Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (366) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, October 29, 2015

Jom! Baca Novel Kau Aku Kita Karya Orkid Edyliyne Online


kau


Baca novel “Kau Aku Kita” karya Orkid Edyliyne secara online. Sebuah novel yang paling laris di pasaran kini sudah diadaptasikan kepada sebuah drama dengan judul yang sama menerusi Slot Lestary TV3. Saksikan drama adaptasi novel “Kau Aku Kita” lakonan Syarul Ridzwan, Janna Nick & Hafidz Roshdi mulai 28 Oktober 2015 setiap Rabu dan Khamis bermula pada jam 9.00 malam di Slot Lestary TV3. 

Bagi yang belum membaca novel “Kau Aku Kita”, anda boleh baca menerusi paparan setiap bab dibawah.

Baca Novel Kau Aku Kita Karya Orkid Edyliyne Online
Selamat Membaca


Wow! Tarikh Dan Lokasi Festival Lampu Putrajaya 2015

Tarikh harga dan lokasi festival atau pesta Lampu di Putrajaya 2015. Perbadanan Putrajaya akan mengadakan pesta Lampu atau nama penuh “Festival Lights and Motion Putrajaya” bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3 Putrajaya pada 30, 31 Oktober 2015 dan 1 November 2015. Terdapat pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti EcoRide, pertandingan fotografi, tarian ala tron, “Art of lights”, pameran kreativiti lampu dan macam-macam lagi. Tiket pas masuk ke festival Lampu Putrajaya tahun 2015 adalah percuma.

lampu-putrajaya

Tarikh Dan Lokasi Festival Lampu Putrajaya 2015
Tarikh: 30,31 dan 1 November 2015
Masa: 8.00 malam sehingga 12.30 pagi
Lokasi: Dataran Putrajaya, Precinct 3 Putrajaya
Harga Tiket Masuk: Percuma


Wednesday, October 28, 2015

Terbaru! Pengguna Prepaid Dapat Kembali Rebat Refund GST 2016

Pengguna prepaid atau top up akan dapat kembali rebat (Refund) cukai GST mulai 2016. Berita baik yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak pada Bajet 2016, pengguna yang telah top up dengan kadar harga prepaid selepas GST yang dilaksanakan sejak 1 April 2015 akan dapat kembali cukai GST bersamaan dengan amaun jumlah yang dibayar. Ini susulan kerajaan telah mengekalkan harga prepaid pada harga sebelum GST mulai November 2015. Pembayaran rebat GST bagi pengguna prepaid akan dikreditkan ke telefon pintar anda menerusi syarikat telco masing-masing mulai Januari 2016 sehingga Disember 2016.

bajet-2016-prepaid

Pengguna Prepaid Akan Dapat Kembali Rebat GST Mulai 2016
telco

Wow! Gaji Minimum Sabah Sarawak & Semenanjung Mulai Julai 2016

Kadar gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia mulai 1 Julai 2016. Seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2016, kadar gaji minimum di Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan telah dinaikkan kepada RM920 daripada RM800 sebulan. Manakala di Semenanjung Malaysia, gaji minimum dinaikkan dari RM900 kepada RM1,000 sebulan. Kadar baharu gaji minimum tersebut akan dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2016.

gaji-minimum

Gaji Minimum Sabah Sarawak & Semenanjung Mulai 1 Julai 2016
Semenanjung Malaysia: Berkuatkuasa 1 Julai 2016, penyelerasan gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia.

Sabah, Sarawak dan Labuan: Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik/pembantu rumah.

Thursday, October 22, 2015

Resepi Cara Masak FISH HEAD CURRY Sedap

FISH HEAD CURRY


Bahan Utama:-)
1 kepala ikan merah atau apa2 ikan yg digemari, dibelah 2
2 biji tomato
5 - 6 biji kacang bendi (tak letak sebab tak de)
1 biji terung bulat (tak letak sebab tak de juga!)
1/4 cawan jus asam jawa
2 1/2 camca besar rempah kari
1/2 cawan pati santan (mat guna susu sejat)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Air ikut keperluan
Garam dan gula (jika perlu)

Bahan Kisar:-)
6 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 tangkai cili merah
1 inci kunyit
1/2 inci belacan

Bahan Tumis:-)
3 biji bawang merah kecil, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
3/4 camca teh halba campur
2 tangkai daun kari

