Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, September 9, 2015

Pelayar Web Adblock Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Android Dan iOS

Adblock Plus sedia terkenal sebagai pemalam untuk mengelakkan paparan iklan pada pelayar web desktop. Selain daripada pemalam Adblock Plus, pembangun disebaliknya turut telah menawarkan pelayar web Adblock Browser untuk Android dalam bentuk beta beberapa bulan yang lepas.
Adblock Plus
Hari ini, secara rasminya mereka melancarkan ia dalam bentuk stabil – bukan sahaja untuk Android, tetapi juga untuk pengguna iOS.
Menggunakan Adblock Browser, pihak Adblock mengatakan ia membolehkan pengguna membuka sesuatu web dengan lebih pantas memandangkan tiada sebarang iklan yang dimuatkan, disamping pada masa yang sama mengurangkan kadar penggunaan bateri.
Adblock Browser juga dikatakan mengukuhkan lagi kadar privasi pengguna, disamping mengurangkan risiko dijangkiti malware.
Seperti pada pemalam pelayar web, menggunakan Adblock Browser juga membolehkan pengguna mengawal bentuk iklan yang dipaparkan, sama ada ingin mengelak paparan semua iklan ataupun hanya sebahagian sahaja.
Bagi pengguna Android dan iPhone, anda boleh memuat-turun pelayar web Adblock Browser ini hari ini dari Google Play Store dan juga Apple AppStore.
Adblock Browser

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More