Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, September 4, 2015

Proses Bayar Tol Elektronik Meningkat – 12 Plaza Tol Tanpa Tunai Mulai 9 September

Plaza Tol Jitra

Bayar tol tanpa tunai meningkat – Pembayaran 12 Plaza Tol Tanpa Tunai bermula 9 September

Berkuatkuasa tengah hari 9 September ini, pembayaran di 12 plaza tol akan dilaksanakan tanpa tunai sepenuhnya, dengan kesemua transaksi adalah secara elektronik menerusi kad PLUSMiles, TnG atau SmarTAG.
Plaza tol yang terlibat ialah;
Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
Plaza Tol Bukit Kayu Hitam (PLUS)
Plaza Tol Lunas, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
Plaza Tol Kubang Semang (BKE)
Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
Enam lagi plaza tol ialah
Plaza Tol Bentong (KLK)
Plaza Tol Datuk Keramat Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke)
Plaza Tol Sentul Pasar, Duke
Plaza Tol Batu, DUKE
Plaza Tol Lebuhraya SMART
Pelaksanaan penuh tol tanpa tunai ini dijangka berjalan lancar dengan penerimaan positif daripada orang ramai.
Lorong 24 jam tambah nilai untuk menjual kad TnG dan SmarTAG dengan harga promosi yang berpatutan untuk pengguna jalan raya akan disediakan dan rebet tol sebanyak lima peratus akan ditawarkan kepada kenderaan Kelas 1 yang menggunakan Lebuhraya Duke untuk selama tiga bulan, mulai 9 September ini.
tol1
“Setakat hari ini, peratusan jualan kami adalah menggalakkan dan kami yakin untuk mencapai sasaran. Dengan aktiviti promosi semasa untuk bayaran tol tanpa tunai sepenuhnya, kami menyaksikan peratusan penggunaan meningkat daripada 77 peratus dalam Januari 2015 kepada 81 peratus pada masa ini,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Terowong Smart, Mohd Fuad Kamal Ariffin kepada Bernama.
Menurut Pengarah Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (Kesturi), “Seperti yang telah kita saksikan di plaza tol yang mana pembayaran secara elektronik dilaksanakan sepenuhnya, memang ada tentangan daripada sesetengah pihak, tetapi kami rasa ini adalah jalan terbaik ke hadapan untuk memastikan keberkesanan operasi tol dan untuk manfaat kesemua pengguna lebuh raya.”

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More