Cara membuatnya:-)
  1. Cuci kepala ikan bersih2, perap dengan garam dan jus limau 10 minit, cuci dan toskan. Tomato, dibelah 2 setipa biji, kacang bendi dicuci, toskan dan terung bulat dikupas kulit, belah 6 dan rendam dalam air garam.
  2. Panaskan 1 cawan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga wangi. Tuang bahan2 kisar dan juga rempah kari, gaul rata dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Tuang air dan masukkan serbul lada hitam. Biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan kepala ikan, bila mendidih masukkan kacang bendi dan terung, masak hingga mendidih. Tuang jus asam jawa dan masukkan tomato.
  4. Bila mendidih, masukkan santan/susu dan perasakan dengan garam dan gula (jika perlu), biar masak sebentar. Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan.

Resepi Cara Buat CHEDDAR CHEESE MUFFIN Lembut & Sedap

CHEDDAR CHEESE MUFFIN


Bahan A :-)
175 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*
50 g parutan keju cheddar

Bahan B :-)
50 g mentega, dicairkan
2 biji telur gred A
120 ml susu segar
2 camca teh gula halus
1 ulas bawang putih, cincang halus

Bahan C :-)
Sedikit parutan keju cheddar
Sedikit gula aising

Cara membuatnya:-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan 12 muffin cup atau alas muffin pan dengan paper cup yang sesuai. Ketepikan.
  2. Satukan bahan2 A dalam satu bekas, gaul rata. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan2 B dan kacau dengan wisk hingga sebati. Tuang ke dalam bahan2 A tadi dan gaul hingga rata.
  4. Sudukan 3/4 penuh dalam bekas yang disiapkan tadi. Tabur dengan parutan keju cheddar dan bakar 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan. Bila betul2 sejuk. Ayakkan dengan gula aising dan hidangkan untuk minum petang.

Resepi Cara Buat ROJAK ASMA Johor

ROJAK ASMA JB




Bahan Untuk Kuah:-).
150 g kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
50 g udang kering, direndam 10 minit, toskan dan goreng garing, kisar halus
50 g biskut marie, dikisar halus
50 g kismis*
50 g cili kering, dibuang biji, rendam dalam air panas dan toskan*
8 biji bawang merah kecil*
3 biji bawang putih*
1 1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Asam jawa sebesar duit 20 sen + 1/2 cawan air, ramas dan tapis utk jusnya
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan Rojak:-).
100 g daun salad
3 biji kentang, belah 4 setiap biji dan rebus empuk, toskan
2 keping tauhu, belah dua
2 keping tempe
200 g sotong kembang, potong sederhana besar dan celur 5 minit, toskan
200 g paru, rebus dan hiris nipis
100 g fish ball
1 biji timun, dipotong jejari
1/2 biji sengkuang sederhana besar, dikupas dan potong jejari
2 - 3 biji cili hijau, dihiris kasar2
3 biji telur, direbus
Sedikit bijan, disangrai
Bancuhan tepung beras secukupnya (tahap kepekatan sama mcm nak goreng pisang)

Cara membuatnya:-).
  1. UNTUK KUAH ROJAK:- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan harum. Masukkan kacang tanah dan udang kering kisar. Masak hingga terbit minyak. Masukkan kisaran biskut marie dan masak sekejap. Tuang air mengikut keperluan dan biar mendidih, masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perisa (jika suka), masak hingga pekat sedikit dan matikan api
  2. UNTUK BAHAN2 ROJAK:- Asingkan sengkuang, timun, salad dan cili hijau. Bahan2 selebihnya dicelup dalam bancuhan tepung beras dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Buat hingga semua siap.
  3. PENYEDIAAN ROJAK ASMA JB:- Potong kecil mana bahan rojak yang agak besar. Ambil setiap bahan2 rojak dalam kuantiti sederhana ke dalam pinggan, tuang kuah rojak dan tabur dengan sedikit bijan sebelum dihidangkan.

