Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, October 22, 2015

Resepi Cara Buat ROJAK ASMA Johor

ROJAK ASMA JB




Bahan Untuk Kuah:-).
150 g kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
50 g udang kering, direndam 10 minit, toskan dan goreng garing, kisar halus
50 g biskut marie, dikisar halus
50 g kismis*
50 g cili kering, dibuang biji, rendam dalam air panas dan toskan*
8 biji bawang merah kecil*
3 biji bawang putih*
1 1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Asam jawa sebesar duit 20 sen + 1/2 cawan air, ramas dan tapis utk jusnya
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan Rojak:-).
100 g daun salad
3 biji kentang, belah 4 setiap biji dan rebus empuk, toskan
2 keping tauhu, belah dua
2 keping tempe
200 g sotong kembang, potong sederhana besar dan celur 5 minit, toskan
200 g paru, rebus dan hiris nipis
100 g fish ball
1 biji timun, dipotong jejari
1/2 biji sengkuang sederhana besar, dikupas dan potong jejari
2 - 3 biji cili hijau, dihiris kasar2
3 biji telur, direbus
Sedikit bijan, disangrai
Bancuhan tepung beras secukupnya (tahap kepekatan sama mcm nak goreng pisang)

Cara membuatnya:-).
  1. UNTUK KUAH ROJAK:- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan harum. Masukkan kacang tanah dan udang kering kisar. Masak hingga terbit minyak. Masukkan kisaran biskut marie dan masak sekejap. Tuang air mengikut keperluan dan biar mendidih, masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perisa (jika suka), masak hingga pekat sedikit dan matikan api
  2. UNTUK BAHAN2 ROJAK:- Asingkan sengkuang, timun, salad dan cili hijau. Bahan2 selebihnya dicelup dalam bancuhan tepung beras dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Buat hingga semua siap.
  3. PENYEDIAAN ROJAK ASMA JB:- Potong kecil mana bahan rojak yang agak besar. Ambil setiap bahan2 rojak dalam kuantiti sederhana ke dalam pinggan, tuang kuah rojak dan tabur dengan sedikit bijan sebelum dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More