Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, October 7, 2015

AWAS! Pemandu Uber Bakal Dilarang Perbaharui Cukai Jalan

GrabCar Uber SPAD

Pemandu Uber Bakal Dilarang Perbaharui Cukai Jalan

Menurut laporan Astro Awani, pemandu kereta persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber tidak boleh memperbaharui cukai jalan untuk kenderaan mereka sekiranya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesan aktiviti ini.
SPAD telah menemui kaedah untuk pemilik kereta persendirian atau pemandu yang menawarkan perkhidmatan teksi haram itu menerusi aplikasi Uber, tanpa perlu melakukan operasi menyamar .
“Sebagai contoh, selepas sebuah kereta persendirian tertentu dikenal pasti dari log digital dalam aplikasi Uber beserta bukti kukuh video dan gambar operasi mereka, pihak berkuasa akan  menghantar notis kepada pemilik kereta itu untuk menghadiri ‘temuduga’ dengan bahagian penguatkuasaan SPAD,” kata sumber itu seperti yang dipetik akhbar The Sun.
Menurutnya lagi, pemandu juga dikehendaki membawa kenderaan mereka untuk pemeriksaan, di mana SPAD boleh menyita dan mengimpaun kenderaan tersebut kerana melanggar Seksyen 225 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010,disamping SPAD sedang bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam usaha membendung penambahan pemandu Uber di Malaysia.
Pemandu yang mengabaikan notis SPAD tidak akan dibenarkan memperbaharui cukai jalan sehingga mereka menyerahkan kenderaan mereka.
Sejak Oktober tahun lalu, SPAD telah merampas 145 kereta persendirian, termasuk 44 kenderaan Uber dan 97 kenderaan GrabCar, kerana dikatakan menawarkan perkhidmatan teksi haram.
Sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More