Bakal Cuti Lagi! Berita Terkini Senarai Sekolah Tutup Esok 23.10.2015

Berita terkini jerebu senarai sekolah cuti tutup esok Jumaat 23 Oktober 2015. Menerusi bacaan IPU jerebu terkini setakat khamis, kawasan yang masih terjejas adalah Selangor, KL, Putrajaya, Kedah, Perlis, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Sarawak dan Tawau Sabah. Arahan penutupan sekolah hanya akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) jika bacaan IPU di kawasan terbabit masih berada pada paras tidak sihat selepas jam 5.00 petang. Kebiasaannya pengumuman pentutupan sekolah oleh KPM esok jumaat akan diumumkan pada pukul 6.00 petang ini.

kpm
Berita Terkini Senarai Sekolah Tutup Esok 23.10.2015
Pengumuman senarai sekolah yang tutup esok jumaat 23 Oktober 2015 akan diumumkan selewatnya pada pukul 6.00 petang khamis 22 Oktober 2015. Berikut adalah bacaan IPU jerebu terkini setakat 22 Oktober 2015. Pihak kami akan dikemaskini pengumuman penutupan sekolah untuk esok jumaat dari masa ke semasa.

ipu-terkini

Sejarah & Tarikh Rasmi Puasa Sunat Asyura 2015 Di Malaysia

Tarikh rasmi puasa sunat Asyura pada 10 Muharram 1437H tahun 2015 di Malaysia. Umat islam adalah disunatkan untuk berpuasa pada setiap 10 Muharram kerana ianya dapat menghapuskan dosa kecil setahun yang lalu. Bagi tahun 2015, 10 Muharram 1437H jatuh pada Jumaat 23 Oktober 2015. Oleh itu, umat islam boleh mula berpuasa sunat Asyura pada Jumaat 23 Oktober 2015. Selain itu, adalah paling afdal jika umat islam turut  berpuasa Hari Tasu’a (sehari sebelum Asyura) yang jatuh pada 9 Muharram 1437h bersamaan dengan Khamis 22 Oktober 2015 sebagai mukhalafah atau membezakan di antara kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja. Bagi yang terlepas untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram, adalah digalakkan untuk berpuasa Asyura pada 10 dan 11 Muharram.

tarikh puasa asyura 2015

Tarikh Rasmi Puasa Sunat Asyura 2015 Di Malaysia
Tarikh Puasa Asyura 1437H:  Jumaat 23 Oktober 2015 bersamaan 10 Muharaam 1437H  sebaik masuk waktu magrib 22 Oktober 2015)

Puasa Asyura Bagi Beza Puasa Yahudi/ Kristian: Umat Islam amatlah digalakkan Puasa Asyura selama dua hari pada sebelum dan semasa hari Asyura iaitu 9 dan 10 Muharram (22-23 Oktober 2015). Atau bagi tidak berkesempatan boleh puasa 10 dan 11 Muharram (23-24 Oktober 2015. Ini bagi membezakan puasa kaum Yahudi/ agama Kristian yang turut jatuh pada 10 Muharram.

Nota Penting: Bagi yang terlepas untuk berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram, adalah digalakkan untuk berpuasa Asyura pada 10 dan 11 Muharram. Umat islam disunatkan untuk puasa pada Hari Tasu’a yang jatuh pada 9 Muharram untuk membezakan di antara kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja. Bagi yang tidak berkesempatan boleh juga berpuasa pada 10 dan 11 Muharram.

asyura 2

Peristiwa Puasa Ayura 10 Muharram
Hari Asyura ialah hari Nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan dari firaun.

asyura 1

Monday, October 19, 2015

Wow! Harga Terkini Kad Prabayar Murah Mulai 1 November 2015

Harga terkini kad prabayar atau prepaid lebih murah mulai 1 November 2015. Menerusi pengumuman baharu harga top up berkuatkuasa mulai november 2015, harga top up adalah kekal pada harga sebelum pelaksanaan GST. Ini bermakna jika anda membeli harga top up bernilai RM10.00 maka anda tidak perlu lagi membayar RM10.60 termasuk GST mulai 1 November 2015. Pada masa yang sama, tiada potongan nilai cukai daripada jumlah tambahan nilai kad prabayar tersebut.

kad

Harga Terkini Kad Prabayar Murah Mulai 1 November 2015

Harga Baharu Mulai 1 November 2015: RM10.00 kekal dibeli pada RM10.00. Tiada potongan cukai GST daripada pembelian kad prabayar anda.

Harga Selepas GST 1 April 2015: RM10.00 kad prabayar dikenakan GST sebanyak 0.60 sen dan menjadikan kad prabayar anda bernilai RM10.60. Namun harga RM10.00 sahaja adalah tambah nilai anda manakala 60 sen dipotong susulan cukai GST.

