukuman  ke  atasnya  lebih  berat. Kesalahan  ini  sedikit pun tidak  ada   hubungan dengan orang lain. Tidak  ada orang lain yang teraniaya. Dalam  soal   ini, tentulah kata mereka, ALLAH SWT itu telah terjejas  edengan    undang- undang dan peraturan-Nya.
Sebenarnya, setiap peraturan yang ALLAH datangkan kepada  manusia  ada kaitannya  dengan  masyarakat.  Di samping  satu-satu  peraturan  hidup  itu  untuk  perlaksa- naan individu tetapi ALLAH  juga  mengambil kira  tentang kaitannya dengan masyarakat umum. Di sinilah yang dikatakan syariat Islam itu lengkap dan sempurna  kerana  ia  sentiasa  bertimbal  balas  antara  individu  manusia dengan  masyarakat  manusia.  Dalam  soal  sembahyang misalnya, nampaknya memanglah  macam persoalan  indi- vidu sahaja kerana yang diminta melaksanakannya ialah individu. Sebab itu, hari ini kita   selalu dengar orang berkata,  soal  sembahyang  soal   individu. Dia nak buat atau tidak mahu buat, itu soal  peribadi. Siapa pun tidak boleh paksa.
Ini  tidak  benar,  kerana  persoalan  hukum  sembahyang, besar kaitannya dengan masyarakat seluruhnya. Orang yang tidak sembahyang adalah orang yang tidak percaya  kepada  Tuhan,  atau  kalau  pun  dia  percaya, hatinya tetap merasa bahawa seolah-olah Tuhan itu tidak ada.  Jadi,   kalau   seseorang   itu   tidak   percaya   kepada Tuhan  lagi,   maka baginya, tidak  ada suatu  kuasa  ghaib pun yang boleh menyebabkan dia takut. Dan kerana dia tidak takut kepada sebarang kuasa ghaib, dia akan  berani melakukan  apa sahaja dan  pada   bila-bila masa sahaja. Ertinya, senjata sudah  ada   di tangannya.
Dia tidak  ada pengawal diri. Orang yang tidak  ada   pengawal  diri  oleh  suatu  kuasa  ghaib,  tidak  akan  takut kepada pengawal yang zahir seperti pengawal-pengawal keselamatan.  Sedangkan  kuasa  ghaib  itu  adalah  pengawal yang  sentiasa  mengetahui setiap gerak-geri dan  perbuatannya.
Kerana itu,  bagi  orang yang tidak takut kepada  sebarang  kuasa  ghaib,  peluang  untuk  dia  melakukan  apa saja yang dia mahu terbuka luas. Cuma, antara dia mahu melakukannya  dengan  tidak  mahu  melakukannya  sahaja. Sepertilah orang yang membawa senjata api, walaupun dia tidak menembak, tetapi dia merbahaya. Sebab itu, di negara  kita  ini,  hukuman  bagi kesalahan  membawa senjata  api  sahaja  sama    beratnya  dengan  hukuman  terhadap orang yang melakukan pembunuhan. Kerana  apa? Senjata sudah ada  di tangannya; bila-bila masa sahaja dia boleh  meledakkannya.
Dan begitulah bagi   orang yang tidak bersembahyang. Dia tidak ada  pengawal diri. Dia tidak takut kepada siapa pun  sekalipun  kuasa  yang  ghaib.  Dengan  itu  dia  boleh melakukan  kejahatan  bila-bila  masa  sahaja.  Sebab  itulah ALLAH hukum orang yang tidak sembahyang kerana dia bukan sekadar melanggar peraturan ALLAH tetapi  natijah  daripada  itu,  dia  juga   boleh  melakukan  kesalahan kepada orang lain seperti mencuri, menipu, rasuah,  me- rogol, berzina, main judi, minum arak, membunuh, dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More