Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, September 9, 2015

Wow! Suzuki Swift RR2 Edisi Terhad Dilancarkan Pada Harga RM69,888

suzuki-swift-rr2-limited-edition

Suzuki Swift RR2 Edisi Terhad Dilancarkan Pada Harga RM69,888

Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SMA) semalam telah melancarkan model Suzuki Swift RR2 Edisi Terhad. Dengan pengelanan model Swift RR2 ini, ianya melengkapkan varian Swift yang sebelum ini ditawarkan Suzuki Malaysia menerusi model GA, GL dan GLX.
Swift RR2 Edisi Terhad ini berasaskan model GL yang ditambahkan beberapa ciri kosmetik tanpa ada sentuhan atau olahan ke atas mekanikalnya. Namun, model edisi terhad ini, dilengkapi dengan rim aloi gun-metalic bersaiz 16 inci, pelekat yang sporty pada bahagian hadapan dan sisi, kit badan, disamping diffuser di bahagian belakang.
suzuki-swift-rr2-limited-edition-4
Hanya didatangkan dengan pilihan warna biru dan merah, Suzuki Swift RR2 Edisi Terhad masih menggunakan enjin 1.4-liter yang menjana 95PS dan 130Nm untuk tork dan digabungkan dengan transmisi automatik 4 kelajuan.
Dari segi aspek keselamatan, model RR2 ini dilengkapi dengan dua beg udara keselamatan, ABS dengan EBD serta Bantuan Brek.
“Kami sentiasa bersungguh-sungguh berusaha dalam memberikan yang terbaik untuk memenuhi keperluan pengguna tanpa berkompromi dengan aspek kualiti. Dengan Swift RR2, kami berjaya menyuntik keseronokan dan gaya ke satu tahap baru yang sememangnya sinonim dengan Swift,” jelas Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki.
suzuki-swift-rr2-limited-edition-9
Suzuki Swift RR2 Edisi Terhad ini ditawarkan pada harga RM69,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM72,524 Sabah dan Sarawak. Pembeli juga akan menikmati jaminan 3+2 tahun.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More