Berita Terkini Senarai Sekolah Tutup Esok 20.10.2015

Berita terkini jerebu senarai sekolah cuti tutup esok selasa 20 Oktober 2015. Semua sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak (Kuching dan Samarahan) dan Sabah (Kunak, Tawau, Lahad Datu, Semporna) tutup pada esok selasa 20 Oktober 2015 berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan. Pengumuman itu telah diumumkan secara rasmi oleh kementerian pendidikan Malaysia pada petang isnin 19 oktober 2015.

kpm

Berita Terkini Senarai Sekolah Tutup Esok 20.10.2015
Senarai sekolah tutup esok selasa 20 Oktober 2015 antaranya adalah:
  • Semua Sekolah di Negeri Sembilan
  • Semua Sekolah di Selangor
  • Semua Sekolah di Putrajaya
  • Semua Sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Semua Sekolah di Melaka
  • Semua Sekolah di Sabah (Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna)
  • Semua Sekolah di Sarawak (Kuching, Samarahan)
  • Semua Sekolah di Johor ( Muar, Ledang dan Segamat)
Pekeliling Arahan Senarai Sekolah Tutup Esok Selasa 20 Oktober 2015
tutup esok

Resepi Cara Buat SAMBAL BERUPAH Sedap

SAMBAL BERUPAH


Bahan Sambal:-)
4 biji cili merah (mat guna 2 biji cili merah + 20 biji cili padi merah)
1 camca besar udang kering, rendam hingga lembut, toskan
3 camca besar kelapa parut putih
2 camca besar tempoyak
Sedikit garam dan gula

Bahan Ulam:-)
Daun selom
Petai
Ulam raja
Pegaga*
Timun*
Lobak merah*
Tomato*
Kobis*(*itu je yg ada dalam peti sejuk mat)

Cara membuatnya:-)
  1. Tumbuk cili dengan udang kering, bila hampir hancur, masukkan kelapa parut. Tumbuk lagi hingga lumat.
  2. Akhir sekali, bubuh tempoyak, garam dan gula secukup rasa. Hidangkan bersama ulam-ulaman.

Resepi Cara Buat KUEH KASWI Sedap

KUEH KASWI


Bahan A:-
450 ml air
350 g gula melaka, potong kecil2
240 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul

Bahan B:-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
1 camca makan air kapur
2 camca makan air abu cang (boleh beli di kedai2 menjual bahan2 baking)
2 camca makan pewarna coklat

Bahan Lain:-)
Kelapa parut puith secukupnya
Sedikit garam

Cara membuatnya:-)
  1. Masak semua bahan A hingga larut, tapis dan sejukkan. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan B dan kacau dengan wisk hingga semua larut. Satukan bahan A dan bahan B. Gaul rata. Tapis adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  3. Kukus 35 - 30 minit atas air mendidih, gunakan api sederhana. Jika menggunakan bekas2 kecil, kukus 10 minit. Biar sejuk sebelum dihidangkan bersama parutan kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam. Kukus kelapa 5 minit untuk lebih tahan lama.

Friday, October 16, 2015

Parah! Kadar Tol 12 Lebuh Raya Utama Di Lembah Klang Naik Mulai 15 Okt

tol1

Kadar Tol 12 Lebuh Raya Utama Di Lembah Klang Naik Mulai 15 Okt 2015

Sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang hari ini mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa Khamis ini.
Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).
Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA).
Kadar-tol-baharu
Sementara itu PLUS Malaysia Berhad memaklumkan kadar tolnya kekal buat masa ini di kesemua lapan lebuh raya kendaliannya.

WoW! Bimmer BWM Dedahkan Model 2016 M2 Coupe

bmw-m2-2016

BWM Dedahkan Model 2016 M2 Coupe

BMW secara rasminya telah pun mendedahkan model 2016 M2 Coupe.
Dijadual akan mula dijual dalam musim bunga tahun ini, model M2 Coupe ini memiliki bamper hadapan yang dilihat begitu agresif, yang mana turut membantu peredaran udara dengan mengurangkan pergolakan udara di bahagian hadapan. Disamping itu, gril hadapan turut dikemaskini dengan fender dan bahagian tayar dilebarkan. Bahagian belakang turut dipasangkan bamper dan diffuser baharu yang turut diapit dengan empat corong ekzos.
bmw-m2-2016-5
M2 Coupe ini ditawarkan dengan rim aluminum bersaiz 19-inci dengan tayar Michelin Pilot Super Sport.
Bahagian interior tidak banyak berubanh dengan tempat duduk kulit Dakota yang disulami jahitan berwarna biru beserta logo rasmi M. Disamping itu, terdapat juga tempat letak kaki (footrest) dengan jenama M, serta stereng soprt balutan kulit dan juga trim dari carbon fibre.
bmw-m2-2016-8
BMW M2 Coupe ini dikuasakan enjin 3.0-liter M TwinPower Turbo, enam silinder yang menjana 365 bhp dan 464 Nm tork, (499 Nm dengan overboost). Ianya digabungkan dengan transmisi manual enam kelajuan, membolehkan M2 ini mampu memecut dar 0-100km/h dalam masa 4.5 saat. Bagi pembeli yang memilih untuk transmisi automatik M Double Clutch dengan tujuh kelajuan, mereka mampu memecut dari 0-100km/h dalam masa 4.3 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 250km/h yang dipasangkan elektronic-limiter.
Menurut BMW, M2 ini bukannya memfokuskan kepada masa pecutan untuk 100km/h mahupun kelajuan maksimum semata-mata, M2 ini lebih kepada pengalaman pemanduan, dengan ianya telah pun diuji di atas trek Nurburgring.

