Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, October 7, 2015

Fuh!!! Honda EV-Cub Concept Bakal Dibawa Ke Tokyo

Honda EV-Cub Concept

Honda Super Cub, atau lebih dikenali sebagai Honda C70 di Malaysia dikatakan model yang amat penting dalam sejarah dua roda pada abad ke-20. Hingga hari ini, anda boleh tengok motor kapcai ini di atas jalan raya dalam keadaan gagah dan menjalankan tugasnya sebagai medium pengangkutan utama di Malaysia.
Pada 2015 Tokyo Motor Show akan datang, Honda dikatakan bakal mendedahkan dua konsep motosikal terbaru sebagai tanda penghargaan kepada model Honda Super Cub yang mirip dengan model pertama dikeluarkan pada tahun 1958 – Honda Super Cub Concept & Honda EV-Cub Concept.

Honda EV-Cub Concept

Model Honda EV-Cub Concept, seperti namanya, merupakan motor Super Cub Concept yang dikuasakan oleh motor elektrik. Honda turut menambah yang baterinya diletakkan di bahagian tengah rangka motor tersebut yang memberikannya penunggangan yang mudah, senang digunakan dan kawalan pengemudian yang baik.
Berlainan dengan konsep motor elektrik di pasaran sekarang, model EV-Cub Concept ini menggunakan bateri yang boleh dikeluarkan dan dicaj menggunakan plug dinding biasa. Sesuai bagi penggunaan harian yang memudahkan penggunanya.
Tiada pendedahan oleh Honda tentang pelan produksi motor konsep ini, jadi ianya wujud hanya sebagai konsep buat masa ini.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More