Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, September 17, 2015

Wow! Bugatti Vision Gran Turismo Versi Sebenar Ditunjukkan!

Bugatti Vision Gran Turismo

Bugatti, pengeluar yang membuat supercar berkuasa 1,200HP dengan tanda harga sehingga berjuta Ringgit, telah mendedahkan kereta fantasi dunia maya di Frankfurt Motor Show 2015. Model ini bukanlah diperbuat daripada piksel. Jurutera Bugatti membina versi yang nyata dan boleh dipandu!
Bugatti Vision Gran Turismo ialah model kereta yang muncul di permainan video popular Gran Turismo 6. Versi nyata ini boleh dipandu sepenuhnya tetapi ianya tidak dibina untuk mengikut kawalan keselamatan kerajaan – hanya kawalan perlumbaan.

Bugatti Vision Gran Turismo

Kereta konsep ini sangat penting di mana ianya memberikan sedikit pandangan tentang reka bentuk kereta Bugatti yang bakal dibangunkan nanti. Sebagai salah satu daripada Volkswagen Group, Bugatti dikaitkan dengan pengeluar kereta mewah seperti Lamborghini dan Bentley, tetapi ianya adalah lebih eksklusif. Dalam dekad yang sudah berlalu, Bugatti telah menjual 450 kereta di seluruh dunia pada harga yang mencapai jutaan Ringgit, di mana semuanya merupakan versi dari model yang sama, Bugatti Veyron.
Dikausakan oleh enjin turbocharged 16 silinder, Bugatti Veyron berevolusi sepanjang kewujudannya, meningkat dari segi kelajuan dan kuasa. Model terakhir mempunyai 1,200HP dan mampu dipandu lebih dari 400km/j! Kali ini, Bugatti sedang berusaha untuk mengeluarkan pengganti model tersebut.

Bugatti Vision Gran Turismo

“Bugatti Vision Gran Turismo ialah peringkat pertama dalam satu perjalanan baru bagi Bugatti setelah kejayaan Veyron,” kata ketua Bugatti, Wolfgang Durheimer.
Durheimer turut menambah bahawa model pengganti Veyron bakal didedahkan tidak lama lagi.
Bugatti Vision Gran Turismo
Pereka bentuk kereta konsep ini berinspirasikan kereta lumba Bugatti pada tahun 20-an dan 30-an. Berpangkalan di Perancis pada masa itu, Bugatti telah memenangi perlumbaan LeMans pada tahun 1937 dan 1939. kereta Bugatti Vision Gran Turismo ini direka bentuk untuk cemerlang di atas trek LeMans yang merangkumi trek yang panjang dan lurus – meletakkan keutamaan pada kelajuan maksimum.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More