Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, September 1, 2015

Sedap! Resepi Cara Buat PIZZA ROLL BUN

PIZZA ROLL BUN


Bahan Doh:-
120 ml air
250 g tepung roti
40 g gula halus
40 g mentega
30 g telur
10 g susu tepung
1 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1/2 cawan parutan keju cheddar
Secubit garam

Bahan Inti:-
1 batang sosej ayam berlada hitam "Ayamas", belah 4 dan hiris nipis2
1/2 biji lada benggala hijau, didadu kecil2
5 biji black olive, hiris nipis2
1 camca teh jeruk capers
1 cawan parutan keju mozarella
1 cawan sos tomato (resipi di bawah)
Sedikit parutan keju mozarella*
3 biji black olive, hiris nipis*
Sos tomato*(*untuk hiasan)

Bahan Sos Tomato:-
1 tin plum tomato dalam tin, diramas
1 biji bawang besar, didadu halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar tomato puree
2 helai daun bay
1 camca teh Oregano
1 camca teh gula
Secubit garam
3 camca besar minyak zaitun (olive oil)

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DOH:- Satukan semua bahan dalam satu bekas, kecuali mentega, gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Gaulkan mentega sedikit demi sedikit sambil diuli hingga mendapat doh yang lembut, anjal dan licin. Bulat2kan doh dan letak dalam satu bekas, tutup permukaan bekas dgn plastic cling dan biar doh rehat 1 jam hingga naik gebu sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Satukan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan on kan. Biar sampai doh siap.
  2. UNTUK SOS:- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, bila bawang lembut, masukkan daun bay dan tomato puree. Masak hingga terbit minyak. Tuang plum tomato yang diramas tadi, masukkan oregano, garam dan gula. Kacau rata dan masak hingga sos pekat sedikit. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
  3. UNTUK PIZZA ROLL BUN:- Keluarkan doh dari mangkuk, uli 5 minit dan canai empat persegi berukuran kurang lebih ( 14 x 12 ) inci. Tuang sos tomato dan ratakan, tabur hirisan sosej, lada benggala hijau, black olive, jeruk capers dan keju mozarella. Gulung seperti kita membuat swissroll. Kemaskan hujungnya. Potong kepada 10 bahagian sama besar dan alihkan ke dalam bekas sesuai (mat guna paper cup berdiameter 5 inci). Biar lagi 40 minit hingga naik gebu. Tabur sedikit keju, hirisan black olive dan sedikit sos tomato pada setiap potongan. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 10 - 12 minit. Boleh dihidangkan panas bersama sos cili atau mayonies...Selamat mancuba.
~:Pizza Roll Bun yang siap untuk dibakar dalam oven:~

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More