Wednesday, October 7, 2015

Resepi Cara Buat ORANGE BUTTER CAKE

ORANGE BUTTER CAKE


Bahan-Bahannya:- (Mat guna 1/2 dari resipi dibawah)
250 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
250 g mentega
4 biji telur gred A
200 g gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
50 ml jus oren

Cara membutanya:-
  1. Putar mentega hingga putih, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl yang bersih, putar telur dan gula halus hingga kembang seperti adunan baulu. Masukkan no. 1 sedikit demi sedikit dan putar perlahan hingga semua bersatu.
  3. Akhir sekali masukkan jus dan parutan kulit oren tadi, Gaul rata dan tuang dalam tin yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak atau dalam muffin cup. Bakar pada suhu 175C selama 30 - 35 minit jika menggunakan tin dan 20 minit jika menggunakan muffin cup. Sejukkan dan hias ikut suka.
sumber : .tiffinbiru.com

Resepi Cara Buat Kek BLUEBERRY AND LEMON CHEESE TART

BLUEBERRY AND LEMON CHEESE TART




Bahan Untuk Pastri:-
125 g mentega sejuk, didadu kecil
40 g gula aising
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
220 g tepung halus (mat guna tepung gandum)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Inti:-
250 g cream cheese, pada suhu bilik
60 g gula halus (caster sugar)
20 g mentega
100 ml whipping cream
1 biji lemon, parut kulitnya
1 biji telur gred A
Blueberry filling secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK KULIT TAT:- Satukan tepung dan gula aising, gaul rata. Masukkan mentega dan esen vanilla, gaul ramas menggunakan hujung jari hingga adunan berupa serbuk roti, masukkan telur sedikit demi sedikit sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk. Bulat2kan doh, balut dengan plastic cling, leperkan sedikit dan dinginkan 20 minit. Keluar dan doh dari peti sejuk, canai doh antara 2 keping plastik setebal 0.3 cm dan lebarnya biar melebihi acuan tat. Buka satu lapisan plastik tadi dan terbalikkan doh ke dalam acuan tat, kemaskan bahagian dalam dan tepinya. Tanggalkan plastik yang satu lagi tadi, kemaskan lebihan doh. Cucuk permukaan doh dengan garfu dan letakkan aluminium foil atasnya. Isi dgn benda berat (mat letak kacang soya) sehingga penuh. Bakar dalam oven pasa suhu 175C selama 15 minit. Kemudian, angkat keluar aluminium foil bersama2 kekacang tadi dan bakar lagi 5 minit. Bila nampak sedikit perang, boleh keluarkan dari oven.
  2. UNTUK INTI:- Pukul semua bahan2 untuk inti kecuali blueberry, hingga licin dan tidak berbintil2. Ketepikan.
  3. UNTUK TAT:- Tuang inti cream cheese ke dalam kulit tat yg telah dibakar tadi, sudu kan blueberry filling atas cream cheese, buat beberapa bahagian, gunakan pisau atau chostick, lorekkan supaya menjadi bentul seakan2 marble. Bakar kembali pada suhu 150c selama 10 - 15 minit atau hingga keju keras bila disentuh. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan minum petang.
sumber : tiffinbiru.com

Wow! 2017 Porsche Panamera Bakal Didedahkan Di Geneva Mac Nanti

2017 Porsche Panamera

Ianya telah didedahkan bahawa generasi baru 2017 Porsche Panamera bakal membuat kemunculan sulungnya di 2016 Geneva Motor Show pada bulan Mac tahun hadapan. Berita itu telah disahkan oleh ketua Porsche, Matthias Muller, yang baru sahaja dinobatkan sebagai ketua pegawai eksekutif terbaru bagi Volkswagen Group.
Generasi ke-2 2017 Porsche Panamera ini disahkan oleh Muller pada 2015 Frankfurt Motor Showbaru-baru ini. Ianya akan membuat kemunculan sulungnya setelah 7 tahun ianya mula didedahkan di Shanghai Auto Show pada awal tahun 2009 yang lalu.

