Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (368) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, September 9, 2015

Oppo R7 Plus Edisi Barcelona Dilancarkan – Memasuki Pasaran Malaysia Bulan Ini

Peranti edisi khas semakin banyak di pasaran. Terdapat Samsung Galaxy S6 Edge edisi Iron Manyang dijual pada harga yang amar mahal. Terdapat  juga edisi khas peranti yang diperbuat daripada rumput stadium ragbi untuk Rugby Union England. Kesemua edisi khas ini dihasilkan bagi memberikan keunikan kepada peranti dan menjadi buruan peminat paling tegar. Buat peminat kelab bola sepak Barcelona dan juga Oppo di Malaysia kini sebuah peranti edisi khas sudah dihasilkan hasil kerjasama dua jenama ternama ini.
Oppo R7 Plus Barcelona20150908_145405
Oppo R7 Plus edisi FC Barcelona baru sahaja dilancarkan di Beijing China hari ini. Ia adalah peranti edisi khas pertama yang pernah dihasilkan oleh pihak Oppo dan menandakan permulaan kerjasama selama tiga tahun. Peranti ini mempunyai spesifikasi yang sama dengan R7 Plus biasa dengan beberapa penambahan rekaan. 
Pertama sekali ia dilengkapi tema eksklusif FC Barcelona. Pada panel belakang pula terdapat logo Barcelona. Dua pilihan muatan dalaman diberikan iaitu 32 ataupun 64 Gigabyte. Sebelum ini hanya versi 32 Gigabyte muncul. Versi 64 Gigabyte ini dijual pada harga Yuan 3999 dan turut disertakan ialah cangkerang boleh lipat rekaan Barcelona, kayu selfie, power bank VOOC Oppo dan bekas simpanan air FCB. Versi 32 Gigabye juga menyertakan barangan di atas dan dijual pada harga $529 (RM 2295) sebuah. Harga jualan di Malaysia masih belum diumumkan tetapi Ia akan memasuki pasaran tempatan bulan ini. Tiada perancangan membawa masuk edisi 64 Gigabyte buat masa ini.
Kepada yang kurang mengenali peranti ini. Ia mempunyai skrin 6″ AMOLED FHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 615, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32/64 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah 8 Megapixel pada bahagian hadapan dan 13 Megapixel RGBW pada bahagian belakang. Kapasiti bateri pula ialah 4100 mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC. Edisi R7 Plus biasa ini dijual pada harga RM1998.
Oppo R7 Plus Barcelona20150908_143503Oppo R7 Plus Barcelona20150908_143547


0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More