Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, September 9, 2015

Skrin Sony Xperia Z5 Premium Dilaporkan Tidak Pada Resolusi 4K Sepanjang Masa

Sony Xperia Z5 Premium adalah peranti pertama dengan skrin yang menawarkan resolusi 4K. Sungguhpun begitu Sony mendakwa peranti ini mempunyai ketahanan bateri yang lama sama seperti peranti keluarga Xperia Z yang lain – iaitu sehingga 2 hari lamanya. Jadi bagaimanakah bateri dapat dijimatkan walaupun menggunakan skrin UHD ini? 
Menurut laporan GSMArena, Sony hanya memaparkan skrin pada resolusi 4K apabila diperlukan seperti memainkan video 4K yang dirakam ataupun menstrim video YouTube. Pada penggunaan biasa resolusi skrin direndahkan kepada 1080P sahaja. Mereka menyedari hakikat ini apabila mendapati kesemua gambar rakaman skrin yang diambil tidak mencecah saiz 2160×3840 pixel seperti yang dijangkakan.
Sony Xperia Z5
Dengan menggunakan sistem ini penjimatan penggunaan bateri dapat dilakukan. Paparan UHD hanya berlaku apabila ia benar-benar diperlukan. Pada jarak penggunaan biasa sebenarnya mata manusia tidak boleh membezakan skrin 4K, QHD ataupun 1080P. Perbezaan kepadatan pixel hanya disedari sekiranya anda benar-benar dekat kepada skrin. Sistem skrin yang digunakan oleh Sony ini sebenarnya inovasi yang menarik. 
Sama seperti teknologi lapan teras big.LITTLE Qualcomm yang hanya menggunakan empat teras berkuasa tinggi apabila memerlukan kuasa memproses yang besar. Pada penggunaan biasa empat teras berkuasa rendah pula digunakan. Selain menjimatkan bateri ia turut memastikan pemproses Snapdragon 810 yang digunakan tidak bekerja keras sehingga menimbulkan masalah kepanasan, Bagaimana pula dengan anda? Adakah ini penggunaan teknologi yang pintar ataupun teknik “mengelat” oleh Sony?

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More