2017 Porsche Panamera

Salah satu fokus utama pembinaan generasi ke-2 2017 Porsche Panamera ini ialah pengurangan berat. Untuk itu, pengeluar tersebut bakal menggunakan seni bina MSB yang digunakan oleh Volkswagen Group. Selain itu, ianya juga turut bakal menggunakan material aluminium sama tahap dengan Porsche 911 untuk menentang masalah berat.
Apabila ianya berjaya, dijangkakan kereta ini bakal mendapat berat keseluruhan lebih kurang 1800-1900 kg. Pengurangan berat ini dikira sebagai sangat tinggi memandangkan model terbaru ini akan datang dengan lebih banyak teknologi berbanding model semasa dan ianya diperlukan untuk melepasi kawalan kemalangan yang lebih ketat.
Selain itu, perubahan utama pada generasi ke-2 2017 Porsche Panamera ini ialah pengenalan enjin yang baru. Ini termasuk enjin V6 turbocharged dan juga petrol V8 dan kemungkinan juga enjin diesel V6 bakal ditawarkan pada model ini.

Fuh!!! Honda EV-Cub Concept Bakal Dibawa Ke Tokyo

Honda EV-Cub Concept

Honda Super Cub, atau lebih dikenali sebagai Honda C70 di Malaysia dikatakan model yang amat penting dalam sejarah dua roda pada abad ke-20. Hingga hari ini, anda boleh tengok motor kapcai ini di atas jalan raya dalam keadaan gagah dan menjalankan tugasnya sebagai medium pengangkutan utama di Malaysia.
Pada 2015 Tokyo Motor Show akan datang, Honda dikatakan bakal mendedahkan dua konsep motosikal terbaru sebagai tanda penghargaan kepada model Honda Super Cub yang mirip dengan model pertama dikeluarkan pada tahun 1958 – Honda Super Cub Concept & Honda EV-Cub Concept.

Honda EV-Cub Concept

Model Honda EV-Cub Concept, seperti namanya, merupakan motor Super Cub Concept yang dikuasakan oleh motor elektrik. Honda turut menambah yang baterinya diletakkan di bahagian tengah rangka motor tersebut yang memberikannya penunggangan yang mudah, senang digunakan dan kawalan pengemudian yang baik.
Berlainan dengan konsep motor elektrik di pasaran sekarang, model EV-Cub Concept ini menggunakan bateri yang boleh dikeluarkan dan dicaj menggunakan plug dinding biasa. Sesuai bagi penggunaan harian yang memudahkan penggunanya.
Tiada pendedahan oleh Honda tentang pelan produksi motor konsep ini, jadi ianya wujud hanya sebagai konsep buat masa ini.

Proton Berkongsikan Konsep Prototaip Pickup Truck 4X4 Di Alami Proton Carnival 2015

Proton 4x4 pickup truck 2015 5
Proton melalui Alami Proton Carnival 2015 berkongsi konsep 4X4 milik kereta dengan pengunjung di Karnival tersebut. 4X4 yang masih menjadi misteri ini masih tidak didedahkan namanya. Rekaan dan konsep yang menarik dari Proton dan dikatakan juga konsep SsangYong Actyon Sports ini juga akan digunakan untuk Proton Perdana dan Exora 2016. Bagi kami, ia merupakan hasil kejuruteraan dan rekaan konsep yang menarik pernah proton hasilkan.
Proton 4x4 pickup truck 2015 3
Proton 4x4 pickup truck 2015 1
Tun Mahathir dalam temubual yang dibuat memberitahu bahawa Proton akan mengeluarkan model kereta mengikut Standard Euro 5 dimana spesifikasi model yang dikeluarkan adalah berkualiti tinggi setanding dengan pengeluarkan kereta ternama di dunia.
Proton 4x4 pickup truck 2015 6
Proton 4x4 pickup truck 2015 8
Apa pendapat anda tentang Model 4×4 dari Proton ini?
Sumber gambar: Carlist

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More